Bagaimana Nak Cari Laporan Tahunan Syarikat?

“Other guys read playboy. I read annual reports.” – Warren Buffet.

Laporan tahunan syarikat (annual report) adalah dokumen penting untuk para pelabur bijak.

Kenapa?

Kita dapat memilih syarikat yang berkualiti.

Dalamnya ada maklumat berkaitan operasi syarikat dan prestasi perniagaan. Bermula dari pengenalan tentang syarikat, siapa pemegang saham, pihak pengurusan syarikat, income statement, balance sheet statement, cashflow statement dan lain-lain lagi.

Annual report adalah percuma.

Kita dapat memuat turun melalui laman web rasmi syarikat tersebut dan sila ke bahagian yang menggunakan salah satu istilah seperti berikut:

  • Corporate Info
  • Investor Relation
  • Investor Information
  • Annual Report

Berikut adalah langkah-langkah untuk memuat turun laporan tahunan melalui Bursa Malaysia.

1. Sila ke Bursa Malaysia

2. Klik pada Listed Companies > List of Listed Companies

cara cari annual report

3. Scroll down atau cari syarikat tersebut menggunakan abjad di depan.

annual report part 2

4. Kemudian, klik pada Annual Report

annual report part 3

5. Anda dapat lihat senarai laporan tahunan sehingga tahun terkini.

annual report part 4

6. Klik pada tahun yang anda mahu. Report tersebut dalam bentuk PDF. Anda boleh download terus ke komputer anda dan membuat analisis syarikat.

Mudah kan.

About the author: Nak cari individu yang boleh bercakap tentang urus duit untuk organisasi anda ? >>Klik sini untuk keterangan lanjut<<

Comments on this entry are closed.