Bagaimana Nak Buat Keuntungan 100% Dalam Pasaran Saham ?

(c) Financial Times

Boleh buat duit jadi lebih banyak dalam pasaran saham ?

Jawapannya sudah tentu boleh.

Cuma ada persoalan untuk soalan tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan untung 100% ?

  1. Beli pagi, petang dah untung
  2. Beli Isnin, Jumaat dah untung
  3. Beli Januari, Jun dah untung
  4. Beli Januari, Disember dah untung
  5. Beli 2009, 2011 dah untung

Berikut adalah apa yang kita perlu tahu:

Untuk situasi (1) & (2), ia adalah sasaran yang sangat tidak realistik.

Untuk situasi (3) & (4) ia adalah sasaran yang tidak realistik juga. Sangat sukar untuk dapat walaupun ia tak mustahil.

Untuk situasi (5) dan tempoh masa yang lebih panjang, maka ia adalah sesuatu lebih realistik. Ini kerana apabila untung 100% untuk berlaku dalam masa 3 tahun, maka keuntungan terkompaun setahun adalah 26%.

Namun untuk menjadikan emosi kita lebih tenang, sel-sel otak dapat berhubung dengan lebih baik adalah membuat sasaran mendapat 50% untuk tempoh 3 tahun, bersamaan keuntungan terkompaun 15% setahun. Dengan memahami kiraan kuasa kompaun sebegini dengan baik dapat menyebabkan individu yang berduit menjadi semakin berduit.

“There are more ways than one to skin a cat,”

Apa yang diperlukan untuk mencapai sasaran keuntungan pelaburan kita ?

Maka sudah tentu kena ada ilmu pengetahuan yang betul.

Masak nasi pun ada ilmunya. Potong buah pun ada tekniknya. Nak tukar minyak hitam kereta pun ada alatnya. Takkan lah nak buat pelaburan saham langsung tidak mempersiapkan diri dengan ilmu yang betul. Ini cuma tahu main beli saham ikut tips percuma yang diperoleh dalam group berbual atau laman sosial.

Cuba lah tukar minyak hitam kereta kalau spanar dan screwdriver pun tak tahu.

Cuba lah jadi chef kalau halia, kunyit, lengkuas pun tak tahu bezanya.

Peliklah kalau bercita-cita nak jadi pelabur yang berjaya tapi EPS, NTA, PE pun tak tahu.

4 Strategi Pelabur Bijak

Maka dengan ilmu tadi kita dapat menjadi pelabur saham yang membeli saham yang betul, dengan strategi tersendiri.

Strategi yang ada dalam pelaburan saham ini banyak. Tidak terhad kepada 1 cara. Secara mudahnya ada 4 (tetapi tidak terhad kepada ini sahaja) iaitu:

  1. Beli syarikat-syarikat yang merupakan index constituent, juga dikenali sebagai sebagai strategi indeks / defensif.
  2. Beli syarikat yang dijual murah berbanding nilai semasa
  3. Beli syarikat yang dijual murah berbanding nilai hadapan
  4. Special situation

Strategi (1) adalah untuk mereka yang sibuk. Mahu melabur tetap tidak ada masa yang dapat digunakan untuk membuat research. Tapi nak dapat untung 100% dalam tempoh setahun itu takde lah. Pendekatan yang lebih defensif.

Strategi (2) sesuai untuk mereka yang baru nak bermula jadi pelabur yang lebih agresif. Sebab financial ratio yang digunakan adalah lebih ringkas dan objektif. Namun adakalanya terperangkap dalam situasi yang disebut sebagai value trap.

Strategi (3) & (4) adalah sukar dikuasai sebab penilaiannya lebih subjektif. Kalau tidak ada business acumen susah untuk menguasainya dengan baik. Perlukan banyak membaca, independent dan yakin dengan setiap keputusan yang dibuat.

Strategi-strategi ini adalah teachable, dengan syarat sanggup bagi komitmen, enjoy the process dan bukan jenis nak petik buah secepat mungkin sedangkan baru sekajap tadi bubuh biji benih.

Maka, pilih strategi yang sesuai dengan diri tuan.

Sekiranya tuan tidak ada masa untuk menguruskan pelaburan sendiri dengan strategi yang disebutkan, maka nota berikut adalah untuk tuan:

2 Cara Membuat Pelaburan Saham

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner. Sekiranya tuan-puan mahukan konsultansi kewangan & pelaburan sila klik link ini: Konsultansi Kewangan

Comments on this entry are closed.