Bagaimana Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Kemiskinan ?

kap

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”

Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai lagi, kami hamparkan. Dan juga bekas minum.”

Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya  kepada aku.”

Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”

Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”

Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”

Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”

Nota:

1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.

2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

10 comments… add one
  • kl-car-rental May 2, 2013

    terima kasih atas perkongsian..sesungguhnya Rasulullah adalah satu idol ikutan yang terbaik..kita lebih banyak sirah nabi dalam bab perniagaan..perniagaan adalah sunnah nabi,so takkan nabi tidak ada mengajar kita sesuatu tentang perniagaan?mustahil kalau dikatakan nabi tidak meninggalkan pesanan mahu pun tips perniagaan untuk kita..jadi,kita patut ikut sesungguh2nya ikutan nabi dalam perniagaan..bahkan itulah yg lebih baik dan perfect berbanding teori2 barat atau sebagainya yang ada masa kini..kita patut agungkan teori rasulullah yg paling2 utama,bukannya barat..sekadar perkongsian…

  • Zulhilmi Zainudin May 2, 2013

    Apa yang kita ada, gunakan untuk keperluan. Selebihnya, laburkan untuk mendapatkan lagi keuntungan (hasil) daripadanya.

    Saya belajar sesuatu daripada kisah ini. 🙂

  • staibaqhang May 2, 2013

    tapi ramai yang suka meminta pada zaman ini…. boleh rujuk statistik JKM… sangat sedih..

  • sal May 6, 2013

    first time dengar…terima kasih atas perkongsian yang bermanafaat ini 🙂

  • amin007.ledang May 28, 2013

    miskin macam itu pun nabi suruh jual harta sedia ada dan beli kapak untuk cari kayu…

  • Isda Jun 4, 2013

    mohon kongsi artikel yang menarik ini.

Leave a Comment