Bagaimana Mahasiswa Dapat Terlibat Dalam Pelaburan Saham ?

Antara soalan tentang pelaburan saham yang popular ialah:

Saya masih pelajar, adakah saya boleh terlibat dalam pelaburan saham ?

Jawapannya straight to the point. Boleh. Asalkan dah berumur 18 tahun. Apabila sudah cukup umur, terus buka akaun trading saham dengan mana-mana syarikat broker berlesen tanpa banyak soal seperti anak muda ini.

Mudahnya Membuka Trading Account Saham, Anak Muda Ini Berkongsi Pengalaman

Kemudian ada soalan susulan.

Modal pula bagaimana ?

Bermodalkan RM 100 pun dah boleh beli saham. Tapi untuk rasa berbaloi dengan usaha yang dicurahkan untuk membeli saham, saya mencadangkan bermula dengan modal lebih kurang RM 3 ribu Sebab bermodalkan RM 100, jika untung 50% sekalipun baru dapat RM 50. Tolak kos sana sini, habis untung semula. Namun, kalau nak bermula juga dengan modal yang lebih rendah dari itu angka yang saya cadangkan itu pun tiada masalah.

Apa pun bermula dengan RM 100 pun ok dari tidak bermula langsung.

Kemudian, jangan fikir dengan modal sebanyak RM 3 ribu atau lebih dah boleh jadikan saham sebagai sumber income bulanan. Kalau RM 3 ribu pun tak cukup, jumlah yang lagi kurang sudah tentu tidak cukup juga.

Pelaburan saham bukan tempat yang sesuai untuk tujuan nak dapat pendapatan bulanan. Kalau tak cukup duit, dan mahu ada duit setiap bulan untuk tampung kos pengajian jangan sibuk mahu melabur saham, tapi sila berniaga part time di kampus. Memetik kata-kata abangensem yang saya sangat-sangat bersetuju:

“Korang cuma boleh main saham guna duit yang korang TAK NAK PAKAI”

Ops, saya terdengar soalan tambahan…

Tapi saya masih belajar, saya takde duit, bagaimana ya ?

Takde duit, cari duit dengan berniaga. Kalau tak mahu berniaga, kumpul duit. Simpan duit sikit-sikit. Kalau lapar, cari nasi kan ? Bukannya buka Facebook misalnya dan  tanya soalan mana nak cari nasi.

  • Ada duit, dapat melabur saham.
  • Tiada duit, kumpul duit sampai cukup.

Jangan sesekali meminjam!

Pakai duit sendiri untuk bermula. Bawah ini ada nota macam mana Warren Buffett berusaha cari duit untuk kumpul modal melabur saham.

Baca: Warren Buffett 10 Fakta Menarik

Bila dah cukup duit untuk bermula, terus buka akaun dengan syarikat broker, beli 1,2 saham dulu dan baru pergi cari ilmu pelaburan.

Sangat bagus sekiranya bermula awal. Pada peringkat awal ini jangan fikir nak untung dulu, tapi lebih jadikan modal tersebut sebagai yuran pembelajaran melabur di dunia sebenar. Jika ada dapat untung, itu adalah bonus.

Dah baca apa yang ditulis ini dan terus buat semua perkara tu maksudnya kalian memang serius.

About the author: Mahu dapatkan khidmat coaching saham? Jika ya, sila klik sini — http://tutorialsaham.com/info

Comments on this entry are closed.