Bagaimana Kita Terjebak Dengan Hutang Lapuk?

Barangkali kalian tidak pernah merancang bila sepatutnya berhutang. (Ya! merancang hutang juga perlu.) Tahu-tahu sahaja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja.

Hati-hati kepada kalian yang belum mengalami situasi ini. Rancang wang (dan hutang) dari sekarang!

Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang yang bersifat hutang lapuk (bad debt):

1. Hutang kerana perkahwinan

Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang (RWDS), saya menganggarkan kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling sedikit RM 30,000.

Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.

2. Hutang membeli kenderaan

Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut. Awas!

Pembaca buku RWDS kini sudah mengetahui 3 cara untuk menentukan kita layak membeli kereta yang mana satu.

3. Hutang kad kredit

Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja. Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.

4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)

Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.

Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu.

Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk pembesaran anak-anak.

5. Hutang membeli kelengkapan rumah

Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 300 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?

Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 9 comments… read them below or add one }

Amin007.Ledang July 21, 2010 at 11:52 pm

ikutkan dah lama cari sebab kenapa kena beli buku pakdi ini.
akhirnya jawapan yang paling munasabah

Hutang kerana perkahwinan

Reply

Mior July 22, 2010 at 1:42 pm

Saya pernah buat nombor 4 tu masa anak dah 2 org dulu iaitu beli apartment utk duduk selama mana yang boleh. Banyak kelebihannya seperti harga bayaran bulanan tak akan berubah kerana bayaran loan dah fixed. Tak seperti sewa di mana lagi lama duduk, harga sewa pun makin naik.

Cuma masa nak jual apartment tu tidaklah semudah yang disangka. Selain dari mengambil masa yg panjang untuk cari pembeli, kena hadapi karenah pihak pengurusan apartment pula sebelum dapat pelepasan pindah hak milik.

Walaubagaimanapun, syukur ada pembeli.

Reply

c@rt00n July 22, 2010 at 3:01 pm

macam mane plak dgn hutang PTPTN….?

Reply

Acik fosilmitra July 22, 2010 at 5:31 pm

3. Hutang kad kredit

Acik mmg setuju dgn pendapat bahawa utk memakai kad kredit kita memerlukan disiplin yg tinggi… Kenkadang kalau sebelum adanya kad kredit, kita boleh buat budget bila duit kita akan surut diakhir bulan, namun bila ada kad kredit, duit dirasakan tak pernah surut sepanjang bulan…

Kalau dulu minggu² terakhir sebelum dpt gaji merupakan minggu yg kritikal… namun bila ada kad, minggu tersebut jadi tak kritikal sgt sebab boleh berhutang bayar kemudian… Apapun, segalanya adalah dgn DISIPLIN yg terrrrrramaaatttttt TINGGI…

p/s: Dari pengalaman acik sendiri.. hehe

Reply

samdaddycool July 26, 2010 at 5:51 pm

Kad kredit.. jangan cari pasal. Masa mula-mula ada kad kredit, rasa macam terer (poyo) apatah lagi kalau warnanya emas. Sekarang hampir semua orang boleh miliki kad kredit, jadi kad kredit bukanlambang kehebatan lagi. Hanya lambang kepada ke’bankrap’an.

Reply

pakdi July 26, 2010 at 11:17 pm

Ada pembaca blog saya yang ada pandangan pasal hutang PTPTN? ;)

Reply

titan August 3, 2010 at 1:23 pm

hutang ptptn? Alhamdulillah..dah nak habis bayar..bab hutang ni, memang kena disiplin tinggi dan memang kena control perbelanjaan. Kalau tak..meranalah hidup..

Reply

Nore September 4, 2011 at 12:19 pm

hutang ptptn pun sama je mcm hutang kad kredit, makin dibiar lama2 jadi kanser. yep, betul lepas grad duit nak guna byr deposit rumah sewa la,downpayment/installment kereta la, sampai ada yang postpone bayar ptptn.lama2 asyik bayar hutang lain, hutang ptptn terbiar.

bila fikir2 balik, kalau asyik postpone bayar hutang ptptn and at the same time your financial responsibilities begin to mount. agak2 bila hutang ptptn tu nak abis? (tambah kalau dah kawen ada anak and all), kalau hutang below rm10k maybe boleh bayar in one go, ni ada yang hutang sampai rm30k (belum campur ‘admin fee’ tu)

aku ada kawan yang bayar rm30-50 sebulan (sbb gaji sikit tapi to her,janji dia bayar) ada yang hutang sampai rm30k++ tapi sampai skrg satu sen pun tak bayar.mcm2 lagi la. so pada aku, once dapat kerja, ade income, bayar ptptn cepat2. in my case,selagi hutang ptptn aku tak abis, aku xkan pakai kredit kad. haha

Reply

Pakdi September 6, 2011 at 9:49 am

Boleh pakai cuma kena bajetkan betul dan ada disiplin. hehe

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: