ASB & Tabung Haji Bagi Return Rendah, Patut Labur Tempat Lain ?

Keuntungan ASB 2016, 6.75 + 0.25

Hibah Tabung Haji 2016, 4.25 + hibah haji 1.50

Dan sekiranya tak puas hati return ASB dan Tabung Haji, jangan terus beli saham.

Atau apa-apa investment lain macam unit trust syarikat lain, terus beli rumah cash ke apatah lagi masuk skim yang janjikan untung tetap tiap bulan.

Peruntukkan sejumlah modal pada 2017 untuk membuat pelaburan terhadap diri sendiri. Misalnya tahun-tahun sebelum ni RM 1 ribu dapat pelepasan cukai untuk beli buku. Bermula 2017, pelepasan buku tu dah gabung dengan pelepasan cukai gaya hidup, jumlahnya sampai RM 2500. Beli lah buku, tambah ilmu jangan sibuk tukar telefon.

Sebab ASB tu kita cuma perlu letak duit tak perlu fikir apa hujung tahun dapat pendapatan. Sama macam Tabung Haji. Sama macam KWSP. Baik yang letak duit tu ada PhD dalam finance atau tak habis sekolah percentage return tidak ada beza. Sama.

Kalau ASB return rendah, Tabung Haji, KWSP pun kita boleh agak return dia pun akan rendah juga. Rendah-rendah pun dapat juga + return.

Ramai orang ingat produk pelaburan tu yang buat dia kaya. Bukan. Tapi apa yang kita tahu pasal pelaburan tu yang membolehkan kita boleh dapat return lebih dari ASB / TH.

Bila dah buat keputusan nak keluarkan duit dari ASB / TH maka itulah langkah pertama kena buat iaitu cari ilmu pelaburan Kalau takde ilmu, kemahiran melabur tak payah la berharap sangat nak dapat return tinggi. Lebih-lebih lagi kalau ada orang pujuk bagi janji manis suruh join.

Comments on this entry are closed.