Apakah Pelaburan Yang Terbaik Untuk Saya ?

bez

“Pakdi, apakah pelaburan yang terbaik untuk saya ?”

Ini adalah soalan popular yang selalu diterima.

Soalan ini pendek tetapi jawapannya panjang. Maka nota ini disediakan untuk membantu tuan mendapatkan jawapan apakah pelaburan yang terbaik untuk diri tuan.

1. Apakah tuan mempunyai masa & komitmen ?

Semua pelabur mesti mempunyai modal.

Setelah mempunyai modal, maka tuan boleh memilih untuk menjadi salah satu dari yang berikut:

  1. Pelabur agresif, atau,
  2. Pelabur defensif

Pelabur agresif adalah pelabur yang dapat memperuntukkan masa & komitmen, manakala pelabur defensif adalah sebaliknya. Bagi majoriti dari pelabur, mereka sebenarnya patut fokus menjadi pelabur defensif kerana untuk betul-betul mahir menjadi pelabur agresif sejumlah masa diperlukan sebagai latihan, iaitu sebanyak kira-kira 10 ribu jam.

Tetapi sekiranya masih belum buat keputusan, masih rasa nak cuba nasib, maka sila baca no (2) – (4). Bagi individu yang telah mengakui mereka tidak dapat memperuntukkan masa secukupnya, boleh terus ke no (5).

2. Pilih Pelaburan Harta Produktif

Semua pelabur mahu buat untung.

Tiada pelabur yang mahu rugi.

Keuntungan terkompaun paling sedikit yang mesti setiap pelabur dapat ialah mesti dapat lawan inflasi. Apabila sudah dapat lawan inflasi maka kuasa membeli dan gaya hidup dapat dikekalkan.

Pelaburan yang menguntungkan bukan sekadar dah beli apa-apa pelaburan. Dah beli emas, perak, saham, hartanah, unit trust dan seterusnya. Betul dah “melabur” tetapi apakah pelaburan itu satu pelaburan yang menguntungkan ?

Beli harta pelaburan tu tak salah, tetapi ramai yang beli harta pelaburan yang salah.

Pelaburan Harta Produktif Untuk Lawan Inflasi

3. Mulakan Secara Kecil-Kecilan

Sudah ada modal jalan terus.

Mulakan dengan modal yang sanggup rugi 100% terlebih dahulu.

Jangan sama sekali berhutang baik dengan bank atau dengan kawan-kawan serta keluarga. Gunakan duit sendiri untuk bermula. Sekiranya mahu membuat pembelian saham, modal permulaan sekadar RM 3 ribu – RM 5 ribu adalah mencukupi. Untuk pelaburan hartanah beli rumah, apartment yang dijual pada harga bawah RM 100 ribu.

4. Beri Masa 3 – 5 Tahun

Modal permulaan tadi mungkin bertambah.

Boleh jadi juga berkurangan.

Dalam tempoh ini tadi perlu ada satu buku catatan i.e. jurnal pelaburan yang mencatatkan semua perkara-perkara berkaitan pelaburan itu tadi. Ini adalah penting supaya sekiranya berlaku kerugian kita tahu sebab-sebabnya dan jika berlaku keuntungan pun kita tahu kenapa. Ini dapat mengelakkan kita rasa bangga dengan keuntungan terpijak.

5. Sekiranya Untung Sekadar Untung TH – ASB 

Selepas ada catatan, maka dapat kira return on investment (ROI) pelaburan.

Kemudian buat juga kiraan kos melepas (opportunity cost) untuk melihat apakah usaha selama ini dapat menghasilkan untung yang lebih dari TH – ASB.

Sekiranya pelaburan yang dibuat selama ini memang lebih menguntungkan, maka sila teruskan apa yang telah dibuat selama ini. Itulah pelaburan yang terbaik untuk individu tersebut.

Tetapi jika tidak, maka seharusnya tuan fokus menjadi pelabur defensif sahaja. Pelaburan terbaik untuk pelabur defensif seharusnya fokus untuk untuk  melabur dalam managed fund i.e. diuruskan oleh professional seperti unit trust kategori indeks, ETF, REIT atau pun membuat sendiri portfolio saham indeks.

Nota-nota pelaburan untuk pelabur defensif telah ditulis secara terperinci dalam LaburDuit.com

About the author: Suzardi Maulan; Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info pelaburan saham

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.