Apakah Pelaburan Yang Paling Menguntungkan ?

Ramai orang suka bertanyakan soalan seperti …

  • Yang mana satu lebih menguntungkan, emas atau hartanah ?
  • Antara hartanah dan ASB, mana lagi untung ?
  • Mana lagi untung, emas ke ASB ?
  • Saham dengan unit trust mana bagus ?
  • Hartanah dengan saham mana lagi untung ?

Dan soalan-soalan seperti itu.

Persoalan seperti itu sebenarnya hanya dapat difahami sekiranya tahu berapakah keuntungan yang kita mahu ? Seterusnya apakah sasaran keuntungan itu adalah menepati logik pelaburan ?

Tentang Kuasa Kompaun

Mulakanlah sasaran pelaburan dengan mahu melawan inflasi.

Bukan labur ikut suka sahaja ikut orang. Dan apabila berhasrat nak lawan inflasi maka tidak semestinya beli emas. Hati-hati kalau ada orang nasihat secara percuma, harga emas naik beli, harga emas turun pun beli.

Apakah Benar Emas Dapat Melawan Inflasi ?

Harta yang lebih baik untuk melawan inflasi ialah membuat pelaburan dalam harta-harta berkembang, atau harta-harta produktif. Iaitu harta yang ada memberikan pendapatan kepada pemilik hartanya. Sebagai permulaan boleh baca nota seterusnya:

Apa Itu Aset ?

Saya secara peribadi memilih untuk melabur dalam perniagaan-perniagaan yang diuruskan oleh mereka yang berbakat melalui pasaran saham di Bursa Malaysia. Hal ini telah diterangkan dalam 2 nota berikut:

Saham Adalah Harta Berkembang
Kenapa Lelaki Ini Fokus Dalam Pelaburan Saham & Bukannya Hartanah

Walaupun begitu sebagai pelabur tidak boleh duduk diam sahaja walaupu sudah beli harta produktif. Kena buat pemantauan dari masa ke masa. Pelaburan harta produktif bukan mesti cerita magical yang sentiasa berakhir dengan happy ending. Hanya penglipur lara sahaja suka cerita yang baik-baik sahaja. Barangkali nota ini dapat membantu untuk faham dengan lebih baik.

Return On Investment; Report Card Pelaburan Kita

Dan akhir sekali masuk dalam rangkaian sesama pelabur untuk bertukar idea & pandangan. Kadang-kadang rakan pelabur ini adalah kawan kita sendiri. Pelabur ini berbeza dengan penjual produk. Membuat professional engagement dengan independent financial planner adalah antara cara yang baik untuk memulakan networking sebegini.

Siapa Penasihat Pelaburan Kita; Jurujual Atau Pelabur ?

About the author: Saya merupakan konsultan kewangan dan membantu pemilik bisnes serta golongan profesional di Malaysia untuk membuat cashflow analysis, assets & liabilities management sehinggalah exit plan.

Comments on this entry are closed.