Apakah Benar Zaman Nabi Tidak Berlaku Kenaikan Harga Barang Atau Inflasi ?

inf

Apa itu inflasi ?

Dari Investopedia:

Inflation is defined as a sustained increase in the general level of prices for goods and services.

Apakah pada zaman Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) tidak berlaku kenaikan harga barang ? Sebabnya bukankah apabila ekonomi berasaskan matawang emas, dinar & dirham tidak berlaku inflasi.

Berikut adalah apa yang berlaku di Madinah, ketika Rasulullah (berselawatlah kamu) telah pun menjadi pemimpin negara:

Anas bin Malik berkata:

“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w.

Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”.

Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”.

(Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Hadis ini menunjukkan banyak perkara penting mengenai ekonomi, dan polisi ekonomi pada zaman tersebut.

Antaranya:

1. Zaman dinar & dirham pun ada inflasi. Justeru, apakah dengan menggunakan matawang emas & perak, semua masalah ekonomi selesai ?

2. Tidak ada kawalan harga. Penduduk Madinah meminta agar harga ditetapkan.  Rasulullah saw tidak melakukannya malah ditekankan lagi dengan kata-kata yang membawa maksud  – harga & keuntungan bisnes merupakan sesuatu yang berada dalam kekuasaan Allah dan adat dalam bisnes ada masa rugi dan ada masa untung.

Jika harga “tinggi” atau “mahal” menjadi kesalahan dalam Islam sudah tentu wujud arahan mengehadkan harga dan untung dalam Islam. Seperti larangan umat Islam meminum arak, berjudi, menilik nasib, mengambil riba, berzina dan lain-lain.

3. Menunjukkan fungsi utama kerajaan. Tugas kerajaan bukan berniaga. Tidak campur tangan dalam perniagaan dengan menetapkan harga (price distortion) seterusnya mengganggu supply & demand. Tugas utama kerajaan adalah hisbah yang memastikan supply & demand sentiasa natural. Bukan menyebelahi mana-mana pihak, pengguna atau peniaga.

Semoga kita semua mendapat lebih pencerahan apabila dibaca bersama artikel ini:

— Apakah Islam Menetapkan Had Keuntungan Perniagaan ?

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

17 comments… add one
  • Acik fosilmitra Feb 29, 2012

    Mohon share… TQ

  • Rin Feb 29, 2012

    Eh! Baru terfikir pasal persoalan ni masa breakfast pagi tadi. Sebab nasi lemak sebungkus sudah jadi RM1.30. Mula-mula aku agak panas hati dengan dengan harga baru. Tapi kemudian, aku bersyukur sebab aku masih dikurniakan rezeki untuk bayar nasi lemak dengan harga tersebut.

  • ju Feb 29, 2012

    Salam…saya nak tny..apa hukum membuat current akaun (overdraft)…adakah ia bersifat islamik? mohon bagi pencerahan…sebab saya berminat untuk memaksimumkan ASB saya dengan menggunakan Overdraf ni…tetapi belum start sebab kurang pasti ‘halalan toyyiban’ nya

  • tentag aku Feb 29, 2012

    Memang bagus tuan , ada lagi ke selain hadis ni…
    Harga barang sentiasa naik jer skg ni.. so apa la tindakan kita.

  • pakdi Mar 1, 2012

    Bila makcik karipap jual mahal kita marah.

    Tapi apabila masa makcik karipap susah bisnes tak untung perlu duit anak nak sekolah, ada tak kita jumpa dia dan hulurkan bantuan?

    Makcik karipap tu tersenyum lebar bila saya hadiahkan buku RWDS. Saya kata, “Jangan lupa bagi anak-anak akak baca.”

  • fsuhaimei Mar 1, 2012

    Salam tuan

    Apa pendapat tuan dgn keadaan skrg bila kerajaan campurtangan dlm kenaikan harga barang. Campurtangan dgn merendahkan nilai matawang meyebabkan harga barang naik melalui pelbagai cara seperti quantitative easing, stimulus, belian bon kerajaan asing, currency wars dan trade wars yg menyebabkan nilai matawang jatuh, Juga kerajaan giat mencetak wang dan dengan sistem fractional banking system yg digunapakai juga menyebabkan cetakan wang berleluasa. Perkara-perkara mcm inilah menyebabkan nilai wang fiat jatuh dan harga barang meningkat dan bukannya masalah demand supply barang-barang itu sendiri yg biasanya hanya bermusim bila berlaku kemarau, banjir dan sebagainya dan akan pulih kembali. Sebagai contoh, kalau 25 tahun dulu belanja harian sekolah rendah 30 sen dah mengcukupi , skrg pula RM2 utk beli makanan yg sama

    • Pakdi Mar 2, 2012

      1. Hadis di atas adalah umum, tidak sebut ada isu kemarau, banjir dll.

      2. Zaman Nabi saw semua maklum memang guna dinar dan dirham. Namun harga barang tetap naik.

      3. Justeru, saya tidak dapat untuk bersetuju dengan hipotesis yang diberikan.

      4. Secara umumnya bailout, subsidi memang saya tidak setuju.

  • Umarvellous Mar 5, 2012

    Assalam tuan,

    Apa pendapat tuan apabila kerajaan mengenakan harga syiling untuk sesetengah barang?

    • Pakdi Mar 6, 2012

      Undang-undang ceiling price atau floor price dua-dua saya tak setuju.

      • Umarvellous Mar 6, 2012

        Tapi kerajaan memberikan sebab yg ceiling price dikenakan supaya pembekal tidak sewenangnya menaikkan harga agar pembeli tidak terbeban..

        • Pakdi Mar 6, 2012

          Sekali imbas nampak menguntungkan pengguna tetapi sebenarnya tidak.

  • Zubir Jul 17, 2012

    Hari raya nanti kita tengok barang apa yg akan di price control kan.

  • blog amir Aug 3, 2013

    best baca artikel sebegini di sini. tq pakdi.

  • zaim Sep 8, 2013

    Imam Ibnul Qayyim menjelaskan; “Arahan Nabi SAW supaya hamba itu dinilai mengikut harga misil (tidak boleh dijual dengan nilai lebih dari itu) itu adalah tas’ir pada hakikatnya. Maka jika Syarak (iaitu Nabi SAW) mengharuskan tas’ir untuk maslahah khusus (iaitu maslahah seorang hamba; untuk memudahkan pembebasannya dengan menetapkan harga misil supaya dapat dibeli oleh orang yang ingin membebaskannya), maslahah orang ramai untuk menjamin mereka dapat memiliki (barang-barang keperluan mereka) adalah lebih besar dari itu” (rujuk; al-Turuq al-Hukumiyyah, Ibnul Qayyim, hlm. 217-218. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 11/310, perkataan; ‘Tas’ir’).

    http://ilmudanulamak.blogspot.com/2013/09/kenaikan-harga-minyak-dan-hukum-tasir.html

Leave a Comment