Apa Yang Tuan Perlu Tahu Tentang Riba Dalam Urusan Kewangan Seharian ?

ribabiz

Riba.

Secara bahasa bermaksud kenaikan.

Namun, bukan semua kenaikan itu adalah riba. Ada juga kenaikan yang dibenarkan.

Riba haram kerana ada larangan yang jelas dalam Quran dan juga hadis.

Proses pengharamannya berlaku selama 4 peringkat, sama seperti pengharaman arak. Bermula dari

1) Ayat 39 surah Rum,
2) Ayat 160-161 surah an-Nisa’
3) Ayat 130 surah ali-‘Imran

Dan ke 4) ayat terakhir yang mengharamkan riba secara mutlak iaitu:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

(al-Baqarah: 275)

Riba bukan sahaja melibatkan

1) pinjaman dan hutang, tetapi ada juga
2) riba berkaitan jual beli.

Dalam al-Quran, pengharaman riba merujuk kepada riba dalam hutang piutang. Hutang ini adalah lebih mudah difahami.

Manakala menerusi hadis-hadis, Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) menerangkan riba dalam jual beli. Ramai umat Islam masih tidak tahu wujud riba dalam aktiviti jual beli tertentu.

Antara hadis yang menerangkan mengenai riba dalam jual beli adalah hadis ini:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli,  kurma dengan kurma, garam dengan garam, (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.”

(Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad(

Riba berkaitan pinjaman dan hutang adalah riba yang sangat jelas dan lebih mudah difahami, sejak zaman Aristotle, zaman Arab Jahiliyyah sampailah zaman Facebook.

Manakala riba jual beli ini hanya mula diberitahu pada zaman Nabi Muhammad (berselawatlah kamu). Hanya selepas Islam datang, barulah ada larangan ini.

Maksud hadis di atas dapat disimpulkan dalam rajah-rajah sebelum ini dan berikut:

riba2

Maksudnya, nak beli emas dengan emas, perlu sama kuantiti dan dibuat secara tunai. Begitu juga beli perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam dan juga kurma dengan kurma.

Manakala, beli emas dengan perak dapat berbeza kuantiti tetapi mesti dibuat secara tunai.

Zaman Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) berlaku riba. Zaman kita juga, berlaku riba.

Hukum riba adalah antara syariat terakhir yang disempurnakan. Malah, dalam khutbah perpisahan Baginda, pada 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 Hijrah di Lembah Uranah, hal ehwal riba ini ada disebut.

Riba ini adalah satu persoalan yang teknikal lebih-lebih lagi melibatkan transaksi kewangan zaman moden. Justeru, bukan semua orang, termasuk para ustaz dapat memahami persoalan riba dengan baik.

Antara keperluan ilmu utama dalam hal riba pada zaman kini adalah

1) Memahami fiqh muamalat seperti yang dibahaskan dalam buku-buku fiqh klasik,  dan,
2) Memahami ilmu kewangan moden.

Bahaya Riba

Riba adalah maksiat besar.

Quran dan hadis ada menceritakan ancaman riba.

Sebagai perkongsian ringkas:

1) Macam orang gila

Surah al-Baqarah: 275 menyebutkan mereka yang masih makan riba setelah diberi peringatan dibangunkan pada hari akhirat macam orang gila dirasuk syaitan.

Itu di akhirat. Di dunia ?

Sila perhatikan orang gila yang kita nampak di jalanan.

  • Mereka mengutip, menyelongkar sampah untuk makan. Tak peduli kekotoran. Asalkan kenyang.
  • Siapa berani tegur orang gila ? Ramai takut “dikejar” atau “dimarah” oleh orang gila.

Begitulah ibaratnya mereka yang terlibat riba di dunia. Tiada peduli halal haram, asalkan untung. Bila ditegur, sama macam orang gila, yang menegur pula dimarah, dimaki-maki dengan bahasa kesat.

2) Harta banyak tapi habis

Surah al-Baqarah: 276 mengakui harta riba itu banyak.

Kita dapat lihat bangunan bank konvensional tersergam. Tinggi. Namun ia akan susut. Bagaimana ?

Boleh jadi melalui krisis ekonomi, dan dalam konteks individu, harta menjadi tidak berkat. Duit mudah keluar dari poket walaupun gajinya besar. Anak-anak sudah berebut harta ketika masih hidup lagi. Bercerai, pasangan bolot harta sebanyak mungkin. Dan pelbagai lagi.

3) Tidak ada ketenangan

Harta riba menyebabkan hati tidak tenang.

Malah, sudah ada harta pun masih berdukacita. Mungkin akibat kesan no (2).

Harta dari sumber halal, memberikan ketenangan dan kegembiraan walaupun tak banyak mana. Disebut dalam ayat seterusnya, al-Baqarah: 277.

4) Berperang dengan Allah dan Rasul

Masyarakat Melayu sungguh sensitif dengan babi.

Hero jahat Melayu, semua benda jahat dia buat. Derhaka ibu bapa, minum arak, kaki perempuan, dadah, samseng, judi … tapi pernah ditunjukkan hero jahat Malaya makan babi ? Babi sungguh babi itu, hero jahat pun tak mahu makan.

Sedangkan, babi itu cuma haram dimakan. Jika, jumpa tengah jalan, usah bunuh babi tersebut selagi ia tidak menganggu kehidupan.

Namun riba, Allah & RasulNya mengisytiharkan perang. Apakah maksiat lain yang diisytiharkan perang melalui Quran dan Sunnah ? Hal ini disebut dalam surah Al-Baqarah: 279

5) Riba yang paling ringan seumpama berzina dengan ibu sendiri

Zina itu berat.

Salah satu dosa besar.

Hukumnya sebat atau rejam sampai mati. Bergantung kepada jenis pesalah.

Derhaka ibu bapa juga dosa berat.

Bayangkan dosa riba paling kecil adalah sama dengan dosa zina dengan ibu sendiri. Hal ini disebut dalam hadis-hadis.

Apakah kalian mahu terus berzina dengan ibu bapa sendiri ?

Kita dapat mengelakkan riba.

Bagaimana Kita Dapat Mengelakkan Riba Dalam Urusan Kewangan Seharian ?

Sekurang-kurangnya melalui 7 cara berikut.

Walaupun debu riba itu masih terkena disebabkan terlalu ramai yang terlibat dengan riba.

1) Jadi pelanggan perbankan Islam sahaja

Untuk riba berkaitan hutang piutang.

Tutup semua akaun yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.

Dari urusan masuk duit gaji tiap-tiap bulan, perpindahan duit, dan pinjam meminjam. Di Malaysia, kita sudah ada banyak pilihan perbankan Islam.

Begitu juga apabila kita berurusan dengan koperasi yang ada menawarkan skim pinjam dan hutang tertentu.

2) Tidak membeli insurans

Dapatkan produk takaful.

Takaful adalah insurans yang Shariah compliant.

Pelbagai produk takaful sudah ada di pasaran sama ada untuk perlindungan motorsikal, kereta, keluarga, kad kesihatan dan seterusnya. Langgan produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful selagi dapat.

3) Tidak membeli pelaburan tidak patuh Shariah

Perkara ini tidak nampak mudah, tapi sukar bagi orang awam.

Maklumlah, kebanyakan orang bergantung dengan ejen.

Secara mudahnya, sekiranya prospektus pelaburan tersebut tidak menyebut siapa panel penasihat Shariahnya, maka itulah produk yang tidak Shariah compliant.

Untuk pelaburan saham, sudah ada senarai saham patuh Shariah.

Untuk pelaburan hartanah, guna pembiayaan perbankan Islam sahaja.

4) Berhati-hati dalam ‘pelaburan emas & perak’

Syaratnya ketat.

Iaitu transaksi perlu dibuat secara tunai.

Jika berlaku secara bertangguh atau hutang, maka sudah jadi riba dalam jual beli.

5) Tidak terlibat dalam pelaburan forex yang ditawarkan di internet.

Ia tidak merujuk kepada tukar duit di money changer.

Ini adalah tentang forex trading yang hari ini banyak ditawarkan secara online.

Persoalan ini sila rujuk – Isu forex haram

6) Berhati-hati dengan skim easy payment

Iaitu pembelian barang secara ansuran.

Yang selalu ditawarkan apabila membeli barang elektrik dan elektronik.

Jika bayar tunai harganya x, kalau tak mampu bayar sikit-sikit untuk sekian bulan. Berhati-hati.

7) Tidak terlibat dengan pinjaman ceti & ah long

Noktah.
.

Tidak terhad kepada 7 perkara ini sahaja.

Saya hanya senaraikan perkara utama sahaja. Saya tidak dapat menyenaraikan semua.

Kalian dapat lontarkan persoalan berkaitan dalam ruangan komen.

Lagi Post Menarik

22 comments… add one
  • shauq May 6, 2010

    tq.

    • NE Nov 9, 2011

      Pada pendapat aku, selagi wang kertas digunakan, selagi itu sistem riba tak leh nak elak.. walaupun kita ada perbankan islam. kalau jual beli mesti sama nilai baru tak riba… cth org Amerika keje satu jam dapat 100 dollar kita kat malaysia kena keje 3jam baru dapat 100 dollar walaupun kerja yang sama… so memag duit kertas tu tak sama nilai dia, dan sememag nye riba.. selagi pakai wang kertas tak yah la susah nak pikir pasal perbankan islam… mustahil

  • matjoe May 6, 2010

    Berat entry ini. Cas Perkhidmatan (mcm loan PTPTN) adalah tidak sama dengan riba, betul ke??

    • Ludfi Feb 8, 2012

      Cas perkhidmatan? RIBA kesemuanya itu… jangan percaya istilah nak menghalalkan yang haram… Bank ISLAM menggunakan perkataan PEMBIAYAAN untuk ganti pinjaman… Fikirkanlah…

  • adzim May 7, 2010

    saya cadangkan kita kupas persoalan pakdi dulu.

    kenapa kita nak tukar emas dengan emas sekiranya kita memang dah ada emas?

    orang menukar kapas dengan daging kerana dia mahukan daging, dan orang yang mempunyai daging mahukan kapas, pada waktu itu, sekiranya tidak dilaksana secara tunai, nilai dan keperluan akan berubah…

    jet pejuang sukhoi telah dibeli dengan minyak sawit, salah satu komoditi malaysia. Tetapi tidak tunai… dalam keadaan ini kita telah menetapkan kuantiti tong.. apakah bersih dari riba’?

    i

    • amat Feb 5, 2014

      sukhoi tukar dgn minyak sawit secara kredit atau bayar secara beransur-ansur tu tak riba sebab sukhoi tu bukan mata wang, emas, perak dan brg2 ribawi yg lain. jadi boleh bayar secara kredit. tak riba la kan jawapannye.

  • Amin007.Ledang May 13, 2010

    kalau nak buat tukaran secara terus,
    adalah lebih baik ada satu benda yang semua orang ada
    dan suka ada benda tu

  • pakdi May 14, 2010

    @matjoe, kurang jelas soalan tu.

    @adzim, nak buat barter boleh, cuma 6 item tu ada syarat yang ketat. sukhoi barter dengan CPO takde masalah.

    @amin, betul. sebab tu perlu ada sistem matawang. Hadis ini juga adalah berkaitan matawang.

  • Azizi Zulkefli May 18, 2010

    Pakdi, artikel ni ingatkan aku masa blajar Transaction in Islamic law & QH masa kat UIA dulu. Tapi setuju, ekonomi berasaskan riba perlu diperangi, ekonomi berlandaskan syariah mesti diangkat.

  • Ludfi Feb 8, 2012

    Kesemua pinjaman atau pembiayaan bank adalah haram termasuk sekali dengan Bank islam. Tidak ada bisness hutang dalam ISLAM… 1 dinar emas untuk 1 dinar emas… tak boleh lebih..

    Adakah bank ISLAM tidak mengamalkan Fractional Reserve Banking (FRB) sistem? Bank ISLAM adalah tertakluk dibawah akta bank islam 1983.Semestinya Bank ISLAM akan guna FRB ini…

  • siti mariam bt che hassan Jun 24, 2013

    salam pakdi.tuan pernah dengar tak pelaburan Future Barrel. Saya mohon bantuan tuan, pelaburan ni dah semakin meluas cuma saya takut ia bukan halal. Boleh tak tuan tolong selidik untuk saya, saya amat kurang arif. saya mohon jawapan tuan dengan segera. Semoga dengan pertolongan tuan dapat membantu kami yang dalam confius

    • safirah sabri Aug 22, 2013

      saya ingin juga tahu…

  • sabree hussin Sep 15, 2014

    jerat riba zaman moden makin licik. pening den nak trace ke”riba”an sesuatu sistem pinjaman, perniagaan mahupun urusniaga tu

Leave a Comment