Aaron Aziz.
Nama yang semakin ngetop di Malaysia.
Apatah lagi lakonannya bersama Maya Karin dalam filem Ombak Rindu mencecah kutipan RM 10 juta.
Ada kontroversi babak atas ranjang lagi.
Berikut adalah 4 perkara yang saya belajar dari Aaron Aziz mengenai pengurusan kewangan, bisnes dan pelaburan.
1. Guna Kekuatan
Kekuatan beliau bukan pada huruf alif. Tetapi pada muka yang kacak, hensem dan macho. Kalau nama beliau adalah  Wak Joko Erwin Anwar sekalipun pengarah filem / drama pasti mahu mengambil beliau berlakon.
Dia tahu dia hensem. Orang (perempuan) suka tengok orang hensem. Cair…
2. Keluar Dari Zon Selesa
Aaron Aziz orang Singapura.
Orang-orang JB kata mereka dah tonton Aaron Aziz ni lama dah dari saluran television Singapura.
Orang professional Malaysia pergi ke Singapura, Dubai, Eropah untuk cari duit. Orang Singapura datang Malaysia nak cari duit. Ironi bukan?
3. Keluarga Penting
Berdasarkan laporan-laporan dari blog hiburan seperti blog Beatifulnara.com, ada gambar Aaron Aziz bersama isteri dan anak-anak. Nampak bahagia.
Semoga kontroversi adegan ranjang Aaron Aziz dan Maya Karin tidak menjejaskan hubungan keluarga mereka. (dush!)
4. Hebat dalam Bidang
Kalian pasti tidak tahu bagaimana watak sebenar beliau.
Garang kah, pelawak kah atau pemalu kah.
Dalam filem Pisau Cukur jadi detektif, dalam KL Gangster jadi orang jahat, dalam Ombak Rindu jadi lelaki yang budiman menyelamatkan Izzah dari jadi perempuan murahan.
Dia dapat memuaskan hati klien (pengarah dan penerbit) dengan menjadi hebat dalam bidang lakonan justeru membolehkan dia mendapat pelbagai tawaran berlakon berulang-ulang kali.
Ini lebih utama dari perkara no # 1. Ho ho ho.
Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:
Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:


{ 8 comments… read them below or add one }
Huh, saya tak suka Aaron Aziz…
Ye.. Keluar dari zon selesa tu yang susah kebanyakkan orang nak buat. Kadang tu bukan suruh tukar kerja, disuruh sambung belajar utk peningkatan diri sendiri pun tak nak. Hai la manusia!
Betul, dalam Quran pun disebut agar kita sentiasa keluar dari zon selesa untuk mendapat yang lebih baik.
eh, ingatkan salah masuk blog tadi, ada cite artis lak kat sini…hehehe,
tpi selain faktor hensem, dia gak bersih… maksudnya takde gossip jahat dan cite buruk… tu yg semua pompuan dan mak-mak suka tuuu…
penah tgok program Serasi Bersama, wife dia ckp dia sgt pembersih..
setiap kali msuk umah je mesti terus mop lantai dan lap brg2…haha, bukan senang nak jumpa lelaki cam tu kan…
dan mmg dr Spore dulu dia takde kontroversi dan gosip murahan main cinta2, setia dan jenis family man..
btw, tak semestinya org profesional je cari mkn luar negara…ramai setakat jadi buruh kasar di spore tpi pndaptan 3 kali ganda dr mlsia..
Orang Johor sudah berkata-kata
Penulisan yang santai. Saya suka membacanya. Isinya menarik!
Btw. Aaron Aziz memang hensem pun. Tak boleh dinafikan.. Kalaulah aku juga begitu..:p
Oh kena hensem, utamakan keluarga, keluar dari zon selesa, dan jadi hebat.
jadi hensem tu yang susah tu hehehe