Apa Yang Kita Dapat Belajar Dari Zizan Raja Lawak [Feat: Ustaz Azhar Idrus]

Zizan Raja Lawak.

Siapa tidak kenal.

Ustaz Azhar Idrus pun saja buat-buat tak kenal bila Zizan telefon dia.

Zizan, seperti mana yang diketahui pernah ‘terlanjur’ kata dalam filem Hantu Bonceng. Dia mengaku tersilap. Dia pun telah merujuk Ustaz Azhar dalam hal ini.

Bukan mudah mengaku silap. Lagi-lagi dalam kedudukan seorang yang bertaraf selebriti.

Berikut adalah 3 perkara yang kita dapat belajar dari Zizan Raja Lawak dalam perancangan kewangan, bisnes dan pelaburan.

1. Mengaku Silap

Kita semua manusia. Tidak sempurna.

Begitu juga dalam urusan wang kita. Ada perkara yang barangkali kita telah buat silap. Kita kena tahu kita silap dan kita kena akui kesilapan kita.

Ini dinamakan exit strategy.

Barangkali plan pelaburan kita adalah A,B,C. Namun, apabila kita melaksanakan plan tersebut ia tidak menjadi. Rupanya kita tersilap. Jangan tunggu lama-lama.

Keluar dari pelaburan tersebut.

2. Bertanya Kepada Yang Lebih Tahu

Zizan merujuk kepada Ustaz Azhar Idrus.

Isu filem hantu bonceng. Isu nak buka karaoke. Dan terbaru, berganding bersama Ustaz Azhar sendiri dalam sambutan malam tahun baru 2012 di Shah Alam.

Justeru, pastikan kita mempunyai orang yang dapat kita rujuk apabila berhadapi situasi tertentu dalam urusan pelaburan kita. InsyaAllah, ada jalan yang terbaik.

3. Life Goes On

Jika bisnes gagal, jangan kecewa tertonggeng.

Pelaburan rugi, tidak perlu bersedih. Kita belum mati.

Itu adalah asam garam dunia bisnes dan pelaburan. Hanya skim cepat kaya menjanjikan untung sampai bila-bila.

Zizan barangkali berada tahap moral yang sangat ‘low’ sekitar isu Hantu Bonceng. Satu Malaysia kutuk dia. Namun alhamdulillah, berkat dia mengaku salah, merujuk kepada orang yang lebih tahu dia menjadi lebih popular dan berganding dengan Ustaz Azhar Idrus lagi.

Kerugian yang lepas tu lepas lah. Buat yang baru.

“This too shall pass.”

 

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 5 comments… read them below or add one }

huds January 4, 2012 at 12:05 pm

nice sharing

Reply

zam January 4, 2012 at 12:09 pm

nice articles…. like

Reply

titan January 4, 2012 at 12:20 pm

aku suka dua-dua. hidung diorang kacak. hehe..

Reply

noriz January 5, 2012 at 1:10 pm

bagus ustaz ni kan, dia bergaul dgn semua dan cari pendekatan berbeza utk tarik minat org muda…

dan harap Zizan kan lebih peka lepas ni..

Reply

Zyand Ashand January 6, 2012 at 12:23 am

Klau nak tgk video ustaz Azhar Idrus & Zizan pada malam Countdown 2012 yg full dlm HD try la tgk kt cni..
kualiti video tip top

http://zyandashand.blogspot.com/2012/01/full-video-ustaz-azhar-idrus-dan-zizan.html

SHARING IS LOVING!!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: