Salah satu petanda sesuatu bentuk pelaburan itu sudah sampai ke tahap bubbles, mania atau tanda awas perlu dipacakkan dalam biji mata kita semua adalah apabila pemandu teksi, tukang gunting rambut hatta yang kaki lepak kedai kopi pun bercakap pasal pelaburan tersebut.
Kalau ikut kaedah pengajian hadis, kehebatan pelaburan itu sudah sampai tahap mutawatir. Ramai sangat (ejen) bercakap benda yang sama dan mustahil untuk mereka berpakat untuk menipu. Cuma bezanya adalah, yang bercakap itu bukan para sahabat Nabi saw yang boleh kita terus percaya malah mereka cuma orang biasa yang tidak ada ilmu pelaburan pun, yang tidak tahu pun membezakan cashflow dan capital gain. Menyebabkan kita yang mendengar cerita bertaraf mutawatir itu pun rasa betul, pelaburan itu maha hebat dan kita mesti sama-sama melabur kalau tidak mahu ketinggalan bas.
Tahun 2008, rakyat Malaysia demam pelaburan saham khususnya menerusi saham amanah. Sedangkan pada 2008, pelabur besar dan pelabur professional yang telah melabur dari 2005 misalnya, telah pun mula menjual pegangan saham mereka.
Hari ini, tahun 2010, kelihatan orang demam dengan pelaburan emas. Beli pada RM 120/g jual pada RM 125/g. RM 5 untung satu gram. Ditabur pula dengan beberapa hadis-hadis Nabi yang tarafnya mengikut ulama hadis, adalah meragukan. Maka, bertebaranlah cerita yang menyatakan ini adalah bisnes Islami, ekonomi Islam!
Maka, ingin saya sebut dengan tegas itu adalah ajaran sesat ekonomi Islam.
Ekonomi Islam bukan sekadar jual beli emas untung buat untung. Peranan emas dalam ekonomi Islam adalah sebagai matawang, bukan untuk dijadikan komoditi dan seterusnya dijadikan aktivti spekulasi.
Betul, duit kertas hari ini tidak bersandarkan emas. Jadi, pejuang ekonomi Islami yang utama adalah mendesak emas dijadikan matawang dan bukan menjadi sama-sama terlibat menjadi spekulator emas dan mendakwa akviti sebegitu adalah bisnes dan jihad ekonomi yang paling Islami.
Sudah lah menjadi spekulator emas, jual beli emas fizikal pun ada yang terlibat dengan riba apabila menjual beli emas dengan berhutang. Perbuatan ini adalah sangat bertentangan dengan hadis riba.
Sekiranya tuan puan menyimpan harta dalam bentuk emas, maka itu adalah antara kaedah menyimpan yang baik. Tetapi sekiranya tuan puan sudah menganggap emas sebagai pelaburan, maka ketahuilah rule of investment is applied. Tidak ada beza melabur dalam emas dengan melabur dalam saham, hartanah, pasaran hadapan sawit dan sebagainya. Orang yang telah membeli komoditi-komoditi tersebut beberapa tahun lepas adalah orang yang sedang menjualnya hari ini.
Dan setiap benda yang naik pasti akan jatuh!
Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:
Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:


{ 11 comments… read them below or add one }
Emas dikomoditikan dan juga bahan spekulatif ekonomi bagi merancakkan pasaran penawaran/permintaan ..Saya percaya proses normalisation akan berlaku selepas ini dan harga emas akan menurun mengikut kewajarannya yg sebenar.
Belum cukup duit untuk melabur dalam emas…
@2bz4money, maksudnya tuan mahu menyatakan harga emas hari ini sudah lari dari nilai sebenar?
Saya cukup setuju dengan pandangan pakdi yang menyatakan “tiada bezea melabur emas dengan komuditi yang lain”. Saya harap pakdi dapat berkongsi lebih lagi ilmu2 seperti ini di masa hadapan.
Sorang rakan begitu ghairah berjual beli emas.. (banyak uangnya..)
nak kata ‘ter’ikut orang,.. belajarnya tinggi.. cerita cashflow terror..
Udah bermain CF dengan Pakdi dulunya kut! Asset Management pun pandai dia.. tahap sifu niih.. penasihat tak rasmi bila berTT..
Kawan tanya: bila masa yang sesuai?..sekarang! jawabnya.. mana tahu?.. ramai orang beli dan jual sekarang.. kompom untung..
based kepada fundamental analisys atau TA? … tak tahu baca TA dan tak perlu pun… he..he.. ketawa kawan!!
Sekarang?… Rakan kita susah nak bercerita bab emas lagi?.. kenapa?.. sebab: nak jumpa pun susah,.. so, tak leh la bercerita mulok2 lagi..
Tapi awas,… rakan kita sedang beralih angin (baca: lebih giat lagi..) kepada Forex plak..
hmm..hmmm..entah la!!
#harap tak lagi dengan perkara tajuk…
Jz to share CERITA BENAR..
yezza.. orang beli emas masa rm80/g.. tapi nak jual pun sayang jugak.. sebab dia memang akan susah pun nak turun ke tahap tu.. nak simpan pun zakat makin naik.. jawabnya arrahnu jela.. duitnya buat modal bisnes..
@diver, kalau nak terlibat sebab nak untung “trading” masa tengah ramai yang berlari masuk bas ini lah yang paling sedap pun. Tengok aje lah siapa yang terkena.
tanya kat agent emas mmgg lah sekarang .. bila bila pun boleh beli emas … tanpa tauu market fluctuate cam mana .. kat mana high.. kat mana low dlm masa 1 thn pun tak tau gakk….. tu la yg aku pertikaikann kat blog akuu satuu ketikaa duluu ….kalau aku nak jadii agentt …. dah ramai downlinee aku niee ahhh …. hahhehehe ..
tu biasa lah diverr ……. ramaii yang hangat hangatt tahii ayamm jee .. lepas tuu hangat katt orang lainn ….
hehehhe ..
sekarang kenaikan emas masih dlm bull stage…kenaikan bersifat jangka masa panjang & masih belum lagi bersifat bubble, kenaikan 25% adalah normal. Ia spt sejarah yg lepas apabila emas naik bermula pada thn 1970 dr usd 30 kpd usd 25o pd thn 1980 dlm masa 10 thn. Ia boleh dianggap tahap bubble spt belaku pd thn 1980 bila emas naik dr usd 250 kpd usd 800 dlm masa setahun.
So jangan bimbang, belum sampai masanya lagi. Bila tiba masanya nanti mungkin kita akan lihat kenaikan yg lebih menggila dr apa yg kita lihat skrg. Apa yg berlaku skrg, kenaikan harga emas adalah nornal kerana setiap negara mengurangkan nilai matawang masing2 kerana kemelesetan ekonomi dan menyebabkan inflasi.
Saya masih meragui adakah Amerika berupaya menaikkan interest secara mendadak spt yg dilakukan pd thn 1980 dulu utk membendung inflasi . Ini kerana keadaan agak berbeza sbb dahulu Amerika adalah debtor nation tp sekarang adalah creditor nation.
erm..ada duit bminat jugak..
Assalamualaikum,
Tuan/puan.
Sila layari lama web diatas. Syarikat Bumiputera.
Sekarang ni ramai sangat yang sokong Syarikat non Bumi,walhal syarikat bumi tiada juga kurangnya.Lihat sendiri HF GOLD.
Berinnovatif dan mempunyai iltizam yang tinggi. Kawan ni menyokong jer syarikat Bumi nak berniaga disamping membantu kita. Harga Emas yang ditawarkan memang berbaloi. Saya dah buat kiraaan,syarikat tak untung banyak, tetapi lebih memberi kepada pelanggan. Jadi pelanggan puas dan mempunyai kuasa membeli dan boleh membeli berulang kali ,lantas menjadikan Emas sebagai harta yang bernilai tinggi.
{ 4 trackbacks }