Apa Yang Anda Mesti Tahu Tentang Hutang Kad Kredit ?

cred

Kata pelabur paling kaya, Warren Buffett:

“It’s easier to stay out of trouble than it is to get out of trouble.”

“Elakkan masalah adalah  lebih mudah dari keluar dari masalah.”

Hutang kad kredit berjumlah RM 3,000 dengan caj 17.5% setahun memerlukan masa 4 tahun dan 6 bulan untuk habis bayar. Itulah tempoh masa menjadi hamba bank.

Itu kalau lepas berhutang RM 3,000 dan terus tak pakai kad kredit.

Jika lepas bayar sikit, dan pakai dan pakai, maka sampai bila-bila kita  masih terbeban dengan hutang kad kredit.

Inilah salah satu punca masalah kewangan yang menyebabkan duit gaji habis setiap bulan. Maka, jauhilah hutang kad kredit. Bila tiada hutang kad kredit, maka lebih mudah untuk hidup dengan tenang.

Hari ini pun dah banyak kad debit guna Visa dan Mastercard. Jadi pilihan lain sudah ada. Sebab tanpa disiplin, kad kredit dapat menghabiskan duit gaji kita secara halus. Lebih halus dari toyol.

Tapi jika dah terperangkap, kenalah cari ubat.

Mudah Memakai Kad Kredit, Namun Apakah Mudah Juga Membayar Hutangnya ?

Secara purata, generasi Y berbelanja menggunakan kad kredit sebanyak RM 702 sebulan.

Nak bergaya punya pasal. Beli kopi RM 10 pun nak swipe kad kredit. Mudah.

Hutang kad kredit sebulan RM 702.
Hutang kereta sebulan, RM 900.
Sewa bilik sebulan, RM 300.

Duh. Habis sebulan gaji!

Selamat, bank beri kebenaran bayar 5% sahaja dari hutang kad kredit tu. Lega!

Begitulah langkah pertama bagaimana hutang menimbun sedikit demi sedikit.

Secara umumnya, tiada masalah guna kad kredit. Masalah cuma timbul apabila kita tak mampu bayar semula jumlah yang digunakan selepas swipe kad tersebut. Dan tak tahu pula cara mengiranya, berapakah caj kredit yang dikenakan ? Sehingga hutang kad kredit dapat menjadi berganda dalam tempoh beberapa tahun.

Di Malaysia, bank-bank menggunakan caj 3 tier bermula pada 31 Mac 2009 dan sehingga artikel ini ditulis ia masih belum berubah.

Inilah kadar caj yang perlu kita semua tahu sebagai pengguna kad kredit di Malaysia, dari www.bankinginfo.com.my:

Kad Kredit Hanya Untuk Anda Yang Ada Disiplin

Tidak ada disiplin jangan pakai.

Noktah.

Jika sudah terpakai dan mula terbeban, maka kena mula urus hutang kad kredit tersebut dengan lebih baik. Dari banyak-banyak jenis hutang, hutang kad kredit adalah hutang paling utama untuk diselesaikan sebelum hutang-hutang yang lain.

Mahukah tuan mengetahui strategi-strategi untuk keluar dari hutang kad kredit dengan lebih cepat? Bagaimana tuan dapat memendekkan tempoh habis bayar hutang kad kredit selama 60 bulan dapat menjadi 24 bulan sahaja sahaja ? Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut :

— www.panduancashflow.com

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.