1. Riba bukan sahaja melibatkan pinjaman dan hutang, tetapi ada juga riba berkaitan jual beli. Dalam al-Quran, pengharaman riba dibuat secara umum dan hadis menerangkan jenis riba yang lain iaitu seperti hadis berikut dan hadis-hadis yang lainnya:
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” [Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad].
2. Riba berkaitan pinjaman dan hutang adalah riba yang sangat jelas dan begitu difahami oleh manusia, sejak zaman Jahiliyyah, zaman Aristotle sampailah zaman Facebook.
3. Manakala riba jual beli ini adalah sesuatu yang baru. Hanya selepas Islam datang, barulah ada larangan ini. Maksud hadis-hadis tersebut boleh disimpulkan dalam rajah berikut:

4. Maksudnya, nak beli emas dengan emas, perlu sama kuantiti dan dibuat secara tunai. Begitu juga beli perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam dan juga kurma dengan kurma.
5. Manakala, beli emas dengan perak pula boleh berbeza kuantiti tetapi mesti dibuat secara tunai. Begitu juga beli gandum dengan barli, barli dengan garam dan seterusnya, kuantiti boleh berbeza tetapi mesti secara tunai.
6. Saya cenderung untuk melihat hadis ini sebagai prinsip asas sistem matawang Islam. Matawang perlu bersandarkan dengan aset yang berharga seperti emas dan perak, atau pun apa-apa komoditi yang bersifat makanan ruji dan boleh disimpan lama. Ini juga selari dengan ayat Quran dalam surah Yusuf yang menceritakan mimpi Raja Mesir mengenai 7 tahun zaman mewah dan 7 tahun zaman susah apabila Nabi Yusuf a.s. mencadangkan agar gandum yang dituai disimpan dengan tangkai-tangkainya sekali.
7. Secara logik, berapa ramai sebenarnya yang akan tukar emas dengan emas atau garam dengan garam ? Barter trading sekalipun, manusia cenderung untuk menukarkan kapas dengan daging ayam misalnya dan bukannya kapas dengan kapas. Sedangkan hadis ini adalah hadis riba di mana dalam ayat Quran, surah Baqarah ayat 279, Allah swt dan RasulNya telah mengisytiharkan perang terhadap riba. Justeru, riba bukan perkara kecil dan skop hadis ini tidak patut dilihat dari sudut yang kecil juga.
8. Industri kewangan Islam yang sedia ada memang boleh melepaskan manusia dari masalah riba pinjaman dan hutang, tetapi kritikan yang selalu dilontarkan terhadap industri kewangan Islam juga adalah, industri ini masih gagal menyelesaikan masalah kemiskinan. Sedangkan pengamal kewangan Islam sering mendakwa sistem kewangan Islam adalah sistem yang adil kepada semua baik miskin dan kaya.
9. Orang miskin, tiada pendapatan, bergaji kecil, bekerja di syarikat kecil masih menghadapi masalah yang sama walaupun telah wujud industri perbankan dan kewangan Islam. Maka, melihatkan hal ini wujud pihak yang menghentam institusi kewangan Islam dengan pelbagai tohmahan. Sedangkan, masalah kemiskinan ini tidak boleh diselesaikan oleh institusi kewangan Islam sahaja, ada beberapa institusi lain yang perlu diperkasakan seperti wakaf, baitulmal, zakat dan juga sistem matawang Islam.
10. Ada juga yang mendakwa segalanya mesti Qard atau pun Qard al-Hassan semata-mata, sedangkan masalah sebenar jauh dari hanya sekadar bagi pinjam. Apa kaitan bank-bank Islam tidak bagi Qard al-Hassan dengan harga kuih karipap di kedai kopi Pak Mail, yang dulu cuma 20 sen sebiji tetapi sekarang seringgit dapat 3 biji aje ? Adakah dengan bagi Qard al-Hassan kepada Meon seorang peon boleh menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup ?
11. Ada orang berpendapat matawang itu mesti emas dan perak sahaja. Bagi saya ia tidak seharusnya begitu kerana hadis yang telah dikongsikan di atas juga menyebut peranan komoditi yang lain. Seterusnya, bukan semua negara mempunyai lombong emas dan lombong perak. Jika kita terhadkan hanya emas dan perak, apa akan terjadi terhadap negara yang langsung tidak ada hasil emas dan perak ?
12. Ada negara yang kaya dengan hasil tanaman tertentu seperti beras. Dan yang paling utama, semua negara ada makanan ruji tersendiri yang membolehkan ekonomi tempatan berkembang dengan begitu baik sekali dan pada masa yang sama hasil utama setiap negara ini boleh didagangkan antara negara dengan prinsip yang sama.
13. Dalam post akan datang kita dapat lihat apa yang telah berlaku di sekeliling kita apabila manusia mula pandai-pandai mengubah aturan Allah swt.
Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:
Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:


{ 7 comments… read them below or add one }
tq.
Pada pendapat aku, selagi wang kertas digunakan, selagi itu sistem riba tak leh nak elak.. walaupun kita ada perbankan islam. kalau jual beli mesti sama nilai baru tak riba… cth org Amerika keje satu jam dapat 100 dollar kita kat malaysia kena keje 3jam baru dapat 100 dollar walaupun kerja yang sama… so memag duit kertas tu tak sama nilai dia, dan sememag nye riba.. selagi pakai wang kertas tak yah la susah nak pikir pasal perbankan islam… mustahil
Berat entry ini. Cas Perkhidmatan (mcm loan PTPTN) adalah tidak sama dengan riba, betul ke??
saya cadangkan kita kupas persoalan pakdi dulu.
kenapa kita nak tukar emas dengan emas sekiranya kita memang dah ada emas?
orang menukar kapas dengan daging kerana dia mahukan daging, dan orang yang mempunyai daging mahukan kapas, pada waktu itu, sekiranya tidak dilaksana secara tunai, nilai dan keperluan akan berubah…
jet pejuang sukhoi telah dibeli dengan minyak sawit, salah satu komoditi malaysia. Tetapi tidak tunai… dalam keadaan ini kita telah menetapkan kuantiti tong.. apakah bersih dari riba’?
i
kalau nak buat tukaran secara terus,
adalah lebih baik ada satu benda yang semua orang ada
dan suka ada benda tu
@matjoe, kurang jelas soalan tu.
@adzim, nak buat barter boleh, cuma 6 item tu ada syarat yang ketat. sukhoi barter dengan CPO takde masalah.
@amin, betul. sebab tu perlu ada sistem matawang. Hadis ini juga adalah berkaitan matawang.
Pakdi, artikel ni ingatkan aku masa blajar Transaction in Islamic law & QH masa kat UIA dulu. Tapi setuju, ekonomi berasaskan riba perlu diperangi, ekonomi berlandaskan syariah mesti diangkat.
{ 6 trackbacks }