Apa Yang Anda Mesti Tahu Pasal Riba Sebagai Musuh Ekonomi Kita Semua? (3)

(Artikel satu di sini dan artikel dua di sini)

26. Sekiranya tuan puan membaca dua siri yang lepas, fenomena inilah yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. akan tiba suatu zaman, tidak ada seorangpun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena debunya.

27. Justeru, walaupun kita tidak menjadi pelanggan bank riba dan 100% menjadi pelanggan bank-bank Islam, kita tetap terkena debu-debu riba. Ini adalah hakikat zaman yang kita hidup hari ini.

28. Tuan puan juga tertentu tertanya, kenapa Pakdi menulis benda yang kompleks ini? Tulis aje benda yang mudah, yang boleh terus buat duit. Kan lagi best.

29. Sesungguhnya dengan memahami tentang kewujudan riba berkaitan jual beli (riba buyu’) selain riba berkaitan hutang (riba duyun), maka kita akan memahami riba itu bukan dalam hutang sahaja, tetapi juga betapa kompleksnya framework riba yang wujud dalam dunia hari ini. Peperangan terhadap riba bukanlah kerja bank-bank Islam sahaja, tetapi adalah tanggungjawab semua orang.

30. Sekiranya tuan puan dalam posisi untuk mengubahnya, macam bekerja sebagai pegawai kerajaan yang menggubal dasar-dasar ekonomi dan undang-undang negara, bekerja di BNM, bekerja di bank-bank Islam, peguam, auditor, orang cukai yang banyak terlibat dalam urusan perbankan dan yang sewaktu dengannya maka sedarlah bahawa kuasa yang tuan puan ada pada hari ini akan disoal Allah di akhirat kelak.

31. Sekiranya tuan puan dalam posisi lain, kena ketuk, tegur orang dalam kategori di atas untuk buat kerja sehabis baik. Seterusnya menamatkan semua urusan dengan perbankan konvensional.

32. Dan tuan puan juga boleh belajar sedikit demi sedikit how to play the games, antaranya seperti berikut:

33. Satu, duit berbentuk tunai adalah penting untuk urusan sehari-hari, tetapi pastikan anda  juga menukarkan sebahagian duit kertas yang ada sekarang menjadi aset yang sebenar. Tuan puan perlu tahu akaun-akaun yang anda ada pada hari ini disimpan dan dilaburkan oleh institusi kewangan dalam pasaran apa. Pasaran money market ? Pasaran saham ? Pasaran sukuk (bon Islam)? Pasaran tukaran matawang?  Pasaran emas? Dan seterusnya.

34. Dua, disamping menukarkan duit kertas dengan aset sebenar, tuan puan juga perlu mula membina aset sendiri yang tidak memerlukan sejumlah modal yang besar pun untuk bermula. Ingat, akal adalah pemberian Allah yang paling berharga.

35. Tiga, bikin bisnes bukan satu alternatif, tetapi adalah “wajib” dari sudut hukum perancangan kewangan. Apa guna marah-marah bos yang tak naikkan gaji, sedangkan buat bisnes part-time adalah lebih baik. Kita semua tahu hari ini makan roti canai nak kenyang mesti makan dua keping, walaupun harga sekeping masih sama.

36. Empat, jangan menjadi sebahagian dari masalah dengan melibatkan diri dengan riba jual beli khususnya dalam pasaran matawang (forex) yang tidak menepati kehendak Shariah. Malah, akaun pelaburan emas yang tidak wujud emasnya juga adalah sebahagian dari masalah ini. Ingat, riba tidak wujud hanya dalam masalah hutang dan pinjaman sahaja.

37. Lima, kena rajin membaca untuk mengetahui macam mana sistem kewangan hari ini dibina. Understand the rules. Ambil tahu how to take advantages dari sistem yang sedia ada. Benjamin Graham, cikgu kepada Warren Buffett, ada mencadangkan kaedah matawang berdasarkan komoditi sebegini pada tahun 1930an, walaupun tidak diterima oleh jawatankuasa kongres, beliau akhirnya dikenali sebagai dean of the Wall Street dan seterusnya melahirkan ramai pelabur berjaya seperti Buffett.

38. Fenomena wang tidak bersandarkan emas, perak atau sebarang komoditi ini adalah satu fenomena baru bermula pada tahun 1974. Sebelum itu, ada sandaran emas. Malah, sejak zaman dahulu lagi emas dan perak adalah matawang yang utama.

39. Misalnya, rumah yang dibeli pada 1970an, cuma RM 20,000 dan rumah yang sama 30 tahun kemudiannya bernilai RM 400,00. Apa agaknya punca sebenar “kenaikan harga” ini berlaku.

40. Hati-hati dengan ilusi “harga naik” sebegini. Nilai bersih aset (net worth) anda barangkali tinggi tetapi pada hakikatnya anda tidak punya apa-apa selain bergantung dengan gaji setiap bulan.

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 13 comments… read them below or add one }

razi May 15, 2010 at 6:15 am

Salam Pakdi…
Persoalan saya, jika kita meminjam sebanyak rm 10 daripada A pada tahun 2000, dan kita nak bayar selepas 3 tahun, adakah kita perlu bayar RM 10 juga kepada A pada tahun 2003 sedangkan mungkin berlaku inflasi dan susut nilai wang dalam masa 3 tahun?

Reply

pakdi May 15, 2010 at 11:30 am

@razi, ya. Kalau disyaratkan bayar lebih, hal tersebut sudah menjadi riba qard (pinjaman).

Inflasi adalah kesan apabila matawang tiada sandaran emas dan perak dan sebarang komoditi. Itulah antara debu-debu riba.

Reply

zuhdi May 15, 2010 at 6:34 pm

pakdi,,
Saya faham tentang mksd penukaran matawang ke aset sebenar.
tp saya betul2 tiada ilmu ttg mcamne nak bermula.
Mksd saya dari segi pembelian aset tersebut.Sebagai contoh,bolehkah saya mula melabur dengan KFH(Gold Account-i).

Reply

zam May 16, 2010 at 2:36 am

Jadi, zaman sekarang nih dah takde yang bersih. So ape advice Pakdi. Terutamanya bagi yang dah memang dah terjebak dalam riba ni.

Reply

najib May 16, 2010 at 11:15 pm

salam pakdi, nak tanya pendapat. saya apply kat bank islam dan bank rhb islamic untuk loan kereta malangnya tak lulus. ( walaupun setelah buat rayuan)dan bila apply kat bank rhb ( convensional) satu hari dah lulus. kereta baru dah bayar duit booking dan kereta lama dan ada pembelinya.
soalannya. patutkah saya teruskan loan dengan bank rhb convensional tersebut.?
tkasih pakdi.

Reply

ikanbilis May 17, 2010 at 8:43 am

salam…

antara sebab-sebab kita mendapat debu riba
1.kehendak dan keperluan yang tidak stabil
2.pemimpin
3.tidak mahu menukar sistem yang ada

to najib: sebab apa tidak lulus(rhb islamic)
rhb kon lulus sebab apa

kesimpulan: tidak patut sbb kon

Reply

pakdi May 17, 2010 at 7:55 pm

@zam, jangan terlibat dengan riba secara langsung. Perkara yang diluar kawalan kita, itu kita memang tak mampu nak berbuat apa-apa melainkan kita ada kuasa.

@zuhdi, kena mula belajar dan buat sikit demi sikit. Tentang KFH gold account tu, boleh rujuk artikel yang lepas, insyaAllah saya akan kupas tentang perbezaan dengan yang lain.

@najib, mungkin ada isu dalam credit risk assesment. tapi kalau dah lulus, boleh hubungi islamic bank lain, untuk beritahu kelulusan tersebut dan mungkin mereka akan beri pembiayaan juga. jadi, kena berusaha untuk dapatkan yang Islamic financing dulu.

Reply

zam May 18, 2010 at 1:12 am

Pakdi, camne dgn “jangan terlibat dengan riba secara langsung” tu? Boleh terang sikit tak? sorry sbb still mencari-cari….

Reply

pakdi May 18, 2010 at 8:45 pm

@zam, antaranya seperti:
i. menjadi pelanggan bank-bank konvensional (akaun simpanan, loan rumah, loan kereta, kad kredit dll)
ii. terlibat dalam pasaran forex yang bukan spot basis.
iii. jual beli emas, perak yang tidak spot basis.

Reply

wanazhar May 26, 2010 at 12:57 pm

apa maksud spot basis..ada artikel yg boleh sy rujuk…saya orang baru…harap dapat tunjuk ajar dri pakdi

Reply

pakdi May 26, 2010 at 10:40 pm

@wanazhar, spot basis adalah pembelian tunai.

Tuan beli kelapa parut di kedai saya. Tuan bayar RM 2 kepada saya dan saya beri kelapa parut kepada tuan pada waktu yang sama.

Reply

tanpanama June 18, 2010 at 3:07 pm

Salam pakdi

saya ada study modern money mechanic(MMM) dan faham la sikit2 konsep duit zaman skrg ni..

dari yang saya faham, money = debt

persoalan nya sekarang, saya ada buat loan islamic bank utk kereta,
tp bila dah baca MMM ni, jadi risau la pula, teringat “akan terkena debunya”
mintak pakdi boleh komen sedikit tentang loan islamic yg ada di sekarang…

keduanya..
untuk pelaburannya, dalam bidang apa yang terbaik?
kalau ikut artikal pakdi ni yang saya nampak komoditi dah emas la
harap pakdi dapat berikan sedikit pandangan

Tq

Reply

pakdi June 18, 2010 at 8:13 pm

@tanpanama, persoalan itu menarik, tetapi saya mohon maaf kerana saya kurang berminat menjawab soalan dari pembaca yang menggunakan nick sebegitu. Harap tuan boleh menggunakan nick yang lebih sesuai.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: