Apa Yang Ada Dalam Laporan Kewangan Syarikat?

Annual report yang dikeluarkan oleh syarikat berhad setiap tahun mempunyai penyata kewangan (financial statement / report).

Penyata kewangan ini dapat membantu para pelabur untuk mengetahui sama ada sesuatu syarikat itu berkualiti atau pun tidak berkualiti. Sebagai seorang pelabur kita perlu memilih syarikat-syarikat yang berkualiti sahaja,

penyata kewangan

Apa yang terkandung dalam laporan kewangan tahunan syarikat:

1. Income Statement

Penyata pendapatan.

Melalui maklumat yang terdapat di dalam penyata ini, kita akan tahu samada prestasi operasi syarikat tersebut di dalam keadaan baik atau tidak. Samada bisnes tengah untung atau rugi. Antara item yang perlu diambil perhatian adalah seperti Revenue, Gross Profit, Net Profit, dan Earning Per Share (EPS).

2. Balance Sheet Statement

Penyata yang mempunyai maklumat mengenai aset dan liabiliti sesebuah syarikat. Aset merujuk kepada harta/ mesin/ bangunan/ peralatan yang dapat memberi aliran tunai positif kepada revenue syarikat dan mempunyai nilai sekiranya dijual semula. Manakala liabiliti pula merujuk kepada hutang syarikat tersebut.

3. Statement of Changes in Equity

Penyata ini memaparkan maklumat mengenai perubahan ekuiti syarikat tersebut. Mungkin syarikat ada membuat new issuance untuk mengumpul modal tambahan bagi melaksanakan projek yang baru. Segala perubahan ekuiti akan dicatatkan di dalam penyata ini.

4. Cashflow Statement

Penyata aliran tunai syarikat. Segala ringkasan transaksi duit masuk dan keluar akan dicatatkan di sini. Terbahagi kepada 3 bahagian :

  • Cashflow from operating activities
  • Cashflow from investing activities
  • Cashflow from financing activities

Kaedah analisa laporan kewangan ini adalah merupakan kaedah analisis fundamental. Kita mengkaji prestasi syarikat setiap tahun dan bandingkan dengan prestasi pada tahun sebelumnya. Samada syarikat semakin baik setiap tahun atau sebaliknya. Setiap item  di dalam penyata kewangan ini mempunyai nota kaki yang menjelaskan nilai tersebut dengan lebih terperinci.

Sebagai contoh, syarikat XYZ Berhad menunjukkan prestasi yang baik sepanjang 5 tahun beroperasi. Tetapi, pada tahun ke-6, pendapatan syarikat menurun sebanyak 50% dan aliran tunai syarikat juga adalah negatif. Berbeza dengan tahun sebelumnya. Maka, kita kena baca semula nota yang disediakan untuk mengetahui apa sebab berlakunya situasi tersebut.

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.