Apa Perbezaan Saham Dan Forex ?

fstok

“Tuan, apa beza antara saham dan forex?”

Kedua-dua pasaran saham dan forex, kita boleh buka laptop dan letak order buy, sell.

Kemudian harga naik, atau harga jatuh.

Dapat untung, dapat rugi.

Jadi, apa bezanya kan ?

Apa itu Saham ?

Pemilikan dalam sesebuah syarikat.

Jadi apabila kita beli saham, maksudnya kita membeli pemilikan (ekuiti) dalam sesebuah syarikat, dan sebagai pelabur kecil kita juga adalah pemilik syarikat cuma tidak mempunyai kuasa penuh untuk menguruskannya.

  • Kita perlu faham apa syarikat itu buat.
  • Kedudukan kewangan syarikat tersebut.
  • Menilai potensi masa depannya

Jika kita tidak melihat kesemuanya itu, selalunya kita lebih kepada aktiviti spekulasi dan apa yang lebih menakutkan kita hanya berjudi dalam pasaran saham.

Kita perlu ada akaun CDS & akaun trading dengan mana-mana syarikat sekuriti / broker saham untuk mula terlibat dalam pelaburan saham.

Apa Itu Forex ?

Foreign currency exchange.

Pertukaran matawang.

Dollar ditukar dengan RM. RM ditukar dengan rupiah. Rupiah ditukar dengan Yen.

Urusniaga pertukaran duit ini dapat berlaku dalam 2 bentuk:

  • Tunai
  • Hutang

Forex yang bersifat tunai berlaku semasa kita nak pergi bercuti ke luar negara, kita ke pengurup mata dan tukar RM dengan mata negara yang kita mahu pergi e.g. RM dengan USD, RM dengan riyal, RM dengan Dollar Singapura.

Harga matawang ini berubah-ubah, jadi sebab itu kita berpeluang mendapat untung rugi dari pertukaran matawang ini, walaupun kita tidak mempunyai niat pun untuk menjadikannya pelaburan sebab kita memang menggunakannya semasa di negara orang.

Namun, forex trading secara online yang ada hari ini merupakan pelaburan yang tidak patuh Shariah.

Ini kerana urusniaga forex tersebut dibuat menerusi pasaran tertangguh (futures trading) yang bersifat hutang.

Syarat-syarat untuk berurusniaga matawang ini ketat, justeru sebagai Muslim kita perlu elak dari pelaburan yang berunsurkan riba, judi dan gharar.

Peluang Pelaburan Patuh Shariah Sangat Banyak

Tuan mempunyai banyak pilihan lain untuk melabur.

Sehingga Jun 2014, sebanyak 665 syarikat di Bursa Malaysia adalah patuh Shariah. 185 dana unit amanah (unit trust) yang patuh Shariah. Malah, untuk pelaburan hartanah, semua perbankan Islam ada menawarkan pembiayaan patuh Shariah.

Mencari harta dengan cara yang halal ada kewajipan kita sebagai seorang Muslim, dan bukan lagi alternatif. Malah, banyak lagi pelaburan halal yang ada di Malaysia.

About the author: Suzardi Maulan; Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info pelaburan saham

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.