Apa Nak Buat Kalau Saham Tengah Rugi ?

loz

Saham yang dibeli di Bursa Malaysia tengah rugi.

Unrealised loss.

Apa yang kita patut buat ?

Pilihan yang selalu pelabur saham nampak ialah sama ada ‘cut loss’ atau ‘hold’.

Kalau pilih untuk sell maka modal pun berkurangan sebab pelabur dah realised kan loss tersebut. Kalau nak hold pula, patut hold sampai bila ?

  • Apakah harga akan terus jatuh ? Makin banyak kerugian.
  • Apakah harga akan  naik semula ? Kalau naik.

Ini adalah dilema biasa pelabur saham di Bursa Malaysia.

Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana turun naik harga (volatility) dalam pasaran saham berlaku sepanjang pasaran dibuka. Sekiranya tidak berlaku pergerakan harga, maka itu pula namanya tidak ada liqudity.

Maka, kejatuhan (termasuk kenaikan) harga saham untuk jangka masa pendek sebegitu adalah sesuatu yang natural dalam pasaran saham.

Dalam erti kata lain, bercita-cita nak beli saham tapi tak mahu melihat unrealised loss ini berlaku maka tuan tidak payah lah bersusah payah terlibat dalam Bursa Malaysia. Main congkak lagi sesuai.

Pelabur saham perlu tahu. Kita ada seorang rakan bisnes yang gila. Namanya Mr Market. Kegilaannya seperti berikut:

  • 10 Mac 2008, indeks Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) jatuh merudum 130 mata. Sebab Barisan Nasional hilang 2/3 majoriti kerusi Dewan Rakyat.
  • 6 Mei 2013, indeks yang sama melonjak 132 mata. Sebab Barisan Nasional berjaya mengekalkan kuasa di peringkat Persekutuan walaupun dengan kekurangan 7 kerusi parlimen.

Pelik tak ?

Masa 2008, BN hilang majoriti 2/3 pasaran saham jatuh. Kalau logik yang sama diguna pakai, pada 2013, selepas kekurangan lagi 7 kerusi Parlimen patutnya jatuh juga. Tetapi KLCI melonjak naik pula.

Turun naik harga sebegini adalah satu fenomena yang sukar dijawab. Kita perlu menerima sahaja perangai rakan bisnes kita yang tidak stabil emosinya. Sebagai pelabur kita fokus kepada perubahan nilai bukannya perubahan harga.

Sebagai pelabur kita perlu ambil mesti pandai ambil kesempatan dari kegilaan ini. Harga saham jatuh tidak semestinya bermakna kita dah buat salah dan mesti ambil rugi, barangkali ia adalah peluang lagi untuk membeli lagi.

Tapi biasalah manusia. Selalu second guess. Masa beli tu dah betul analisanya. Dah ikut checklist. Semua ikut rules.

Masa harga saham tu jatuh terbanyak pula. Mula pening-pening. Kupu-kupu terbang dalam perut. Cemas. Maka ini yang perlu tuan buat ialah …

Semak Balik Catatan Pelaburan

Sebagai pelabur, kita perlu ada catatan.

Apakah sebab-sebab kita membeli saham tu dulu ?

Serta catatan-catatan berkaitan. Kalau tak catat confirm lupa. Kita bukan buat analisa 1 syarikat sahaja, tapi banyak syarikat lain termasuk syarikat yang belum beli atau tak jadi beli.

Maka apabila kita belek-belek balik catatan pembelian kita ke atas syarikat tu, tengok-tengok data masih tidak berlaku apa-apa perubahan nilai yang perlu dirisaukan. Maka semasa harga jatuh sebegitu, apa yang perlu dibuat ialah beli lagi saham tu.

Kalau Tidak Ada Catan Pelaburan ?

Barangkali beli sebab ikut tips.

Atau beli ikut khabar angin. Baik dari remiser, kawan, pakcik, sepupu, Malaysiakini termasuklah media bisnes.

Kalau dah beli saham ikut tips, sudah pasti tidak ada catatan pelaburan sendiri. Sebab harapkan orang lain bagi buy call tapi terlupa tanya bila patut nak jual. Pembelian saham cara sebegitu, itu namanya beli saham dengan mentaliti gambler. Itu bukan cara pelabur saham sebenar.

Itu adalah cara pelaburan yang salah. Maka kena mula ambil tahu cara beli saham yang betul.

Selepas sudah tahu cara beli saham yang betul, analisa semula saham-saham yang kita beli tu. Selalunya apabila membeli sesuatu saham dengan cara kaki judi, memang kena jual dan terima realised loss.

About the author: Saya bantu orang melabur saham untuk persaraan. Sila klik sini dan baca lanjut

Comments on this entry are closed.