Apa Itu Unit Trust ?

Ada orang panggil unit amanah.

Juga dipanggil amanah saham. Saham amanah.

Bahasa Inggerisnya di Malaysia kita panggil unit trust. Kalau orang Amerika, diorang sebut mutual fund.

Apa yang penting kita faham adalah unit trust ini adalah satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurus dana yang mengutip duit orang ramai (pelabur) untuk syarikat tersebut laburkan bagi pihak. Syarikat tersebut dikenali sebagai fund management company.

Pada 2011, ada 40 syarikat dan ada 604 produk unit trust. Syarikat unit trust yang paling besar di Malaysia adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Ke Mana Duit Pelabur Dilaburkan?

Majoriti dana unit trust melabur dalam tiga instrumen kewangan utama:

  1. Saham (ekuiti)
  2. Bon / sukuk
  3. Money market

Jadi ada produk unit trust yang fokus utamanya adalah saham. Ada juga yang fokus kepada bon / sukuk. Ada juga yang fokus kepada money market. Tidak ketinggalan, yang melabur 50:50.

Ini bermakna, apabila kita kita beli unit trust yang berasaskan ekuiti, kita melabur dalam pasaran saham. Cuma yang tolong beli bagi pihak kita adalah fund manager yang bekerja di bawah fund management company.

Pelabur -> bagi duit kepada unit trust company -> fund manager beli saham

Macam Mana Pelabur Untung?

1. Situasi apabila saham yang fund manager beli ada bagi dividen, maka kita pun selalunya dapat juga melalui distribution.

2. Situasi apabila saham yang fund manager beli dah untung dari sudut harga, maka mereka pun jual. Untung tersebut syarikat salurkan melalui distribution.

3. Harga unit trust kita beli naik, kita kira-kira dah dapat untung. Tak perlu tunggu distribution. Kita dapat terus jual.

Nak Beli Macam Mana?

Setakat hari ini, pembelian online masih terhad. Kita masih perlu beli melalui ejen. Ejen yang menguruskan pembelian tersebut. Jadi kita kena cari ejen yang mewakili syarikat yang tertentu.

Bagus ke Unit Trust Ni? Ada Untung ke?

Kalau kita tahu apa yang kita buat, dapat untung.

Walaupun kita ada ejen, pastikan kita juga ada ilmu pelaburan. Kalau dapat ejen yang memang jaga klien, alhamdulillah. Jika sebaliknya?

Sehingga hari ini, kos jualan yang mencecah 7%  adalah faktor utama pelaburan unit trust tak berapa nak untung. Jadi, berdoalah agar caj jualan ini turun sehingga 1% sahaja. Kalau dapat turun bawah 1% itu sangatlah bagus.

Atau pun mereka ubah struktur caj kepada performance fee. Kalau untung, mereka dapat untung. Kalau tak untung, mereka tak untung juga sama-sama dengan pelabur.

Cuma entah bila perkara itu akan terjadi.

Unit Trust Terbaik?

Susah nak jawab soalan tu.

Walaupun pada 2012 unit trust tu menang anugerah, tak semestinya dia dapat menang lagi pada 2013. Atau unit trust tu dah menang pada 2011.

Yang utama adalah unit trust itu menepati objektif pelaburan kita dan konsisten prestasinya.

Saya tak tahu cara cari fund yang berpotensi beri untung tinggi, sebab susah. Mudah lagi analisa saham dari analisa unit trust fund. Jadi, jika nak tahu cara buat untung dengan pasaran saham, boleh terus klik link di bawah ya:

Tutorial Online Pelaburan Saham

About the author: Suzardi Maulan, penulis tutorial online Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

3 comments… add one

  • Wan_PMD Jan 3, 2013

    Thanks for the info Pakdi..

  • fazrol Jan 14, 2013

    Penerangan yang terbaik Pakdi. tq..

    Saya buat adviser unit trust maakl mutual..
    Saya lebih prefer yang kwsp akaun 1, fee hanya 3%..
    Mmg untung long term.. hanya mengurus dana yg patuh syariah..

    banyak ilmu yg dapat lepas pergi kelas rancang wang pakdi.. tq..

  • ABU OMAR Jun 14, 2013

    Kudos Pakdi!

Leave a Comment