Apa Itu Risiko?

Dalam hidup ini, semua perkara yang kita lakukan mempunyai risiko. Makan pun boleh tercekik. Minum tersedak. Lidah pun boleh tergigit. Apatah lagi dalam bisnes dan pelaburan. Setiap satu cabang bisnes dan pelaburan ada risikonya tersendiri.

Barangkali ada yang menyatakan, “Main saham risiko tinggi. Mari beli unit trust. Aku boleh jadi ejen kau.”

Atau ada yang terus menyebut, “Harga emas sentiasa naik. Kau mesti tak rugi punya. Aku ada jual emas.”

Ramai daripada kita juga selalu menyebut, “High risk, high return.” Tetapi hal tersebut tidak semestinya begitu khususnya apabila anda memahami apa itu risiko dan bagaimana untuk menguruskan risiko.

Gambarajah: Risk vs calculated risk

Secara umumnya, pasaran hadapan, komoditi, forex, options, warrants adalah lebih berisiko berbanding pasaran saham. Manakala pasaran saham pula, risikonya lebih tinggi dari hartanah. Manakala, pasaran hartanah pula risikonya lebih tinggi dari pasaran bon / sukuk. Pasaran bon / sukuk pula lebih berisiko dari pasaran money market. Pasaran money market pula adalah lebih berisiko dari simpanan wadiah biasa.

Sepanjang pengalaman saya, pasaran hadapan kelapa sawit mentah (CPO) boleh memberi untung 100 mata (RM 25 x 1 point = RM 2,500) dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja sekiranya anda betul. Dan risikonya juga bersamaan anda boleh rugi 100 mata juga. Justeru, hal ini bersamaan dengan bulatan merah yang anda boleh lihat dalam gambarajah di atas.

Apa yang penting, anda tahu menguruskan risiko dalam pasaran CPO seperti teknik cut loss. Justeru, anda boleh mengawal risiko anda dari RM 2500 hanya kepada RM 250 sahaja. Jadi, dengan teknik tersebut, risiko anda sudah dikawal menjadi seperti bulatan yang kedua. Bulatan yang warna merah itu adalah baki risiko, manakala bulatan kuning itu adalah kaedah pengurusan risiko.

1. Anda mesti tahu the worst case scenario.

2. Apa plan anda untuk perkara 1, bagi mengurangkan potensi kerugian ?

3. Apa plan anda untuk mengurangkan kebarangkalian kerugian dari berlaku ?

Dalam Islam, Nabi Muhammad saw suruh kita tambat unta dulu, dan bukannya biarkan unta tu tak terikat dan lepas tu kata tawakkal. Jadi kalau unta hilang juga selepas kita tambat, maka itu memang bukan rezeki kita.

Jadi, kita ni jangan terlalu takut mengambil risiko. Pada masa yang sama, jangan juga terlalu berani kata tidak ada risiko langsung. Kita perlu akui setiap aktiviti bisnes dan pelaburan itu mempunyai risiko tersendiri dan selepas itu kita perlu berusaha untuk mengawal risiko-risiko yang wujud.

Itulah sikap pelabur yang cerdik pandai.

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 11 comments… read them below or add one }

anakkumuda April 10, 2010 at 2:16 am

low risk high return……he he he…

Reply

matjoe April 10, 2010 at 10:50 pm

seriously, i like this post. melabur mesti melabur. Xbleh blah harga emas mesti naik….

Reply

soleh April 11, 2010 at 9:48 am

Salam, boleh ceritakan mengenai Takaful Hidup? Thanks

Reply

mir April 11, 2010 at 10:15 am

Risiko wujud sejak kitak sudah lahir… apa yang penting ialah mengambil RISIKO yang menguntungkan… kalau tak konfiden susah jugak nak teruskan kehidupan..

Kemahiran untuk mengawal RISIKO memerlukan pemikiran yang kreatif..

Reply

Azman April 12, 2010 at 8:14 pm

Soleh,

Takaful Hayat pun salah satu kaedah pengurusan risiko… Jadi anda harus jelas risiko yang anda mahu lindungi & matlamat anda mengambil Takaful Hayat sebelum menyertainya.

Reply

rizal April 12, 2010 at 10:40 pm

MM.. Money Management dalam trading..

Reply

ishak mohamad April 15, 2010 at 12:53 pm

sangat bersetuju..baik dari segi melabur atau pun perniagaan kadar risiko haruslah ditimbangkan sewaras-waras fikiran.yg penting timba ilmu sebelum melakukannya.

Reply

Mohd Fasha April 27, 2010 at 10:52 pm

Entri yang yang mudah di fahami dan isinya cukup padat dan amat berguna.

Reply

LatiffiAziz November 20, 2011 at 10:23 am

sgt bersetuju dgn pakdi. y penting adalah kita tahu apa worst case scenario dan apa kita boleh buat jika itu berlaku. bagi sy,sbelum buat pelaburan, melabur dlu kat diri sendiri iaitu mslh perihal apa berlaku klu kita sakit?? sini entry sy buat ttg kaedah pengurusan risiko. http://latiffi-nurdalila.blogspot.com/2011/11/kaedah-pengurusan-risiko.html

Reply

ayie December 7, 2011 at 11:52 pm

Salam.

Saya berminat nak menceburi FCPO. Ada cadangan tak utk buat kelas technical analysis from basic.

Wassalam

Reply

Pakdi December 14, 2011 at 8:59 pm

Kalau banyak demand, saya boleh sambung semula kelas tu.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: