Apa itu Real Estate Investment Trust (REIT)?

Jom beli hartanah melalui Bursa Malaysia.

Ha?
Beli hartanah? Bursa Malaysia?

Ya, melalui Real Estate Investment Trust (REIT).

REIT merupakan instrumen pelaburan yang diperkenalkan pada tahun 2005. REIT merupakan pelaburan hartanah dalam bentuk unit amanah dan didagangkan di Bursa Malaysia sama seperti saham syarikat awam. Duit yang dikumpul dari para pelabur akan diuruskan oleh pengurus dana dengan membeli, menyewakan, dan menjual hartanah yang diuruskan.

Kalau syarikat awam yang lain, keuntungan yang diperolehi adalah melalui perniagaan yang dijalankan, samada mereka menjual produk atau perkhidmatan. REIT pula keuntungannya datang daripada sewaan (rental) atau hasil jualan hartanah yang dimiliki.

REIT terlibat dalam pelaburan hartanah yang berskala besar seperti bangunan pejabat, hotel plantation, hospital, shopping complex, dan lain-lain lagi. Nilai hartanah sebegini bernilai jutaan ringgit dan pelabur runcit seperti kita pasti tidak mampu untuk terlibat dalam pelaburan jenis ini.

Melalui REIT, kita boleh membeli sebahagian (fraction) daripada nilai hartanah tersebut. Mungkin kita beli pasu bunganya sahaja seperti video di bawah. Hoho :

Baca lanjut mengenai Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di sini.

Sehingga artikel ini ditulis, di Malaysia terdapat 16 REITs dan hanya 3 daripadanya yang patuh Syariah. Patuh Syariah bermaksud REIT tesebut hanya melabur dalam premis yang tidak terlibat denga perniagaan yang haram.

1. Al-’Aqar Healthcare REIT (5116)
2. AXIS REIT (5106)
3. Al-Hadharah Boustead REIT (5124)

Apakah kelebihan melabur dalam REIT?

REIT berbeza kerana REIT hanya melabur dalam hartanah sahaja. Oleh sebab itu, harga saham REIT ini tidak begitu fluctuate (tidak naik atau turun terlalu cepat) dan lebih stabil berbanding dengan jenis saham yang lain. Nilai REIT juga bergantung kepada pasaran hartanah semasa. Jika harga sewa semakin tinggi, maka keuntungan yang dijana oleh syarikat REIT ini juga turut akan meningkat.

Selain itu, dividen yang diberikan oleh REIT adalah tinggi iaitu dalam julat 3% – 9% (average 5% – 7%) dan dibayar 2-4 kali setahun . Lihat pada graf di bawah, “D” menunjukkan tarikh dividen dibayar.

reit

Al-Hadharah Boustead REIT (2x setahun)

axis reit

Axis REIT (4x setahun)

Macam-macam sebenarnya peluang pelaburan di Malaysia ini.

Sila ke website Bursa Malaysia untuk membaca lebih lanjut mengenai REIT.

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

3 comments… add one

  • Wan_PMD Feb 6, 2013

    Nice info Pakdi..

  • salfee Feb 6, 2013

    mksd pmbyran 2-4x sethn tu, setiap kali byr 5-7%(ave) @ 5-7% d bahagi 2-4x?
    plz enlighten me (muhon pncerahahahan) :)

  • rohaniah noor Feb 7, 2013

    perkongsian yang bagus. belum melabur dalam REIT lagi sebab saya suka pegang sendiri hartanah itu. tapi tak mustahil akan terjebak satu masa nanti

Leave a Comment