Apa itu Prospektus?

“Kalau nak beli IPO, baca prospektus dulu.”

Mungkin kalian pernah mendengar nasihat sebegini.

Tapi apakah itu prospektus?

Prospektus merupakan suatu dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat yang ingin menyenaraikan syarikat tersebut di Bursa Malaysia, daripada syarikat berstatus sendirian berhad (sdn bhd) kepada syarikat berstatus berhad/awam.

Ia merupakan dokumen yang dikeluarkan bertujuan untuk mempelawa orang ramai untuk melabur di dalam syarikat tersebut dengan membeli sekuriti syarikat itu. Prospektus ini perlu dilengkapi dengan maklumat yang lengkap dan relevan mengenai syarikat tersebut. Dalam erti kata lain, dokumen ‘marketing’

prospektus

 

Prospektus penting kepada para pelabur untuk menilai kualiti sesebuah syarikat. Melabur tanpa membaca terlebih dahulu prospektus ini dapat menyebabkan anda mengalami kerugian.

Walaupun IPO dijual pada harga yang rendah berbanding harga saham yang lain, namun risiko itu tetap wujud dan tiada jaminan harga IPO tersebut akan naik mendadak seperti yang diharapkan.

Apa yang terkandung di dalam prospektus?

  • Latar belakang syarikat
  • Ringkasan mengenai perniagaan yang dijalankan
  • Maklumat kewangan
  • Pemegang saham, pengarah dan pengurusan syarikat
  • Prospek dan Hala tuju syarikat
  • Ringkasan modal saham, perangkaan terbitan dan tawaran

Jadi, sebelum melabur di dalam mana-mana IPO, pastikan anda telah pun membaca prospektus yang telah dikeluarkan. Kalau tak baca sampai habis pun, baca ringkasan sahaja sudah memadai.

Sila klik link di bawah untuk belajar pelaburan saham secara online:

www.pakdi.my

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

1 comment… add one
  • amin007.ledang May 27, 2015

    Kita tidak pernah dapat dokumen ‘marketing’

    Ayah pernah dapat TNB dokumen ‘marketing’

    Adik dapat FGV dokumen ‘marketing’

Leave a Comment