≡ Menu

Apa Itu Pasaran Hadapan (Futures Market)?

Pasaran hadapan.

Futures market. Juga dikenali sebagai pasaran derivatif.

Ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan pasaran hadapan macam FCPO. Kebanyakan daripada kita hanya mengetahui secara umum mengenai pasaran saham. Tetapi apabila disebut mengenai pasaran hadapan, memang tidak ramai tahu kepentingan & faedah kewujudan pasaran hadapan ini.

Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:

“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”

Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio pelaburan. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.

Er… dua perenggan di atas ini kelihatan sangat teknikal. Ok. Begini.

Futures market adalah perkembangan dari pasaran lani / tunai (spot market) dan juga forward market. Untuk memudahkan kefahaman anda, ini analoginya:

Lani / Spot

Abu penjual buah nenas di pasar. Ali pembeli buah nenas dari Abu. Ali membayar RM 1 untuk sebiji nenas, dan mendapat buah nenas pada masa itu juga.

Ingat, bila sudah bayar harga maka aset mesti dapat la ni  (loghat utara) juga, tidak boleh tangguh lagi. Kalau salah satu tertangguh, maka bukan lani lagi. Itu dapat lambat lagi atau sudah jadi jual beli hutang.

Forward

Abu penjual buah nenas. Samad pembuat jem nenas. Samad memerlukan nenas sebanyak 100 kg dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Samad berjumpa dengan Abu dan menawarkan harga RM 1 sebiji kerana bimbang harga nenas berkemungkinan naik menjadi RM 1.50 sebiji 3 bulan lagi. Samad mahukan nenas tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.

Abu juga menerima tawaran harga RM 1 sebiji kerana dia juga bimbang harga akan menjadi RM 0.50 3 bulan lagi . Justeru, Abu juga bersetuju untuk menghantar 100 kg nenas 3 bulan dari sekarang dengan harga yang ditawarkan pada hari ini.

Maksudnya, beli hari ni dapat barang sebulan dua lagi. (Hutang barang)

Futures

Abu peladang nenas. Samad pembuat jem nenas. Samad memerlukan 1 tan nenas dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Proses yang sama dibuat seperti kontrak forward di atas, tetapi kontrak itu dilakukan bukan diantara Samad dan Abu, tapi oleh pihak ketiga, yang dikenali sebagai Nenas Exchange.

Nenas Exchange yang menentukan harga dengan berdasarkan supply dan demand, serta mempunya data-data dan tugasan lainnya. Nenas Exchange juga adalah pihak yang menetapkan harga-harga nenas untuk semua yang terlibat dalam sektor nenas. Bukan sekadar jual-beli antara Abu dan Samad sahaja.

Peniaga dan penjual kecil barangkali tidak menyedari kepentingan instrumen ini diwujudkan, kalau mahu beli sekadar 1,2 biji nenas, cari sahaja di pasar-pasar secara tunai (spot market)

Tetapi sekiranya anda memerlukan nenas dalam kuantiti yang besar dan perniagaan anda terdedah dengan pelbagai risiko tertentu, maka pasaran hadapan akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Pasaran Hadapan di Bursa Malaysia

Berikut ialah kontrak pasaran hadapan yang wujud di Bursa Malaysia iaitu:

Komoditi

  1. Gold Futures (FGLD)
  2. Crude Palm Oil (FCPO) Futures
  3. USD RBD Palm Olein Futures (FPOL)
  4. USD Crude Palm Oil Futures (FUPO)
  5. Crude Palm Kernel Oil Futures (FPKO)
  6. Options on Crude Palm Oil Futures (OCPO)
  7. Tin Futures (FTIN)

Ekuiti

  1. FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures (FKLI)
  2. FTSE Bursa Malaysia KLCI Options (OKLI)
  3. Single Stock Futures (SSFs)
  4. Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index Futures (FM70)

Kewangan

  1. 3 Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate Futures (FKB3)
  2. 3-Year Malaysian Government Securities Futures (FMG3)
  3. 5-Year Malaysian Government Securities Futures (FMG5)
  4. 10-Year Malaysian Government Securities Futures (FMGA)

Pasaran hadapan adalah instrumen kewangan yang sofistikated.

Tetapi ia bukanlah terlalu sukar untuk difahami. Asalkan kita berusaha lebih sedikit maka kita akan mengetahui peluang besar yang wujud di dalamnya.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.