Apa itu OD (Overdraft) ?

Ada di kalangan pembaca yang budiman bertanya mengenai OD. Overdraft.

Overdraft adalah salah satu kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh institusi perbankan. Kemudahan pinjaman / pembiayaan jangka masa pendek – sederhana. Ia bersifat revolving. Revolving tu apa ya? Ia akan diterangkan kemudian.

OD memerlukan kita membuka satu akaun semasa (current account) di bank, dan kita perlu memohon kepada bank untuk mendapatkan kemudahan OD bersama akaun semasa. Jadi, tidak semestinya kita ada akaun semasa terus kita dapat kemudahan OD.

Bila kita memohon kemudahan OD, diluluskan, maka kita diberikan had OD (overdraft limit). Contohnya, had OD kita adalah RM 50,000. Jadi, sekiranya dalam akaun semasa kita tidak ada duit, atau tidak cukup baki duit, tetapi kita masih boleh mengeluarkan cek sehingga RM 50,000 atau menjadikan baki akaun semasa kita – RM 50,000.

Namun awas, bila kita menggunakan OD, ada caj tertentu berserta kadar faedah / kadar keuntungannya sekali. Ia bukan duit percuma. Ia hutang. Cuma kita tidak perlu beratur ke bank untuk buat “pinjaman” setiap kali kita memerlukan duit tunai.

OD selalunya untuk kemudahan orang bisnes. Maklumlah orang bisnes ini ada kerja, dapat kontrak, tetapi payment selalu tidak konsisten. 2 minggu kemudian, 1 bulan kemudian, 3 bulan kemudian malah 2,3 tahun kemudian pun ada.

Jadi, sementara kita nak tunggu dapat bayaran, kalau tidak cukup tunai, bagaimana nak buat modal pusingan bisnes dan barangkali nak makan apa? Maka di situasi itulah OD memainkan peranan penting. Kita tidak perlu beratur berjumpa bank untuk buat ‘pinjaman’ baru.

OD bersifat revolving atau pun boleh dikatakan kemudahan fleksibel.

1. Walaupun limit OD kita adalah RM 50,000, tetapi selagi kita belum guna 1 sen pun, maka kita tidak akan dikenakan sebarang caj / faedah.

2. Walaupun kita ada limit OD RM 50,000, dan kita cuma guna sebanyak RM 1,000, maka hutang yang perlu diselesaikan adalah RM 1,000 + faedah / untung bank.

3. Kita ada limit RM 50,000, sudah guna RM 5,000, maka bank membenarkan kita membayar faedah / untung bank sahaja. Jadi, baki limit OD kita sekarang hanya tinggal RM 45,000 selagi mana hutang RM 5,000 itu tidak dilunaskan.

4. Kalau kita membuat term loan / term financing, maka tiap-tiap bulan ada sejumlah bayaran berdasarkan kiraan RM 50,000 itu tadi walaupun kita gunakan RM 50,000 itu hanya selepas 6 bulan pinjaman/pembiayaan diluluskan.

5. Senang cerita, OD ini macam kemudahan kad kredit, sama tetapi tidak serupa. OD ini lebih advance.

Perbankan Islam menawarkan kemudahan yang menyerupai OD konvensional, dikenali sebagai cashline. Maka, dengan adanya kemudahan overdraft yang patuh Shariah, kita sewajibnya meninggalkan produk berasaskan riba dan bertukar kepada kemudahan “berhutang” yang halal.

Sila klik link di bawah untuk mempelajari cara-cara urus hutang:

www.panduancashflow.com

About the author: Suzardi Maulan, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang dan 2 tutorial online; Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

15 comments… add one

  • adli Feb 28, 2011

    terima kasih pakdi atas penjelasan yang ringkas tapi berkesan. tapi nak tanya bab od-asb nih masih lagi tak direcognise oleh bank2 islamic untuk di wujudkan status ‘halal’, walhal ada produk od sandaran selain asb yang ‘halal’.

    jadinya, tiada option utk peniaga atau personnel utk menggunakan financial management tool spt od-asb yg ‘halal’. namun, dengan menggunakan od-asb ini terbukti dapat mengurangkan beban hutang peminjam dan tidak cekik darah (zalim) jika digunakan dengan teratur dan mengikut sistem. apa pandangan pakdi?

    • pakdi Mar 16, 2011

      OD-ASB ini beberap isu antaranya…

      1. Bukan semua bank iktiraf ASB ini halal. Mereka tidak terikat dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ada penasihat Shariah mereka sendiri.

      2. Kalau kita terima fatwa Majlis Fatwa sekalipun, kena pastikan OD itu adalah overdraft dari Islamic Bank.

      3. Jadi apabila bank-bank Islam tak terima ASB, maka mereka tak boleh tawarkan OD-ASB atau pun financing ASB.

      Sebenarnya tak guna teknik itu pun masih boleh jadi kaya dan berharta.

  • hidayah Mar 1, 2011

    assalam..tq pakdi atas maklumat yg berguna ini…=)

  • Yazid Mar 18, 2011

    Info yang baik..untuk tahun 2011 ni dah boleh buat OD ASB ke?

  • liza Mar 24, 2011

    salam pakdi..sy nak tanya lah kalau kite buat od ni mesti berlandas kan cagaran kan? sy ada tanah…mane lebih untung sama ada saya buat cagaran biasa ataupn buat od? sebab nya duit tu tadi saya ingin buat rumah

    lagi satu pembayaran nya bagaimana? monthly or lepas pakai byr lam sum..sekian harap pakdi bole bagi info

  • missai May 12, 2011

    mungkin pakdi bole kongsi secara ringkas cara lain nak generate side income selain dari guna konsep OD-ASB ni….oleh kerana ASB dikira tak comply dgn kehendak syariah, tentu takde peluang nak buat Islamic OD.

  • Ahmad Sep 10, 2011

    saya nak tanya.. apa dokumen2 yang diperlukan untuk memohon OD selain dari sijil ASB,ic,dan buku akaun?

  • umar Sep 26, 2011

    saya mahu guna duit tunai rm45k dalam waktu terdekat. tetapi buat masa ini agak terbatas. Namun saya ada rumah untuk dicagarkan bernilai RM180k. Boleh atau tidak sekiranya saya mencagarkan rumah saya tadi guna sisitem OD? saya bercadang untuk melunaskan pinjaman OD sebanyak RM45k tadi dalam masa 16 bulan. berapakah bayaran bulanan termasuk interest yang saya perlu bayar setiap bulan selama tempoh 16 bulan itu.

  • khalid Oct 8, 2012
  • sham Jul 16, 2013

    Hanya MBB yang terima OD ASB..dan menawarkan kaedah OD islamik.

    Namun, bagi yang nak guna ASB OD, kena ada daftar perniagaan tunggal.. lesen majlis perbandaran dan statement bank… lain kena bawa sijil asb dan juga ic kalau tak silap.

    • Abg_ngah Jul 24, 2013

      OD-ASB MBB Islamik??????.. are u sure??

  • ahmad Feb 23, 2014

    salam.saya masih baru.tumpang tyn.jika berlaku kematian/hilang upaya kpd org yang memiliki OD.adakah orang yang memiliki ini mempunyai perlindungan seperti ins atau takaful yg diwajibkan oleh bank.atau jika berlaku situasi diatas maka bank akan ambik aset pajakan .tq

  • lan Jun 5, 2014

    kalau saya bt pinjaman asb 50k bln ni lps tu bila blh saya OD kan asb tu adakah ia ada tempoh matangnya mohon dibantu

  • Rusydi Jul 11, 2014

    Salam sifo Pakdi.

    Terima kasih banyak2 atas elmu yg dikongsikan ni Pakdi..mmg bermanfaat..alhamdulillah..moga rezeki pakdi berlimpah ruah..kaya & berjaya. Saya amat suka tutorial online tulisan Pakdi, Panduan Cashflow, memang hebat.

  • mior Oct 19, 2014

    maklumat yg berguna…memandangkn BLR yg semakin tinggi saban thn, wajarkh menggunakn OD ini utk pelaburan?

Leave a Comment