Apa Itu Jual Beli Secara Berhutang ?

spo

“Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM 9,999 tunai.”

Itu contoh lafaz akad nikah.

Apabila wali menawarkan (ijab) pengantin perempuan, maka pengantin lelaki perlu menerima (qabul) tawaran tersebut. Wajib ada mas kahwin (mahar). Jika tiada mas kahwin maka tidak sah nikah tersebut.

  • Nak beri tunai boleh.
  • Nak beri kemudian hari (hutang) pun boleh.

Kesannya, jika beri secara hutang maka si isteri ada hak menolak ajakan suami untuk bersetubuh. Tak berdosa tolak selagi suami belum serahkan mas kahwin. Nampak, cara bayar berbeza, kesan pun berbeza.

Itu bab nikah.

Jual Beli Tunai

Dalam bab jual beli pun sama.

Berniagalah dengan cara yang kita suka, tunai atau hutang kecuali dalam jual beli berkaitan emas, perak dan matawang.

Apabila kita menyebut ‘jual beli tunai’ maka kita kena tengok balik rukun jual beli.

— Sila rujuk artikel tersebut dengan klik di sini.

Jual beli tunai berlaku apabila penjual menyerahkan barang (rukun ke-2)  secara serta merta pembeli membuat bayaran (rukun ke-3), atau sebaliknya. Lepas serah duit, dapat barang. Lepas serah barang, dapat duit. Lani juga. Spot.

Dan bab serah barang ini terbahagi dua, boleh jadi:

  1. Qabd hakiki – barang depan mata
  2. Qabd hukmi – bukti pemilikan macam geran tanah.

Jual Beli Hutang

Jika duit atau barang dapat pada sesi (majlis) yang lain, maka jadilah ia urusniaga hutang.

Misalnya, kita pergi kedai beli gas dapur. Kita bayar RM 25/tong kepada pekedai runcit. Tong gas habis waktu tu. Pekedai runcit pun kata, petang nanti sampai.

Lepas asar, baru tong gas tu sampai ke rumah diangkut naik motor.

Dalam situasi ini yang berhutang adalah penjual.

Situasi yang biasa adalah bila kita membeli barang keperluan di kedai runcit Pak Mail, kita cakap, “Biasalah Pak Mail masuk buku 555, hujung bulan bayar.”

Sardin, susu, gula kita dah dapat, tapi duit bayar hujung bulan. Dalam situasi ini yang berhutang adalah pembeli.

Tunai Tidak Semestinya Hardcash

Dalam konteks hari ini selain duit yang ada di tangan, duit tunai juga merujuk kepada:

1. Cek yang cukup baki dalam akaun semasa.
2. Kad kredit yang masih dalam had.
3. Perbankan online.
4. Bank deraf
5. Kad debit (sama ada MEPS, VISA, Mastercard, American Express dll)

Barang tunai pula tidak semestinya dalam bentuk fizikal (qabd hakiki). Barang fizikal yang diwakili seperti geran tanah, kunci kereta, resit (qabd hukmi)  juga dapat menjadi barang “tunai”.

Kenapa Kena Tahu Beza Transaksi Tunai & Hutang ?

Untuk menyelamatkan diri  kita dari terjebak dengan riba.

Lebih-lebih hari ini wujud pelaburan emas, perak dan matawang. Urusniaga emas, perak dan jenis mesti berlaku secara tunai mengikut rukun dan syarat bay’ sarf.

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop

1 comment… add one

Leave a Comment