Apa Itu Exchange Traded Fund (ETF) ?

Exchange Traded Fund atau akronimnya adalah ETF merupakah salah satu instrumen pelaburan yang ada di Bursa Malaysia.

Dalam bahasa yang mudah nak faham, ETF merupakan “unit trust” yang dijual melalui platform dagangan saham Bursa Malaysia.

Ini kerana pembelian ETF bermaksud membeli marketable securities yang diuruskan oleh pengurus dana dan bukannya membeli saham sesebuah syarikat secara langsung.

Dibandingkan dengan pelbagai kategori unit trust yang ada, ETF adalah sangat mirip kepada index fund tetapi ETF juga ada yang membeli bon, komoditi dan kategori saham tertentu.

Cara Membeli ETF

Pelabur di Malaysia dapat membeli ETF secara cash investment dengan membuka akaun CDS dengan mana-mana syarikat broker. Selepas dah ada akaun, cara pembelian dan kos jual belinya adalah sama seperti membeli saham yang biasa di Bursa Malaysia.

Pelabur di Malaysia juga dapat membeli ETF melalui skim pelaburan ahli KWSP. Tuan-puan perlu berhubung dengan mana-mana licensed financial planner untuk tujuan tersebut.

Keuntungan Pelaburan ETF

  1. Capital gain
  2. Income distribution

Selain dari itu, ETF mempunyai NAV sama seperti unit trust dan ada quoted price sama macam saham. Justeru, ada kebarangkalian berlaku perbezaan nilai yang membolehkan arbitrage dilakukan.

ETF Apa Nak Beli ?

Sehingga 15 Januari 2017, ada 8 ETF yang tersenarai di Bursa Malaysia.

4 dari ETF tersebut adalah patuh Shariah dan kesemuanya diuruskan oleh i-VCAP Management Sdn Bhd.

  1. MYETF DJ Islamic Malaysia Titans 25
  2. MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend
  3. MyETF MSCI SEA Islamic Dividend
  4. MyETF Thomson Reuters Asia Pacific ex-Japan Islamic Agribusiness

Kenapa Nak Beli ETF ?

ETF adalah salah satu cara untuk membuat pelaburan indeks selain dari membeli index fund.

Pelaburan indeks adalah pelaburan secara pasif . Ia sangat berbeza dengan strategi pelaburan aktif yang mahu mendapat lebih pulangan dari Mr Market dengan membeli saham-saham medium to small cap.

Adakah Saya Patut Beli ETF ?

Tuan-puan perlu mendapatkan khidmat nasihat financial planner masing-masing untuk tujuan tersebut.

Ini kerana ETF tetap ada risiko tersendiri yang mesti difahami  dan setiap orang mempunyai risk profile yang berbeza-beza.

Tuan-puan dapat menjadikan kepelbagaian ETF untuk membuat your own customized portfolio.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner. Sekiranya tuan-puan mahukan konsultansi kewangan & pelaburan sila klik link ini: Konsultansi Kewangan

Comments on this entry are closed.