Apa Itu Bisnes Perkhidmatan ?

“Zar, Wan mari sini,” Cikgu Yusof memanggil kami yang sedang seronok bermain.

Kami tersenyum. Walaupun permainan kami terganggu.

Kami bakal menerima upah bulanan 30 minit dari sekarang apabila selesai mengutip duit ‘api’ (bayaran sewa tiang elektrik di kawasan perumahan kami) dari jiran-jiran.

Seingat saya, itulah bisnes pertama yang saya buat. Perkhidmatan mengutip duit api. Rugi rasanya kalau bulan tu terlepas bisnes. Maklumlah arwah Cikgu Yusof panggil sahaja siapa yang dia nampak. Kalau abang saya yang dia nampak dulu, maka rezeki abang saya lah.

Upahnya antara 30 sen – 50 sen. Seronok. Belum campur upah yang kami dapat dari jiran-jiran. Lepas dapat upah pergi kedai runcit Raduan dan beli ‘jajan’. Antara yang menjadi pilihan sudah pastilah Ding Dang dan kalau dapat upah lebih dapatlah beli Tora. Ketika itu baru 50 sen dan RM 1. Sekarang sudah jadi RM 1 dan RM 2, harga naik 100% dalam tempoh 20 tahun.

Free Prize Inside

“Tora datang lagi dengan permainan gasing berputar.”

Masih terdengar-dengar suara sebegitu kalau ternampak Ding Dang mahu pun Tora dijual hari ini. Keduanya itu adalah ‘jajan’ yang paling hebat pada zaman tersebut. Coklat di dalamnya tidak lah sesedap mana lebih-lebih lagi Ding Dang, namun apa yang dimahukan adalah permainan yang ada di dalamnya.

Saya tak pasti sama ada anak-anak hari ini masih teruja membeli Ding Dang dan Tora.

Selepas lebih 20 tahun berlalu saya baru faham prinsip pemasaran di sebalik bisnes Ding Dang dan Tora. “Permainan percuma di dalam.”

Bila difikirkan semula hari ini tiada apa yang hebat dengan permainan tersebut. Ada lagi permainan yang lebih berkualiti. Tetapi ia dapat menarik minat kanak-kanak malah menjadi ego booster sesiapa yang dapat membelinya. Setiap minggu iklan Ding Dang dan Tora ini begitu dinanti-nantikan untuk tahu apakah permainan terbaru di dalam kotak.

Ya, pemasarannya begitu berkesan sehingga dapat menggamit kenangan.

Malah saya menulis artikel ini selepas melihat ianya dijual di booth dalam sebuah pasaraya besar! 😉

*Gambar kredit to suanie.net.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

19 comments… add one
  • Aqif Azizan Apr 5, 2012

    Ho yeah. Mainan kegemaran masa kecil-kecil dahulu. Sekarang ini mahu jumpa babu roti pun susah. ;(

  • Juan Apr 5, 2012

    Masa kecil-kecil dulu, inilah yang saya beli. Sanggup simpan duit, tak makan dekat sekolah semata-mata mahukan mainan didalamnya.. Haha.. :p

  • abangensem Apr 5, 2012

    Hahahaha.. retro sungguh kenangan tu.

  • pakdi Apr 6, 2012

    Hehe… Semua senyum sendiri nampaknya 😉

  • noriz Apr 6, 2012

    iklan dari Pelawak Mat sentul tu yg menarik hati dan menarik-narik diri pegi ke kedai.. hehe

    • Pakdi Apr 6, 2012

      Terima kasih Noriz, baru ingat nama dia Mat Sentul.

  • kunang kunang Apr 6, 2012

    oh .. nko dapat upah ye kutip bil dulu..

    • pakdi Apr 6, 2012

      Arwah Cikgu Sop dah ajar jadi kapitalis sebelum sekolah lagi. hahaha

    • abahfateh Apr 12, 2012

      sape kunang-kunang ni?

      • Pakdi Apr 13, 2012

        si kunang-kunang kena jawab sendiri. hehe

  • Reds Apr 6, 2012

    Hehe…mmg nostalgia…rumahnya itu strategy marketing yg baik tp sbnrnya kualiti biasa jer… tertipu sy masa kecik2 dulu..hehe

  • bau ketiak Apr 21, 2012

    bungkusan tak pernah berubah.

  • titan May 1, 2012

    baru aje aku beli minggu lepas. coklat tora masih sedap. haha..

  • Ikram May 4, 2012

    Sekarang ada versi mahal kegemaran anak saya: Kinderjoy

  • Ikram May 4, 2012

    Oh ya, McD pun ikut cara sama. Anak saya bukan nak makan sangat pun, lagi sibuk dengan mainan yang boleh leka selama 3 minit lepas tu buang.

    Bisnes model ‘instant gratification’ memang laku.

    Boleh pikir sama-sama macamana nak apply kepada orang dewasa 🙂

  • Siti May 7, 2012

    Seth Godin ada tulis buku bertajuk ‘Free Prize Inside!’, di mana dia menghuraikan bagaimana teknik pemasaran memberikan bonus percuma kepada pelanggan akan dapat memberikan kelebihan (edge) kepada sesebuah bisnes perniagaan.

  • haswandy Mar 22, 2016

    terkengg dulu dulu …tora jadi penghibur hati

Leave a Comment