Apa Itu Aset ?

Aset. Teknikal.

Harta. Lebih mudah faham.

Apa itu aset? Kebanyakan orang akan menggunakan definisi Robert T. Kiyosaki mengenai aset. Apa-apa yang masuk duit dalam poket adalah aset. Namun baru-baru ini Warren Buffett memberikan definisi aset yang lebih baik dan barangkali yang lebih tepat. Beliau memecahkan aset kepada 3 jenis:

1. Aset matawang
2. Aset tidak produktif
3. Aset produktif

Saya lebih bersetuju dengan kata-kata Warren Buffett itu. Sebabnya mudah. Ia sama / hampir dengan prinsip zakat. Secara umumnya harta zakat ada 5.

1. Emas dan perak
2. Bisnes
3. Binatang ternakan jenis al-an’am.
4. Hasil pertanian makanan ruji.
5. Hasil galian bumi

Apabila kelima-lima jenis harta ini menjadi ‘zakatable’ maka nilainya diperakui dalam Islam. Siapa-siapa yang mengumpul 5 harta ini & jenisnya maka dia wajib membayar zakat apabila cukup haul dan nisab. Dalam Islam orang kaya sahaja yang membayar zakat. Dan pengiraan zakatnya tertakluk kepada jenis harta tertentu.

Jadi mari kita lihat.

i. Aset matawang – emas, perak dan duit kertas
ii. Aset tidak produktif – hasil galian bumi termasuklah emas dan perak.
iii. Aset produktif – bisnes, penternakan dan pertanian.

Jika kita berpegang pada definisi Kiyosaki semata-mata, kita akan berdepan dengan sedikit kekeliruan. Emas, perak dan matawang tidak berkembang dengan sendirinya. Jadi, tiada cashflow (termasuk dividen, bonus) yang boleh kita dapat. Jadi ia menjadi liabiliti. Namun masyarakat tetap merasakan emas, perak dan duit kertas ada nilai.

Apa-apa yang teori kewangan Barat yang selari dengan prinsip Shariah sudah tentu itu juga menjadi pegangan saya.

About the author: Saya merupakan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang & ebook Panduan Cashflow. Pemegang sijil profesional Islamic Financial Planner (IFP). Klik untuk membaca profil penuh.

17 comments… add one

  • kesoma.rai May 18, 2012

    menarik perbincangan ni..saya membaca kedua pendapat mereka tentang aset..dan keduanya ada argument mereka sendiri.. tapi tak pernah terfikir membandingkan definisi tersebut dengan pandangan islam..

    • Pakdi May 19, 2012

      Terima kasih kesoma.rai.

      Ada juga yang sudi komen entri ni. Hehe…

  • hanis May 22, 2012

    hmm..lepas baca entry Pakdi ni, baru nampak kesesuaian nak relatekan aset dalam islam, dengan aset dalam kacamata jutawan barat..

    jadi, dari pemahaman saya,
    aset kita perlu ditumpukan ke aset yang boleh menghasilkan zakat dengan produktif ye?

    • Pakdi May 22, 2012

      Bukan begitu, kita kena faham aset-aset ini ada fungsi, kebaikan dan kekurangan tersendiri. Jadi kena tahu sesuaikan ikut situasi masing-masing.

  • UMARvellous May 22, 2012

    Tuan,
    Boleh saya tahu Warren Buffett memberikan definisi aset itu di buku dia yg mana?

  • adam akil May 22, 2012

    pendapat yang kritis dan kreatif

  • abu_muadz May 24, 2012

    Aset tidak produktif termasuklah rumah yang kita duduki sendiri, kereta yang kita pakai.. Betul begitu Pakdi?

    • Pakdi May 24, 2012

      Rumah & kereta sebegitu tak kena zakat pun, jadi bukan harta :)

      • abu_muadz May 25, 2012

        tapi pakdi.. ia tetap harta kita kan? cuma ia tidak perlu dibayar zakat.. tapi still ada nilai padanya.. camno tuh?

        • Pakdi May 25, 2012

          1. Hadis ada sebut isu ni, jadi dah ada dalil. Ada nilai ke takde nilai ke, sudah dapat exemption zakat. Hikmahnya? Allahua’lam. Tapi emas, perak, matawang pula ada had nisab dia, tak macam rumah yang tiada kiraan nisab. Masih tak boleh guna qiyas untuk sama kan dengan situasi emas, perak .

          2. Nilai pula kena kira, rumah harga pasaran RM 200,000 – hutang bank RM 170,000, maka ekuiti rumah tersebut cuma RM 30,000. Dan sebab ada charge / rahn / gadai pada bank, maka tak kena zakat juga.

          3. Kereta lagi lah, harga semasa RM 70,000 – hutang RM 78,000, maka ekuiti kereta tu adalah – RM 8,000. Kalau guna ijarah pula, kereta tu bukan kita punya. Kalau guna BBA / murabahah kereta tu ada charge juga dengan bank. Kalau pun nilainya positif, sekali lagi tak kena zakat.

          4. Kalau baca buku Ben Graham, dia akan sebut aset macam ni takde earning power. Jadi valueless… rumah dan kereta peribadi kita ada earning power tak?

          Teknikal pula jawapannya, tapi hang terer. Paham kan?

          • abu_muadz May 26, 2012

            Paham2.. Alhamdulillah.. Thanks Pakdi!

  • amin007.ledang May 27, 2012

    Jadi rumah bukannya aset sebab tak ada zakat atas rumah ya?
    Tapi orang yang duduk dekat rumah kena zakat fitrah tu macam mana ya?

    • Pakdi May 27, 2012

      Zakat fitrah tu bukan zakat harta :)

      Ini bab zakat harta.

  • Ahmad Tarmizi Jun 1, 2012

    Menarik juga teori baru tentang aset ni.Tapi orang senang ingat.Masuk duit adalah aset.Hehehe.

  • lina malina Aug 22, 2013

    salam,saya tertarik dgn pendpt tuan..saya pelajar umur17 thn..saya bercita2 ingin menjd jutawan.mohon nasihat tuan supaya saya boleh jd jutawan di masa hadapan.tq

  • Nur Fadhli Nov 27, 2013

    Salam Lina Malina.

    At 17 years old, I personally think that you at the right age to learn and explore personal finance and wealth management. I know about it quite late (at my late 20s) but I am still confident I will make it one day (hopefully before I reach 40). Since you are now only 17 years old, you have TIME at your side. Please ensure you understand the concept of personal finance in details. How to manage your income, spending and savings are among the topic you MUST understand.

    Just to share some points:

    1) Save first, maybe 50% of your income. Sounds ridiculous for some but please try it first. Give it a try, don’t just dump the 50% savings idea.
    2) Save regularly (istiqamah will lead to berkah).
    3) Give back to your parents (monthly contributions, stipends), will also lead to berkah.
    4) If your source of income is through monthly salary, find ways to double your salary at every 4 or 5 years (e.g. year 1 = 3000, year 5 = 6000).
    5) Write down your goal clearly, read it everyday and work towards it (e.g. RM 100,000 cash savings by Dec 2015, RM 1 million cash savings in Tabung Haji by Dec 2020). Then, doa.
    6) Read a lot on personal finance and wealth management.

    How I wish I could have start thinking of this when I was 17 years old…

Leave a Comment