Adakah Kita Wajib Bayar Zakat Simpanan Tabung Haji?

zakth

Berikut adalah jawapan dari laman web Tabung Haji:

Soalan:

Adakah pendeposit TH wajib membayar zakat simpanan atas wang simpanannya di TH ?

Jawapan:

Wang simpanan pendeposit-pendeposit TH disatukan dalam Kumpulan Simpanan Pendeposit-pendeposit dan dijadikan sebagai modal perniagaan. Modal perniagaan ini dilabur oleh TH dalam bidang-bidang perniagaan seperti pelaburan harta tanah, bangunan, perladangan, perusahaan dan bidang-bidang lain yang halal mengikut lunas-lunas Islam. Kumpulan Wang simpanan Pendeposit ini hanya digunakan oleh TH untuk tujuan perniagaan.

TH membayar zakat perniagaan bagi pihak pendeposit dan dengan demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat simpanan ke atas wang simpanannya di TH.

Ini merupakan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 May 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji. Persidangan tersebut memutuskan:

1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya.

2. Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan.

3. Lembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang didapatinya dari (ii) di atas.

4. Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing.

Lagi Post Menarik

23 comments… add one
  • matjoe Aug 27, 2010

    senang cerita tak payah bayar laa. yahoooo!!!

    p/s: dah baca RWDS pemberian kujie, i think i owe you and entry about the book

    • Pakdi Sep 14, 2011

      🙂

  • -aLCapone- Aug 27, 2010

    apa lagi matjoe…. ternak la banyak2 kat tgb haji nie…. semoga bersih dan diberkati simpanan tu….

    Nak tanya sket pendapat Pakdi….. kita kena bayar zakat simpanan tak utk pelaburan/simpanan di koperasi2 yg telah membayar zakat perniagaan….? kalau tengok konsep dia tu lebih kurang macam simpanan kat tabung haji nie…..

  • soleh Aug 28, 2010

    Salam,
    Mudah simpan wang dalam Tabung Haji ni..

  • maizul.com Aug 30, 2010

    Bagus lah kalau macam tu….

  • ali Aug 30, 2010

    salam..

    klu takaful (insuran+simpanan) pula mcm mn?
    adakah ia sama spt tabung hj

  • syazam Sep 2, 2010

    “1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya”…
    Emm… kalau TH bayar zakat on behalf penyimpan, TH kena bayar ikut simpanan setiap pendeposit. bagaimana pula kalau deposit tu tak cukup haul dan nisab?
    sy rasa lebih selamat pendeposit bayar sndiri sbb dia lebih tahu ttg hal deposit yg dia ada.
    satu lg boleh claim tax tak klau TH dh bayarkn zakat??

  • pjo Feb 8, 2011

    syazam,
    masalah itu yg lama aku bedebat ngan kekawan,
    berapa byk pendeposit kat TH, byk tu lah yg TH kena kira
    samada org itu atau ini, kena zakat atau tidak, kira lagi haulnya, nisabnya,
    pergh…byk kena amik kira. tak tau camna TH kira.

  • wan mohd Nov 4, 2012

    kalau tak cukup nisab , terasa rugi ditolak zakat 2.5 sepatutnya 5.5 + 2.5 = 8% dividen simpan lah byk-byk di TH RM40ribu – 10juta ker. boleh merasa pakej haji yg RM25 ribu , jadi yg muasaasah di beri peluang pd org lain.

    • mie Mar 26, 2013

      rugi ke keluarkan zakat?

  • saifol Nov 8, 2012

    salam…
    Mohon penjelasan kepada sesiapa yang mengetahui,

    Saya ada satu kemuskilan, boleh atau tidak seseorang itu membayar zakat walaupun tidak cukup syaratnya?. Adakah ianya dikira zakat ataupun sedekah sekiranya dibayar?.

  • Muhamad Najwan Taib Feb 4, 2013

    Assalamualaikum,

    Mengikut kefahaman saya, duit pendeposit (tidak kira yg simpan RM 1 ataupun sejuta) digunakan sebagai modal untuk perniagaan TH yang patuh syariah. Disebabkan keuntungan daripada perniagaan itu TH sudah membayar zakat perniagaan, pendeposit sudah tidak perlu membayar zakat perniagaannya dan diringankan dari membayar zakat simpanannya mungkin disebabkan deposit itu dikira sebagai modal perniagaan dan dividen itu adalah keuntungannya.

    Harta mesti cukup nisab barulah dikenakan zakat contohnya bagi negeri Johor nisab zakatnya lebih kurang RM 14,000.

    Mungkin ada sesiapa boleh terangkan kalau kedai kepunyaan kita sudah membayar zakat perniagaan, adakah perlu saya membayar zakat pendapatan hasil daripada upah kedai dan keuntungannya atau upah/gaji sahaja? Saya sudah membayarnya, cuma ingin penjelasan untuk diri saya dan orang lain.

    Mohon penjelasan jika ada kesilapan. Salam

  • bj Jul 16, 2013

    bagaimana dengan wang oleh pendiposit yang bukan islam…

  • Julie Oct 4, 2013

    Bagaimana nak claim pengecualian income tax untuk zakat ni?

    Sebab sebelum ni bayar zakat sendiri dapat resit so boleh claim tax exemption. Ni takde resit so mcm mana?

  • Akhtar Alif Apr 10, 2014

    Tabung Haji bayar ni zakat perniagaan ke zakat wang simpanan? Kalu zakat simpanan boleh claim rebat tax….mohon penjelasan dari yang arif

  • langsir Aug 26, 2014

    pelik rasanya bila dlm hati ada niat nak menyucikan harta dgn bayar zakat tapi masih nak rebate tax… lepas kan saja. harta tu milik Allah

  • julie Aug 27, 2014

    org nak rebate tax sbb nak guna duit tu utk sedekah drpd utk tax. bkn masalah nak bayar zakat. zakat mmg dah wajib. tp elok la yg rebate tax tu guna utk keperluan keluarga atau sedekah. lagipun tax mmg still ada bahagian lain kena bayar pun. kalau mcm tu kamu bagi la semua duit kamu kat kerajaan. tu kan harta Allah. duh…

  • J.A.K Feb 27, 2015

    JANGAN TERLALU BERKIRA.TIADA SIAPA YANG PERPECT MELAINKAN DIA.KALAU BANYAK SONGEL ,SIMPAN AJE DUIT BAWAH BANTAL.TABUNG HAJI YANG PALING BAIK MENGURUSKAN SIMPANAN KITA UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT.

  • abdullah Nov 21, 2015

    SAYA pernah terdengar jawapan oleh seorang penceramah, bahawa jika kita menyimpan wang di dalam sebuah bank dan bank itu mengeluarkan zakatnya pada setiap tahun, maka sebagai penyimpan, saya tidak perlu lagi mengeluarkan zakat atas wang yang saya simpan di bank berkenaan. Adakah benar kenyataan berkenaan?

    Jawapan:

    Terima kasih kerana mengajukan persoalan di atas dan semoga Allah SWT sentiasa memberkahi urusan kita dan menyelamatkan kita di akhirat, atas kesungguhan kita memahami dan melaksanakan tuntutan ibadah zakat, Amin.

    Sememangnya benar, timbul persoalan yang agak meluas dalam kalangan umat Islam yang menyimpan wang mereka di dalam akaun di bank (sama ada akaun simpanan atau akaun semasa), iaitu adakah pihak bank telah pun mengeluarkan zakat atas wang simpanan mereka? Dan sekiranya pihak bank telah pun mengeluarkannya sebagai zakat, maka apakah mereka masih lagi perlu mengeluarkannya sebagai zakat?

    Demi menjawab persoalan ini, pertama sekali harus kita fahami bahawa fiqh zakat menetapkan: “Tidak ada zakat yang sama atas harta yang sama sebanyak dua kali dalam tahun yang sama.”

    Maka, para fuqaha menyatakan, andainya jelas wang yang kita simpan itu, katakan di dalam Bank ABC dan ia telah pun dikeluarkan zakatnya oleh pihak bank berkenaan bagi pihak kita, maka tidak perlulah lagi kita mengeluarkannya. Kerana, jika sekali lagi ia dikeluarkan, maka kita sudah menunaikan zakat yang sama atas wang yang sama dua kali pada tahun yang sama.

    Pun begitu, perkara kedua yang saya fikir harus diteliti dengan lebih mendalam dalam isu zakat wang simpanan ini ialah, apakah benar pihak bank itu telah pun mengeluarkan zakat simpanan itu bagi pihak kita sebagai pendeposit atau penyimpan? Hal ini perlulah diperhatikan, kerana dibimbangi pihak bank hanya mengeluarkan zakat ke atas perniagaan yang mereka jalankan dan bukannya atas wang yang disimpan.

    Baiklah, apabila pihak bank hanya mengeluarkan zakat atas nama perniagaan, timbul persoalan seterusnya iaitu, siapakah yang berkewajipan atas zakat perniagaan berkenaan? Pastinya yang wajib mengeluarkan zakat perniagaan atas Bank ABC adalah pemilik bank berkenaan. Maka, adakah kita ini pemilik Bank ABC?

    Jawapannya, pemilik Bank ABC adalah para pemegang saham bank berkenaan, manakala para pendeposit hanyalah merupakan entiti berasingan yang bersifat penyimpan, kita bukanlah pemilik Bank ABC. Maka, apabila Bank ABC mengeluarkan zakat atas perniagaan Bank ABC yang sudah terlepas kewajipannya adalah para pemegang sahamnya, manakala para pendeposit masih lagi belum terlepas zakatnya.

    Mungkin ada orang berhujah, bukankah wang yang disimpan itu jugalah yang diperniagakan? Jika wang itu diperniagakan, bukankah sudah memadai?

    Baiklah, dalam hal ini kita kembali kepada niat awal seseorang itu, adakah semasa dia memasukkan wangnya maka ia dikira simpan atau melabur? Jawapannya, ia menyimpan. Jika melabur, maka ia hendaklah memasukkan wangnya ke dalam instrumen lain yang memang bersifat pelaburan.

    Maka, di sini pun sudah jelas bahawa dia menyimpan, bukan memiliki Bank ABC berkenaan. Lagi satu, pelaburan ada untung dan rugi, jika dia menyimpan RM10,000, tiba-tiba bank berkenaan rugi, maka adakah memberi kesan kepada simpanannya? Tidak, kerana dia hanya menyimpan bukannya melabur, maka atas sebab itu dia wajib berzakat atas simpanannya, kerana niatnya menyimpan dan bukan untuk pelaburan (perniagaan).

    Maka, andai pihak bank menyatakan mereka telah pun mengeluarkan zakat bagi bank mereka, para pendeposit atau penyimpan wang hendaklah bertanya kepada pihak bank, adakah mereka mengeluarkan zakat bagi pihak bank atas nama perniagaan atau penyimpan. Setakat yang saya maklum, bank-bank di Malaysia mengeluarkan zakat atas perniagaan mereka dan bukannya atas pencarum mereka. Dalam konteks ini, pencarum masih wajib mengeluarkan zakat mereka biarpun zakat perniagaan sudah pun dijelaskan oleh pihak bank.

    Ketiga, mungkin juga ada pihak yang berkata, bahawa bank-bank ini mengambil model pengurusan Tabung Haji bagi melunaskan zakat pendeposit mereka, kerana pihak Tabung Haji apabila sudah mengeluarkan zakat perniagaannya, maka semua pencarum atau pendepositnya tidak lagi perlu mengeluarkan zakat mereka secara berasingan.

    Baiklah, suka saya nyatakan di sini bahawa, ada perbezaan yang ketara di antara Tabung Haji dan juga pihak-pihak bank. Apakah perbezaan itu? Perbezaannya adalah pada aspek pemilikan. Di Tabung Haji, apa yang kena kita tahu dan fahami ialah, Tabung Haji tidak dimiliki oleh pihak tertentu, sebaliknya semua pendeposit adalah pemilik Tabung Haji. Tiada pemegang saham yang memiliki Tabung Haji seperti mana bank-bank, tetapi semua pihak yang menyimpan di Tabung Haji adalah pemegang saham, yakni pemilik Tabung Haji. Yang berbeza, semakin besar simpanan maka makin besar sahamnya dan makin besar keuntungannya.

    Maka, atas sebab itulah di Tabung Haji, kita akan diberikan keuntungan saban tahun atas perniagaan yang mereka lakukan. Jika Tabung Haji untung, maka kita diberikan hasil keuntungan berkenaan dalam bentuk dividen. Ia menunjukkan, kita sebenarnya bukanlah penyimpan tetapi pelabur di Tabung Haji atau dalam erti kata mudah, kita adalah pemilik kepada Tabung Haji.

    Maka, apabila Tabung Haji sudah mengeluarkan zakat perniagaannya, bermakna wang yang disimpan (hakikatnya dilabur) di Tabung Haji itu, sudah pun dikeluarkan zakatnya oleh pihak Tabung Haji. Maka, tiadalah lagi zakat yang perlu kita keluarkan kerana ia sememangnya sudah pun dizakatkan.

    Kesimpulannya, selagi mana pihak bank mengeluarkan zakat atas nama zakat perniagaan, maka kita masih wajib mengeluarkan zakat simpanan di bank berkenaan. Kecuali Tabung Haji, kerana kita memang melabur di dalamnya dan apabila ia dikeluarkan atas nama zakat perniagaan, ia bermakna wang yang disimpan di Tabung Haji itu pun sudah dibersihkan dengan zakat berkenaan, wallahua’lam.

    Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130920/ba_03/Status-zakat-wang-brsimpanan-di-bank#ixzz3s636132c
    © Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Comment