Tentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, nama saya Suzardi bin Maulan juga dikenali sebagai Pakdi.

Saya merupakan seorang Islamic Financial Planner (IFP)TM. Blog ini merupakan catatan saya mengenai bagaimana kita boleh buat duit, simpan duit dan melaburkan duit. Kalian dapat baca catatan-catatan lepas saya mengenai aktviti tersebut dengan klik di sini.

IFP merupakan sijil profesional dalam perancangan kewangan patuh Shariah yang dikeluarkan oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) dan juga Financial Planning Association of Malaysia (FPAM).

Buku pertama saya Rancang Wang Dari Sekarang yang diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd merupakan buku pengurusan kewangan Islami yang dapat membantu kalian untuk menguruskan duit dengan mudah dan bijak.

Saya juga merupakan kolumnis di MajalahNiaga.com, dan kalian dapat membaca koleksi artikel saya yang telah diterbitkan melalui link ini.

Pernah berkhidmat sebagai konsultan dan penyelidik Shariah dengan sebuah institusi kewangan Islam yang pertama di Malaysia. Sepanjang berkhidmat saya telah menstrukturkan pelbagai penyelesaian patuh Shariah untuk produk deposit berstruktur, kad kredit, trade finance, unit amanah, treasury, akaun pelaburan emas dan sebagainya.

Selain itu saya juga berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan merupakan pengasas dan pewakaf forum BicaraJutawan.com.

Antara agensi yang pernah menerima konsultansi latihan dari saya adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Majlis Sukan Negara (MSN), Skali.net, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan lain-lain.

Terima kasih kerana membaca Pakdi.net dan semoga kalian mendapat banyak manfaat dari penulisan saya!

[Download profil dalam format PDF]

{ 7 comments }

maizul.com November 21, 2010 at 10:52 am

Salam Tuan.

Saya ingin bertanyakan bengkel bermain cashflow, adakah ianya masih diadakan lagi?

terima kasih.

pakdi November 21, 2010 at 4:05 pm

Update: Ogos 2011 – Bengkel ini dapat dijalankan atas permintaan.

Jawapan asal:
Bengkel simulasi Cashflow 101 sudah tidak dijalankan.

izwan January 13, 2011 at 8:50 am

Pakdi..
macam mana nak mendapatkan e-book tue?
Terima Kasih.

zila February 19, 2011 at 12:56 am

salam.. saya pun ingin mendapatkan ebook tu juga… bagaimana yer??

stan February 21, 2011 at 8:19 am

link download untuk laporan percuma tak dapat buka, apa masalahnya?

pakdi February 21, 2011 at 10:23 pm

Tiada masalah. Sudah ramai yang sudah muat turun. Sila klik link yang diberikan jika masih gagal isi borang sekali lagi.

faiz February 27, 2011 at 12:29 am

ada lagi tak ebook tu …kat mana sy nak muat turun ye….nak tanya skit apa pendapat pakdi tentang al-falah wealth challenge tu…bagus ke utk disertai…terima kasih..

{ 2 trackbacks }