‘A’ Student Sila Lupakan Impian Memulakan Bisnes Sendiri

Anda sentiasa dapat straight A’s dalam UPSR, PMR, SPM?
Anda sentiasa masuk dalam senarai penerima anugerah dekan setiap semester?
Anda tidak pernah repeat paper dalam mana-mana subjek peperiksaan?

Jika anda tergolong dalam kategori pelajar yang lebih banyak ‘A’ dari gred-gred lain, artikel ini adalah untuk anda. Saya akan kongsikan rahsia untuk jadi kaya.

Rahsianya adalah …

  • Jangan buat bisnes sendiri.
  • Jangan mulakan bisnes dari zero.
  • Jangan buang masa baca buku bisnes from zero to hero dengan harapan nak jadi macam mereka.

Cara untuk anda jadi kaya adalah dengan bekerja di syarikat yang besar, mendaki tangga korporat sehingga dapat jadi CEO atau pengurusan kanan dan bila dah sampai usia 50-an semoga dapat jadi pengarah syarikat berhad.

peperiksaan

Cuba ingat kembali zaman anda bersekolah dahulu. Kenapa anda dapat A dalam sesuatu mata pelajaran?

Bukankah anda berjaya menulis balik apa yang diajar di kelas dan apa yang ada dalam buku teks?

  • Sekiranya anda menulis Malaysia mencapai kemerdekaan pada Tahun Gajah; adakah anda mendapat A dalam subjek Sejarah?
  • Sekiranya anda menjawab soalan, “Di manakah terletaknya negeri Pahang?” dan anda menjawab, “Tangga tercorot liga Premier,” adakah anda mendapat A dalam subjek Geografi?
  • Sekiranya anda kata 89 adalah nombor yang lebih besar dari 133, adakah anda mendapat A dalam Matematik?

Fikirkan baik-baik.

Proses ini telah sebati dalam hidup selama kira-kira 16 tahun. Jawab soalan dengan betul. Ikut apa cikgu cakap. Ingat nota. Hafal buku teks. Minum air rebusan nota masa mengulangkaji.

Anda tidak berani buat salah. Anda tidak berani jawab selain dari skema jawapan. Anda hanya tahu ikut arahan. Tak pernah kena marah cikgu disiplin dan masuk mahkamah universiti. Budak kesayangan cikgu. Budak kesayangan pensyarah. Andalah bintang. Wow!

Budak ‘C’ kalau dapat ‘A-‘ menangis. sujud syukur dan belanja kawan-kawan makan kerana dapat juga akhirnya gred A sepanjang usia dia jadi mahasiswa. Anda jika dapat ‘A-‘ juga menangis tetapi disusuli dengan merayu-rayu dengan pensyarah supaya dapat A+.

Jadi, kalau sifat ini sudah sebati dalam diri anda jangan memulakan bisnes sendiri.

Anda tidak mampu berfikir di luar buku teks. Anda tidak mampu keluar dari tradisi industri. Anda hanya tahu ikut sistem yang stabil.

Sedangkan bisnes dari zero ibarat orang yang hanya ada rakit tapi berangan nak berlayar ke lautan luas. Orang kata jangan, tapi dia nak juga berlayar dengan rakit. Dalam perjalanan tu, dia bina sedikit demi sedikit kapal yang lebih besar. Kalau dibuatnya ada ombak besar, ribut taufan melanda ketika kapal tersebut sedang dibina, dia tenggelam. Nasiblah.

Bisnes dari zero adalah mengenai survival. Lagi banyak buat silap lagi bagus. Lagi cepat buat salah lagi baik. Lagi gila jawapan kita bagi dalam soalan-soalan dalam bisnes yang muncul lagi bagus.

Satu-satunya ilmu bisnes yang betul adalah duit masuk lebih dari duit keluar. Selain dari itu, entah. Boleh jadi sesuai dengan bisnes kita, boleh jadi tak boleh pakai untuk bisnes kita. Kena cuba test try.

  • Walmart jual barang murah-murah, untung. Daimler, jual barang dengan harga mahal, untung juga.
  • Coca Cola, barang utamanya adalah Cokeuntung. Nestle, ada lebih 8,000 jenama, untung juga.
  • Zappos, guna strategi masuk pasaran sedia ada, untung. Apple, guna strategi cipta pasaran sendiri, untung juga.

Jadi ‘A’ student pasti gagal menjawab soalan, “Bagaimana nak bina bisnes yang menguntungkan?”

Sebab soalan itu jawapannya tiada dalam buku. Sam Walton pasti memberikan jawapan berbeza dengan Asa Griggs Candler dan apa yang menariknya kedua-duanya betul.

Melainkan anda dapat mengubah sikap yang sebati dalam diri seperti sukar berfikir di luar kotak, tidak berani menyahut cabaran baru  dan tidak mahu menjadi ‘budak nakal’ yang langgar rules & regulations (yang sangat sukar untuk dibuat kerana masih takut buat salah dan takut kepada kegagalan), maka selepas anda berjaya mencapai tangga tertinggi kerjaya, peluang menggandakan pendapatan adalah dengan terlibat dalam bisnes jenis franchise.

Iaitu beli bisnes yang telah berjaya.

Bisnes yang telah ada sistem sendiri. Sistem yang anda tidak berani nak ubah. Sistem yang tidak memerlukan banyak kreativiti, hanya ikut manual operasi. Franchise yang baik menyediakan semuanya untuk anda termasuklah kempen pemasaran.

Jadi, jika anda ‘A’ student jangan buang masa memulakan bisnes sendiri ya!

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

67 comments… add one
  • azrijohan May 20, 2013

    fuhh

  • izwan May 20, 2013

    Pergh…memang makan dalam….tp terbaik la artikel ni…nak share…nak share…

  • khoiri May 20, 2013

    Alamak, saya dari darjah 1 sampai form 5, tak pernah nombor selain satu. Macam mana pakdi? Tak boleh bisnes ke.. hehehe

  • abdjabbar May 20, 2013

    Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian. Walaupun bukan dari kumpulan straight ‘A’, tetapi maksud dan penyampaian Pakdi sangat membantu.

    Terima Kasih.

  • Ahmad May 20, 2013

    terbaekkk pakdi…. saya berpendapat sikap adalah penentu utama kepada straight-A ni, kalau nk ikut buku jugak mmg x lepas

  • hidayah May 20, 2013

    Jadi, jika anda ‘A’ student jangan buang masa memulakan bisnes sendiri ya!
    Ini adalah nasihat paling pelik pernah saya dengar.

    Jika tuan menggunakan contoh Zappos, Tony sebenarnya adalah graduan dari Harvard University dengan degree dalam computer science.
    Sebenarnya, sangat ramai A student telah jadi entrepreneur yang sangat berjaya.

    • Azhar May 20, 2013

      Ini satu propaganda untuk kurangkan persaingan bisnes yang dipelopori oleh golongan kurang cerdik/drop out di pasaran.

      Mereka takut bersaing dengan bisnes yang dimiliki oleh A student!

      Maklumlah drop out kan suka jalan pintas, ho ho ho.

    • Zapatos May 26, 2013

      Many people probably think it was Zappos CEO Tony Hsieh who founded one of the largest footwear retailers in the United States. It wasn’t. The guy who came up with the idea and persuaded Hsieh to invest is Nick Swinmurn, a quiet entrepreneur.

      Dalam kes Zappos, Tony melabur pada bisnes Nick Swinmurn. Tony tak mulakan Zappos dari zeho to hero…

  • Matwalmart May 20, 2013

    Ouh. patotla mostly yg berjaya adalah drop out..hehe

  • Zulhilmi Zainudin May 20, 2013

    Terbaik Pakdi!

  • Faiz Zalwi May 20, 2013

    Tak Betul tuu Bro…. ….. ‘A’ student yg jadi professional boleh bukak bisnes sendiri apa…..doctor, architect, engineer, accountant, lawyer dll…. bukan jual product, tapi jual services….jangan sempitkan ilmu tu bro…

    • MAIQBA MEusoff Jul 21, 2015

      Betul.. Tp mereka yg anda sebutkan termasuk dlm golongan org yg bekerja sendiri… Not a real businessman in heart..

      Tak ada kerja.. Tak ada income..

  • Izzuddin May 20, 2013

    Haha ada satu lagi jenis golongan A

    Iaitu golongan yg dia bukan dapat A sebab hanya tahu tiru bulat2, tapi sebab dia tahu apa yang diperlukan untuk dapat A

    Dia reti baca fikiran pensyarah, dia reti baca cara pensyarah semak jawapan, dan dia reti analisis apa caranya utk dpt jawapan yg betul

    Dan apabila dia buat bisnes, maka dia akan applikasikan semua kebolehan dia tu kpd market dan analysis bisnes dia

    P/S: sori, tp bkn semua entrepreneur adalah dropout, soichiro honda adalah grad uni, ingat bill gates boleh ada dlm harvard kalau bkn dpt straight a? Ingat facebook akn bjaya kalau mark zuckerberg x lancarkan facebook time study kat harvard? Artikel ni berbunyi mcm org2 yg slalu gagal dlm exam, x dpt peluang kerja yg bgs, jd bukak bisnes sndiri, then bjayala sket, pastu dh mula rasa bagus dan compare2 dgn kgkwn dia dlu yg cemerlang aha

    • nik May 20, 2013

      sy stuju dgn kenyataan izzuddin..nk dpt A xsemestinye kena hafal n tulis jawapan sebiji mcm dlm buku..kebanyakan yg dpt A tu biasanya bg ‘jawapan luar kotak’ tp logik n sesuai dgn kehendak soalan. kalu xde ilmu langsung xjd kerja gak. yg biasa dpt A pon biasa gagal jg.drp kegagalan mrk tu la mrk analisis di mana kelemahan yg perlu dibaiki n kekuatan yg pertu ada utk dpt A.so sikap menganalisis ni bleh diaplikasikn dlm perniagaan..kalu stakat brani je tp xde ilmu n sikap positif lain xguna gak..tu yg gagal berkali2 n bt kesalahan yg sama berulang kali tu..coz xde ilmu n sikap positif terutama sikap menganalisis..

  • jibam May 20, 2013

    Nasib baik aku student B+, tapi macam mana pulak tak berjaya lagi ni…

    • Suzardi Maulan May 20, 2013

      Student B sebenarnya lagi sukar.

      Tidak seberani C dan tidak sepandai A. ho ho ho.

  • faizal May 20, 2013

    mungkin yg pakdi maksudkan A student yng memang skema habis dan hafal bulat2 pa yang ada dalam nota…tapi setahu saya, pendidikan sekrang ini terutamanya science stream memerlukan lebih dari sekadar hafalan, perlu analysis dalam penyelesaian masalah..so, benda2 ni boleh apply dalam peniagaan kot, cumanya mugkin cara yg berbeza..

  • Suzardi Maulan May 20, 2013

    Artikel ini TIDAK pernah sebut:

    – mesti jadi dropout
    – jangan masuk universiti
    – semua pelajar yang masuk universiti = A student
    – orang yang buat bisnes adalah dropout, orang yang tidak pandai dan bodoh-bodoh belaka.
    – jangan belajar sampai dapat A

    Artikel ini juga beri compliment, pelajar gred A lebih mudah mendaki tangga korporat, masuk syarikat besar dan jadi CEO syarikat yang terkenal. Bila dah kaya raya dapat ada bisnes juga, tapi dengan cara yang berbeza.

    Sila baca perenggan demi perenggan perlahan-lahan sebelum beri komen. Takut-takut komen tersebut mengesahkan penulisan ini 😉

    • Azhar May 20, 2013

      Artikel ini mengesahkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia hanyalah bersifat hafalan & ulangan dari buku teks.

      Maaf Pakdi, saya tidak bersetuju dengan anda.

      Tidak semestinya A Student adalah mereka yang seperti yang Pakdi katakan diatas. Saya sendiri melihat dan mengenali mereka yang A Student, tetapi pada masa yang sama adalah street smart.

      A Student adalah salah satu cara melihat orang ‘perseverance’ di dalam usahanya, dan bukannya orang yang hanya menghafal buku teks & hidup di dalam lingkungan buku rujukan saja.

      Mungkin keadaan persekitaran Pakdi membuatkan anda membuat kesimpulan bahawa A Student ini mereka yang tidak mampu berfikir di luar kotak.

      MIT, Harvard, Oxford (sekadar menyebut beberapa nama) adalah contoh ‘kilang’ usahawan startup di Silicon Valley. Kalau bukan A Student yang ramai disana, siapa lagi? 🙂

      • Suzardi Maulan May 20, 2013

        Maksudnya, saya betul tentang pelajar A (IPTA/S) dan saya salah tentang pelajar A (world top universities) ? 😉

        • Kawar May 29, 2013

          Spot on, bro.

    • anonymous Feb 9, 2014

      Maaf cakap tetapi penulisan anda agak keterlaluan, anda hanya memprovokasi berdasarkan kajian anda… gred tiada kaitan dengan kejayaan sesebuah bisnes… Tuan bukan Tuhan hendak menentukan rezki… mungkin ayat saya keterlaluan tetapi apa faedahnya tuan mengeluarkan artikel sebegini? pelajar ‘A’ yang seperti tuan ceritakan diatas hampir pasti akan menjadi kelompok professional, Tuan usah risau! namun bagi pelajar yg bergred ‘A’ yang unik, yang ingin mencebur ke bidang perniagaan, mereka bukanlah sekadar penghafal seperti didakwa namun mereka mempunyai perancangan tersendiri, mereka mempunyai visi dan misi…mungkin Tuan tidak pernah berjumpa mereka kerena mereka tahu berfikir sendiri dan merasakan tidak perlu menyertai program2 anjuran tuan…. mereka menimba ilmu dengan orang2 yang punyai pengalaman dan bukan mereka yang bergantung pada psikologi untuk mempengaruhi manusia… jika tuan marah dengan penulisan saya ini maka ingin saya beritahu perasaan inilah yg dirasa sebahagian dari pembaca artikel ini… Islam menggalakkan umatnya berniaga tanpa mengira ‘gred’… maaf atas pendapat ini andai mengguris perasaan.

  • Bad Shah May 20, 2013

    Tulisan Pakdi ini bagi saya hanyalah beberapa ‘sweeping statements’ yang datangnya dari satu kotak pemikiran. Lets agree to disagree Pakdi. Mungkin anda punya beberapa hypothesis dan dari maklumat2 terhad yang anda ada terus membuat kesimpulan anda. Namun hakikatnya banyak lagi maklumat lain yang akan menyanggah pendapat anda yang straight A’s students jangan buat bisnes sendiri. Siapa berusaha pasti berjaya tak kiralah anda straight A’s student ke atau straight F’s.

    • Suzardi Maulan May 20, 2013

      Ya, barangkali juga maklumat saya masih terhad.

      Sebab saya baru berjumpa dalam 2,500 siswa siswi spesifik dalam latihan bisnes. Tuan ada cadangan kumpulan siswa siswi yang lain untuk saya jumpa?

      • Bad Shah May 20, 2013

        Saya tak pasti kelompok bagaimana yang Pakdi selalu jumpa. Bagi saya, untuk mensarankan agar straight A’s students jangan impikan buka bisnes sendiri, berapa ramai dari kalangan siswa siswi yang Pakdi jumpa tu yang straight A’s dulunya, buka bisnes sendiri dan lingkup? Berapa ramai pulak yang masa sekolah sekadar ok sekarang kaya raya dari disebabkan bisnes? Kalau gagal/berjaya pun mereka, my humble opinion bukan disebabkan kerana dulu mereka straight A atau tidak, banyak faktor lain. Minat terhadap bisnes yang diceburi, networking, business skills, strategy, usaha, tawakal semua mainkan peranan.
        Cadangan saya, mungkin tuan kena sabar sikit untuk jumpa kelompok yang top student dulunya dan berjaya dengan bisnes sendiri. Maklumlah, kelompok straight A’s bukanlah ramai ditambah pulak kriteria berjaya dengan bisnes sendiri. Mana tahu bila sample size tuan dah jadi 5000, 100 darinya merupakan straight A’s student yang berjaya dengan bisnes masing2 dan boleh pula berkongsi tip2 bisness yg smart, walaupun ia hanya diwarisi dari sebuah buku teks.

        • Suzardi Maulan May 20, 2013

          Susah nak sabar lagi kot. Dah lebih 7 tahun dah.

          Jadi tuan dapat kongsikan tips bisnes yang smart di sini tak? Saya bersedia membuka ruang.

          • epol May 21, 2013

            Pakdi membuat kenyataan menerusi kajian & pengalaman
            ‘Orang tu’ membuat kenyataan menerusi ‘hipotesis’ & ‘teori’ semata mata hehe
            boleh jemput ‘orang tu’ join kem usahawan permata ni hehe

          • Eena Arrina May 12, 2014

            Salam. saya seorang A student. Saya meminati bisnes wlaupun sy bljr bukan bidang bisnes. Dan alhamdulilah, dgn 1 platform bisnes. sy telah Berjaya dalam bisnes. Bisnes berkonsep kan franchise (iaitu yg ada system dan bina asset supaya asset mnjadikan duit utk kita) ..bukan kita yg mnjadikan duit. sbaiknya kita bina asset utk dapat duit. Itulah dia the power of network marketing bisnes, multilevel marketing yang halal mbolehkan kita jadikan bisnes dan team kita yang baru. Kalau traditional bisnes, cuba bygkn brapa masa lamanya kita perlu tunggu untuk naik, perlu bhdpaan dengan pelbagai dokumen, tapi bisnes, smua secara santai dan niat baik 🙂 dan skg sy akan melahirkan lbh rmai usahawan. Yg Berjaya adalah bukn diri sndiri, tapi yg Berjaya adalah mereka yg Berjaya mmberikan org lain manfaat dan Berjaya juga 🙂

  • Suraya May 21, 2013

    Terima kasih Pak Di.
    Tulisan yang bagus.
    Dari hati terus ke hati.
    Artikel ini perlu dipandang dari banyak segi. Ada banyak sebab mengapa Pak Di mengeluarkan hujah yang tidak salah.
    Berhenti bersikap defensif dan mempertahankan diri. Mulakan dengan menerima sambil sambil mengenali diri.
    Keusahawanan adalah kombinasi. Kombinasi keberanian,kebijaksanaan dan tindakan.
    Ramai yang bijaksana dan bijaksini tidak bertindak.
    Mulakan, kemudian baru nampak hasilnya.

    Salam kejayaan,
    Usahawan Suraya
    Bukan dropout cuma extend

  • Mas Health Boutique May 23, 2013

    Ada pro and kons lah kan,

    Saya rasa lebih kepada persoalan sikap dan kemahuan. Gred A student yang ikut buku tu memang wujud. Tapi kalau golongan begini masuk industri makan gaji pun saya rasa tak kemana jugak.

    Industri pun perlukan individu yg boleh berfikir di luar kotak untuk buat problem solving, improvement…semua tu pun takde dalam buku….

  • cik tom May 25, 2013

    tersasar ke blog ni time blogwalking.. senyum je bc entri ni..hehe..troll betul entry ni.. dah 3x sy bc cuba fahamkan artikel ni.. tp xtau la apa yg “sy baca dan fahamkan” mengenai artikel awk ini sama ke tak dengan” apa yang awak cuba sampaikan”.

    memang tak dinafikan mostly student A ialah stdt yg jenis hafal je bulat2 apa yang diberikan oleh cikgu/ buku..TAPI tak semuanya macam tu, masih ada stdt A still think out of box…

    drpd pengalaman sy mostly stdt A ni, diorang fikir dah pandai,, so dia lebih suka guna kepandaian tue utk kerja makan gaji terlebih dahulu utk cari pengalamann+modal+network..bkn diorg xnak mulakan bisnes 1st..tp diorg lebih suka guna konsep “better safe than sorry”..cnth yg sy nmpk ramai yg pilih kerja makan gaji dulu but at the same time diorg buat bisnes kecil2an sendiri jugak…sy bkn ckp kosong sbb cnth plg dekat ialah pcik sy sendiri..permulaan dia bekerja makan gaji..kmudian dia bt bisnes sdiri smbl kerja mkn gaji lg..bila dah stabil dia berhenti & fokus pd bisnes sepenuhnya..skang dpt title datuk dan ada pelbagai bisnes dalam & luar negara..slh seorang alumni uitm (stdt A) yg berjaya dlm bisnes..yg maybe pd pndgn mata pakdi bhawa bdk A jenis yang macam ni tak berani nak mencuba/tak berfikiran luar dr kotak dsb..tp pada pdgn sy org begini bijak merangka pelan masa depan hidup dia…contoh lagi utk kukuhkan pendapat sy ini ialah kat tempat kerja saya ni jgk kebanyakan lecturer mempunyai bisnes sendiri..ada yg jalankan bisnes kedai dobi, kedai makan, ada yang keluarkan produk tudung rekaan sdiri, bisnes pastry, saham, forex, pelaburan emas dll (cuma xdiheboh2kan secara meluas utk elak pihak atasan tahu)..erm atau adakah bisnes sy nyatakan tue tak bersesuaian dgn konsep bisnes pakdi dlm entri blog ni??

    Stdt selain dari A (B ke bawah)…diorg rs diri sdiri xpndi (sbnrnya bukan xpndi cam stdt A tapi dulu sekolah diorg ni jenis malas nak study)..dpt kerja tapi gaji sikit….masa ini lah baru diorg sedar & mula bgn utk buat bisnes sdiri..Bukan stdt A ni fikir keadaan dah terpaksa nak atau tak dia kena cuba jaya buat bisnes..dia kena survive utk kelangsungan hidup dia..biar starting from zero…biar gagal pun dia kena cuba lagi dan lagi..kenapa? sbb masa tu mindset diorg itu je pilihan aku yg tinggal utk lg hebat dr stdt A…kalau aku xcuba smpi berjaya…..smpi bila2 pun aku ni loser pd pndgn org lain…dr keadaan terpaksa tue diorg build think out of box..rajin mencuba..rajin utk belajar perkara baru dlm bisnes..jatuh bgn dlm bisnes sehingga berjaya..stdt bukan gred A ni sebenarnya pandai..cuma dia terlewat tnjk skills..

    contoh2 pergi seminar konsep apa-apa pun..penceramah takkan bercerita dari A-Z orang tue asyik berjaya je flow hidup dia…hehe..mesti motivator akan selitkan cnth kisah awalnya miskin..susah..budak tak pandai..tp rajin usaha smpi berjaya..ataupun asal senang..in the middle down..and lastly up balik..

    end of point 2-2 dpt kejayaan tp dgn cara dan laluan yg berbeza..cth beza macam pakdi guna tue sorg (bukan stdt A) tue guna rakit pi redah lautan luas smbl tue dia usahakan bina rakit tue jd kapal…tp sorg lg (stdt A) fikir n& decide bina dulu kapal n then br belayar ke lautan luas..

    artikel penulisan ni xboleh baca sekali lalu je terus komen…bmbg jd salah faham yg xperlu blaja pandai2 boleh buat bisnes sbb budak mcm ni pndi pkir diluar kotak..stdt A ni hanya pndi hafal n bc buku semata2 tp xde ilmu survival…

    for me…whatever type/ grade of student pun dua2 penting dlm komuniti..kl semua nak jd bos siapa nk jd pekerja? kl semua xnak makan gaji..siapa nak jadi cikgu? apa pun takde apa yg mustahil dlm hidup ni… siapa yg belajar, dia tahu… siapa yg berusaha, dia dapat..

    bukan kerana dimomokkan dgn ayat buku semata2…seorang cikgu mesti akan backup kepentingan “buku” kerana buku as guidelines n cikgu …dan seorang trainer seperti pakdi pasti akan backup akan kepentingan “pengalaman” yg xde dlm buku..kl beli buku hero to zero je xckup..lg better msk latihan n seminar..

    komen ni tak bermaksud sy katakan pendapat pakdi salah…cuma kita berdua memandang gred student ini dari pandangan sisi yang berbeza..takde pendapat betul atau salah…. terima kasih kl sudi publish pndpt sy ni..hmpr sejam jgk sy perah idea nak taip komen ni ^_^

    • Suzardi Maulan May 29, 2013

      Tiada masalah jika tidak bersetuju. Artikel ini bukan demokrasi terpimpin. Boleh beri pandangan balas.

      Malah saya menerima sebarang perkongsian yang berbentuk bisnes book smart oleh mereka yang sudi berkongsi. Boleh emel terus ke advisor[at]rancangwang.com ya

  • Mimi May 25, 2013

    Terima kasih Pakdi. Saya dah kongsikan di FB artikel ini. Artikel terbaik dalam semua blog Malaysia (yg kebanyakkannya gosip hiburan atau pun cara cari jodoh cara islam bagai-kepakaran org melayu yg kaum lain x boleh atasi sampai bila2). Tq so much, you are indeed brilliant. Kepada yg kritik, biasalah, kalau mereka berjaya_x busuk hati which is penyakit keturunan dalam darah daging yg diwarisi sampai anak cucu, x delah duduk buang masa baca blog hehe.

  • aBu May 26, 2013

    Waaa..isu hangat nih..huhu

  • Grad UK May 29, 2013

    Nak tau?

    Saya tau ada sorg grad UK accounting, balik msia je pg bukak bisnes engineering wiring, umur x smpai 27 lg dh jd jutawan

    Saya ada sorg lg senior UK belajar kat Imperial College, dia dgn kgkwn lain yg sama2 grad UK bina sejenis batu bata baru, dan bukak bisnes developer sendiri, baru dua tahun, pendapatan diorg dh 6 digit

    Dan of course, sumer student msia kat UK yg disponsor, adalah straight A student

    Silalah jangan generalize ye, mmg sy penah kenal student yg baca buku hafal je reti, tp smpai PMR jela dia top, SPM je hancur, mana bole subjek mcm Add Math, Fizik, Engineering ‘hafal’, knfm fail

    Ah ye satu lagi, ada beza besar antara tak dapat A sbb x mampu nak faham subjek tu, x dpt A sbb ‘berani buat salah’ (mcm penjenayah je bunyinya), dgn x dpt A sbb x minat

    Berani memberi jawapan yg salah bukan berani namanya, itu kebodohan

    • Suzardi Maulan May 29, 2013

      Bagaimana dengan tuan, boleh kongsi pengalaman bisnes tuan selaku Grad UK, yang mengikut tuan of course semuanya straight A student?

      Blog ini mengalu-alukan perkongsian pengalaman sendiri dari para pembaca yang budiman 🙂

      • Grad UK May 29, 2013

        Owh, tgh dlm proses bukak bisnes financial planner, since specialty sy dlm bidang kewangan (ekonomi, investment, insurance)

        Tp skrg masih mkn gaji sbb nak kena ada professional cert dgn license dr SC dlu, jd xde bisnes sendiri lg 🙂

  • Johnjimat May 29, 2013

    Mohon beri saya izin guna pepatah naik rakit tapi berangan ke lautan luas.. 😀

  • Robotys May 29, 2013

    Hahaha, this is a very good ‘spark’ indeed.

    Dalam setiap data yang besar pasti ada pengecualian. Jika pembaca rasa diri jenis straight A dan berjaya pula dalam bisnes, anda adalah outlier. Anda abnormal.

    Jika pembaca rasa diri jenis C dan D dan langsung tidak berjaya dalam apa-apa perkara yang diceburi, tanya diri apakah alasan yang kita selalu beri kepada orang lain. Ya, itu semua alasan semata-mata. Dan anda juga adalah pengecualian dalam data ini.

    Daripada bergaduh kata Pakdi salah dan diri betul, lebih baik beri bukti. Lebih baik lagi jika bukti itu adalah diri sendiri yang sudah berjaya.

    Saya cuma graduan ‘D’ atas kertas yang merangkak-rangkak cari sesuap nasi. Saya juga outlier dalam data ini. 🙂

  • sham May 29, 2013

    Samada daripada kumpulan A atau tidak.. kedua duanya perlu ada ilmu. Walaupun mereka dropout, mereka berilmu. Mereka adalah street smart. mereka belajar daripada bawah dengan pengalaman. Bukan daripada buku teks.

    Ada orang bagus dalam menerima arahan dan ada yang bagus memberi arahan. Ada yang tidak dalam kedua duanya. Semuanya bergantung kepada diri samada hendak maju ke depan atau kekal di tahap yang sama.

    Apapun saya sukakan artikel pakdi ini. Ia membuka minda.. A student, fokus untuk dapatkan tangga tertinggi dalam sektor korporat..

  • Alwi Adam May 29, 2013

    I respect this opinion.

    But i dont agree on generalization.

  • zul May 29, 2013

    terima kasih kepada pakdi, berani buat artikel yg panas utk golongan A. saya bukan A tapi C student dlm universiti tapi luar…..x tau lah. bagi saya mcm ni (pendapat je tau jgn marah….) ilmu penting, perlaksanaan pun penting tapi kelemahan kita ialah…..mana satu haluan kita? ini yg kita pening. saya x tau nk comment banyak2 tapi pesanan saya utk C student: mungkin kita C student dlm univertii, kolej….etc tapi jgn sekali2 jadi C student dlm hidup……jgn compare diri anda dgn A student its unfair for yourself tapi compare diri anda yg dahulu dgn yg skrg , ada kemajuan x? apa yg aku buat selama ni? apa yg aku nak? tanya itu kpd diri sendiri dan selepas dapat jawapan bermulalah dgn hina pun xpa jgn peduli sekeliling, mereka punya mulut mereka punya pasal, yg penting KITA dan PERCAYA APA YG ANDA BUAT DAN USAHA BETUL2 SAMPAI BERJAYA ATAU MATI DALAM MENCUBA. JGN TAKUT ! kisah: ada seorang perempuan nama dia puan nor, dulu dia org susah skrg dia jutawan melalui francais, dia belajar setakat darjah 6……pikirkan. by the way saya rasa sesak nafas kalau nk berhujah dgn orang di mana bagi saya buang masa ja jadi kalau nk komen atau nk hentam suka you all….bye

  • Iffah Jun 16, 2013

    Assalam…

    Pertama kali membaca artikel hebat ni, memang tersentap. Makan dalam…..perasaan bercampur baur, memori 8 tahun kembali ..betapa hebatnya penangan

    Start dari form 4, mdapat no 1 dalam kelas, best student spm peringkat sekolah,, beberapa kali dpt dean’s award di mmu , org kata pandai belajar. Pdhal saya bkn budak gifted genius. Tapi mungkin usaha 5x ganda dari bdk2 SBP(sbb kwn baik time tu budak sri putri yg belajar main2 tapi keputusan hebat). Loan mara saya dpt convert to scholar .

    Bknla pandai sgt..tapi mmg target A sahaja pendek kata. dan pernah berbangga dengan transcript degree dulu.

    Penah jd PTD 3 thn. Mmg excellent. Bos kata hebat sbb fikir out of box. Kerja pantas,berani. Dalam meeting dgn org besar pn tak takut dan berani bersuara bagi pihak kementerian dan jabatan. Dgn kata2 itu, beranikan diri dalam sales. istikharah dan Berhenti kerja pada level senior ptd.

    Jadi unit trust consultant, ejen insurans, MLM, bukak sport center bolasepak utk kanak2, meniaga online, even business sendiri dalam event management hanya bertahan 1 tahun. Pastu hancur! Orang kata never giveup wpn kdg2 mmg giveup sungguh. Tp berserah pd Allah Taala sahaja. Bab2 planning memang hebat. Tapi setakat atas kertas sahajalah..sebab dah terdedah dengan byk assignment masa study di U dulu…tapi memang laku la bila dlm government 🙂

    Sebab atas kertas dengan praktikal sgt2 berbeza. Tekanan sgt hebat bila time nak execute.

    Saya juga pernah melihat kwn2 yg hebat educationnya, nampak bergaya bila bercakap ttg strategy (kerana bekerja di mnc),, org kata bakal ceo (sentap juga kerana ada disebut dlm artikel nih) walaupun umur baru 30an; tapi bila berniaga hancur. Dan mereka yg hebat di alam pekerjaan makan gaji, tidak berani keluar dari comfort zone.

    Bapa saya pula, mce pn tak lepas, tetapi kami pernah merasai kekayaan hasil usaha beliau menjadi ahli perniagaan dalam bidang supply engine parts kapal, menjadi vendor petronas dan bertahan 10tahun sehinggalah partner yg lebih ‘pandai’ darinya mengambil duit company sbb bapa saya terlalu lurus dan percaya kepada partner yg juga bekas supretendant kapal.dan kini perniagaannya telah gagal dan hanya duduk di rumah menikmati pencen (nasib baik juga bekas kerajaan) kerana semasa berharta tiada pengetahuan kewangan untuk membuat pelaburan. Kebanyakan duit dihabiskan utk belanja dan hanya membeli rumah teres yg mana telahpun dijual kini utk pergi menunaikan haji….

    Rumusannya, dalam hati mengiyakan kebenaran artikel ini dan dalan masa yang sama, saya juga telah mencuba keluar dari confort zone..cuma masih belum rezeki lagi utk mencapai impian (yang saya belajar lepas berhenti keje government). Cuma, jika pelajar A ingin menceburi kena ada ilmu berniaga (dr mentor yg berniaga juga) dan pelajar bkn A yg hebat memulakan perniagaan, kena belajar juga ilmu pelaburan dan kewangan agar retire young and rich…

    Sedikit sebanyak pengalaman sendiri yg nk dikongsi sesuai dgn artikel ini…fuhh

    Wasalam

    • mohamad Sep 20, 2013

      Biar betul ni..kije ptd berhenti kerana nak bisnes? Memang sentap hati mak nak… memang kije gile..ape pun jgn pernah berhenti berusaha.. dulu saya pernah di perlekeh org seorg Jusa sebab saya nak masuk minang anak dia.. maklumlah ptd.sampai di kata mampu ke bisnes ni survive? Jangan ambil nanti hantar balik anak dia.. hihi.. tp rezki ni Allah yg bagi..saya berdoa n terus berdoa. Usaha pun kene gak la ye..doa je xcukup.. Alhamdullillah saya sekarang dah bergelar J jugak.hihi.. semuanya kerna Allah yg bagi.. sebab tu kawan2 org islam meniaga kena betulkan niat..dan jgn hina kerja org lain..serta ringankan tgn bersedekah.. InshaAllah akan berjaya.. ingat ye Allah tidak akan ubah nasib satu kaum sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri.. dan satu lg ayat… Allah itu sebaik2 permberi rezki.. InshaAllah rakan2..tq pak di. Salam

  • Iffah Sep 21, 2013

    Satu sharing yang mnarik…terima kasih atas nasihat yang amat bguna utk saya….segala yg tjadi adalah takdir dan saya masih lg bertahan…tq

  • m.mahyidin Oct 6, 2013

    Bersetuju dgn artikel ini..
    Student gred C yg selalu melanggar law sekolah and universiti sebenarnya lebih berani dan lebih kreatif. Pemikiran yg kreatif tidak memerlukan kamu menjadi top A student. Mereka hanya berfikir di luar kebiasaan utk mencapai matlamat.
    Student A yg kreatif mungkin akan lebih berjaya tapi bilangan mereka tidak ramai. Mereka masih terikat dgn skema pembelajaran mereka. Kebanyakkan mereka mengunakan sepenuhnya otak kiri dan mengabaikan otak kanan. Secara azali dan juga kebiasaan.

    Kamu tak akan dpt mengali lubang yg lebih byk di tempat lain jika kamu masih lg mengali lubang yg pertama itu lebih dalam. – edward de bono.
    Lubang yg dimaksud itu adalah idea yg kreatif.

  • kaykillua Feb 9, 2014

    article ni memang terbaik. setiap orang ada kelebihan tersendiri. jangan ukur pada satu tempat sahaja.

  • soleh Feb 9, 2014

    Assalamualaikum. Rezeki masing-masing !

  • farid laham Feb 9, 2014

    terbaik perkongsian thanks bro 🙂

  • Aisyah Feb 9, 2014

    Saya bersetuju dengan artikel ini, tuan.

    Isu ini juga berkaitan dengan DNA atau bakat bisnes. Orang yang mempunyai DNA bisnes memang lebih mudah berjaya dalam bisnes. Mudah disini bukan bermaksud tidak pernah gagal.

    Mungkin ada yang tidak bersetuju bahawa ada orang yang digalakkan berbisnes, ada yang tidak digalakkan. Tapi tidak salah mencuba. Peluang bisnes terbuka untuk sesiapa sahaja.

    Tapi boleh kita ambil contoh seperti penyanyi yang memang berbakat dan yang tidak berbakat tetapi dia belajar vokal. Keduanya boleh berjaya, tapi jalan dan tempohnya berbeza.

  • Zai Feb 9, 2014

    Menjadi ‘A’ student memang favorite siapa-siapa sahaja. Orang ‘A’ tergolong dalam kategori ‘genius’. Jika orang-orang ‘A’ ini terlibat dalam dunia perniagaan, mereka harus juga berpasukan bersama orang-orang ‘B’, ‘C’, ‘D’ dan sebagainya. masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

    >> Zai Abdullah

  • nik aziz Feb 10, 2014

    Assalamualaikum,

    Terima kasih Pak di, pandangan yang membawa ramai orang untuk berkongsi pendapat masing2.

  • vin Feb 10, 2014

    lol a hillarious piece..

    I was always a top scorer in my high school, district n deans list awardee in one of the top 25 universities in the world

    I workd in a reputable oil n gas company with good pay n I quit my job in a year whn I was got yhe promotion n started my own business from scratch..

    its doin well..
    the writer first.. need to thnk out of the box abt top scorers..

  • mohd amiruddinz Feb 10, 2014

    Saya rasa, tajuk yang sesuai pakdi tulis adalah “tajuk: ‘Penghafal Buku Teks’ Sila Lupakan Impian Memulakan Bisnes Sendiri”. Sebab ‘A Student’ tu adalah result, tapi ‘Menghafal Buku Teks’ plak adalah methodology. Jadi, org yg pakai method menghafal biasanya yg mudah gagal. huhu

  • Suriani Feb 10, 2014

    thanks for the advice but i’m aware of that and already start to climb.. haha.. not every body who is genius at school but stupid at their career..after all we have our right to choose. so choose wisely. cheers..

  • mus Feb 10, 2014

    rumusan dari pemahaman aku, artikel ni adalah cabaran dan galakan kepada sesiapa shj terutamanya student supaya berani menceburi bisnes dan bsedia keluar dr ruang selesa, bukan btujuan memperlekehkan A student. Ape yang susah sgt nk paham ni? Heh

  • eddie jamalullail Feb 11, 2014

    saya pernah jadi straight A student masa sekolah and saya pernah jadi straight C student masa university. maka saya lah yang paling hebat. hah amik. puas hati aku. okeh sekarang nak bukak business.

  • asyrafdfahmi Feb 12, 2014

    Penulis ni pun kopi pes Robert Kiyosaki punya buku je. Cakap macam hebat sangat , student A kopipes..

  • Shavin Feb 16, 2014

    Mungkin penulis ni berniat baik, tapi analogi yang digunakan adalah tidak betul dan sangat menggelikan hati. Maaf saya tidak mengenali penulis jadi saya beranggapan bahawa mungkin penulis bukan tergolong dalam pelajar “A” yang dimaksudkannya tapi janganlah anda iri hati jika mereka memperoleh straight A sehingga anda memandang rendah keupayaan mereka. Tajuk anda sahaja terang-terang menunjukkan anda skeptical terhadap mereka. Fikir dulu sebelum tulis dik ye 🙂

  • Neal Izham Feb 28, 2014

    Assalamualaikum Pakdi

    walaupun kita tidak pernah berjumpa, lagikan bercakap.

    tetapi saya faham dengan intipati blogpost ini.

    Apa ‘gist’ yang diketengahkan.

    Saya masih student, degree in Civil Engineering UM.

    Saya masih juga dalam dilemma, dan kebetulan pula, ada rakan yang berkongsi blogpost ini di wall Facebook beliau.

    Jadi saya baca dari perspektif sebagai seorang student, dan juga sebagai entreprenuer.

    Saya jelas dengan message yang ingin disampaikan, dalam bahasa mudah.

    No point untuk saya agree atau disagree, sebab saya jelas dengan ‘intention’ saya ketika membaca blogpost ini. Bukan untuk mencari “point” untuk bahas, tetapi mencari inspirasi untuk orang macam saya berjaya dalam hidup dan business.

    Terima kasih atas perkongsian ini. I know you’re the kind of person who “walk the talk”, and please keep sharing & writing in different perspectives.

    Saya dari UPSR PMR ke SPM straight A’s.

    Matriks above 3.5

    sampai masuk ke alam Universiti, saya boleh baca keupayaan diri. dimana kekuatan dimana kelemahan yang perlu dipertingkatkan.

    Mula business networking semasa 2nd year. (Ya, of course bermacam dugaan, cabaran dan kritikan)

    kini hingga tahun ke lima, Alhamdulillah telah saya bina syarikat consultancy sdn bhd di Kota Damansara.

    In fact, saya juga memberi talk dan training ke mahasiwa/i Universiti Malaya untuk mulakan their own small online business, even saya masih bertaraf undergraduate.

    The key yang saya boleh relate dengan content Pakdi adalah 2 perkara ini :

    1. KEBERANIAN dan
    2. THINKING OUTSIDE THE BOX.

    Ramai rakan satu batch telah pun graduate dengan pointer yang tinggi-tinggi. They deserved it. Itu keputusan yang mereka pilih.

    A student mereka mempunyai keupayaan untuk menganalisa dengan ke’bijak’sanaan mereka, and the opposite is more on experience and intuation.

    Combining both, we have Mark Zuckerberg, Steve Job, Bill Gates etc.

    Mereka itu A student, dan mereka optimist dan opportunist.

    Mereka ‘berakit’ dengan ilmu di minda dan terima, belajar & adapt to the new surrounding.

    ====

    Berbanding dengan komentar-komentar diatas, saya dapat lihat point Pakdi adalah begini…

    A student are ‘better’ at Management, theoretically.

    Contoh : kalau anda lihat mahasiswa yang mengambil kursus Business & Administration.

    Ya mereka tahu susun atur organisasi, process, the flow of business. (so far saya tengok rakan-rakan saya di Universiti)

    Excellent! (sekiranya mereka A student la kan)

    … dan apa yang saya lihat, mereka (commentor) menilai student A sebagai student yang hebat akademik (sampai masuk U)…

    dan opposite is obviously the one yang ‘tidak masuk universiti’.

    saya rasa disitu kekeliruan yang muncul, “seakan-akan” Pakdi menyatakan student U sila lupakan impian untuk mulakan bisnes sendiri.

    tapi sekiranya dibaca dengan niat yang jelas, Insya-Allah you’ll get his point on his own blog.

    kita yang membaca ibarat tetamu, nak bahas, kena ada caranya. =)

    Terima kasih kerana membaca!

    sekian.

    Neal Izham

  • akmal Mar 10, 2015

    Apa pula pandangan bagi pelajar yg ingin dropout.

    Yang jenis excellent. A student tapi tak pernah ikut rules.
    Dan tak selesa bila sistem rules itu menyusahkan. Dan dropout walaupun bijak.

  • Nur Fadhli Jul 6, 2015

    Tak perlu cari kesalahan artikel ini. Terpulang pada diri sendiri yang membacanya, mahu lihat dari sudut atau sisi yang pelbagai dan bagaimana. IMHO, artikel ini bagus menjadi penggerak untuk kita semua berfikir dan menilai diri sendiri. Kalau A student tetap mahu buat bisnes, silakan. Objektif A student mungkin berbeza daripada B, C dan D student. Bahkan cara berniaga, tempoh masa dan hasil juga berbeza. Saya A student, mahu berniaga tapi takut kerana sudah selesa dengan pencapaian makan gaji. Mungkin akan berniaga satu hari nanti jika terpaksa.

  • MAIQBA MEusoff Jul 21, 2015

    In General.. Saya atas pagar..

    Jujur saya cakap.. Ramai yang komen di sini masih berfikir di dalam kotak… Thats why they are not spiritually and emotionally trained..

    So when it comes to common sense.. It becomes uncommon…

    The truth is.. Ramai graduan yg A student… Dah dapat kerja yang baik.. Gaji tinggi… Hanya 3 bulan dari muflis… Kalau tiba-tiba berhenti kerja untuk bisnes sendiri… In 2 months kalau tak ada income… Dapatlah title muflis… – common sense.. Rumah nk bayar.. Kereta nak bayar… Sara hidup.. Etc.. Etc..

    Saya boleh cakap.. Its uncommon… Ada cara lain selain start bisnes sendiri untuk A Student..

  • Sarah Aug 25, 2016

    Salam tuan, baiklah saya akan mengajukan beberapa soalan,
    1. Adakah tuan pasti 2500 pelajar yang tuan jumpa memang memberi feedback/ berminat dgn perniagaan semasa mengikuti program tuan, atau hanya memenuhi pillars mereka?
    2. Tahu kah tuan apa bezanya graduate and non graduate? Degree mengajar untuk berfikiran lebih kepada analisis, dengan meletakkan target income, dari zero to hero bukan bermaksud tin kosong, tetapi keputusan perniagaan yg dibuat perlu dianalisis berapa yang sepatutnya diperoleh dengan keluaran modal brp byk (target).
    3.apa yang tuan analisis adalah perkara berbeza menjadikan CEO dan siswi sebagai bahan ujikaji resultnya melihat kepada si zero, melihat kepada ceo skrg, compny yg mereka msk wktu dulu x ramai pun org dan persaingan, x semudah itu nak jadi ceo.melihat kpd siswi skrg adalah melihat kepada mereka yg bertatih..
    4.cuba tuan eksperimenkan 2 keadaan ini analisis dan bandingkan pendapatan graduate yang berniaga di bwh umur 30 dan pendapatan graduate makan gaji dibawah 30 (ini ada lah constant variable), jenis perniagaan (manipulated variable), pendapatan bersih bulanan (responding variable),dari sini tuan boleh tahu dan buat conclusion, bukan berterabur buat statement.
    5. Kalau nak kaya kena meniaga.
    Thank you.

  • mohamad Aug 25, 2016

    Belajar universiti sekarang ni belum tentu kerja A…belajar unversiti sebab nak hilangkan kebodohan. Sekarang zaman kita cipta peluang.bukan lagi mengharap kerja gov ke swasta. Berani wujudkan peluang. Untuk terus maju dan berdaya saing. Nak kaya memang bisnes. Tapi bisnes jangan bisnes melayu ya.sebab melayu kebanyakan bisnes putar alam.biar bisnes cara islam.peace

Leave a Comment