Khazanah Research; Rakyat Malaysia Banyak Berhutang Beli Barangan Pengguna

det

Pada tahun 1995, pendapatan isi rumah (median) di Malaysia adalah RM 1,377.

2012, pendapatan isi rumah di Malaysia adalah RM 3,626. Kenaikan 5.9% setahun.

Pada masa yang sama:

  • 23% isi rumah memperoleh kurang dari RM 2,000
  • 55% isi rumah memperoleh kurang dari RM 4,000
  • 74% isi rumah memperoleh kurang dari RM 6,000

Gaji median secara individu pula adalah RM 1,700.

Pada masa yang sama, kita rakyat Malaysia mempunyai hutang isi rumah yang tinggi.

Kerana kita memiliki peratusan hutang isi rumah yang tinggi, membeli barangan pengguna berikut:

  • Pemilikan televisyen – 98%
  • Pemilikan peti sejuk – 96%
  • Telefon bimbit – 95%
  • Mesin basuh – 91%
  • Kereta – 78%
  • Motorsikal – 66%

Dan ramai membeli secara BERHUTANG melalui skim-skim ansuran mudah yang ada di pasaran.

Ini seterusnya membawa kepada gejala berhutang lebih dari kemampuan, dan ada yang berhutang sehingga 7x pendapatan tahunan.

Sumber: Khazanah Research Institute 2014

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.