9 Step Mudah Untuk Graduan Muda Bijak Mengurus Wang

Panduan ini khusus untuk graduan muda. Kalian baru memasuki fasa 7 tahun pertama. Ini adalah masa yang kritikal untuk kalian urus duit gaji. Jadi, selama 7 tahun pertama ini,  9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup kalian.

1. Daftar Haji Secepat Mungkin

Buka akaun Tabung Haji.

Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun Tabung Haji dan terus buat pendaftaran haji. Walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

Kemudian sasaran kedua adalah mempunyai simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.

2. Jangan Beli Kereta Baru

Graduan yang bijak tidak terus beli kereta.

Setiap tahun harga kereta pasti turun (depreciation). Graduan bijak kumpul harta yang sebenar dengan gaji pertama.

3. Cari Pasangan Yang Sekufu Ilmu Kewangan

Sangat penting.

Pastikan bakal pasangan hidup sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan. Rendahkan ego dan belajar bersama.

Bila sudi naik kereta buruk sama-sama walaupun sebenarnya mampu beli kereta baru sudah tentu tiada masalah nak buat kenduri perkahwinan tanpa perlu berhutang.

4. Majlis Perkahwinan Jangan Sampai Berhutang

Betul, nikah dapat mengelakkan zina.

Tetap perkahwinan bukan sekadar untuk kepuasan seksual.

Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) sebenarnya sudah berpesan tentang perkara ini. Memang baginda menggalakkan orang muda berkahwin, namun ADA tapinya… baca nota ini betul-betul.

5. Mula Berniaga Secara part-time.

Mula berniaga.

Secara kecil-kecilan.

Tawarkan barang fizikal atau perkhidmatan. Bukan masuk multilevel marketing (MLM). Memulakan perniagaan bukan bermaksud kena jadi jurujual.

6. Buat Tabung Pelaburan

Bersegera untuk simpan duit untuk melabur.

Tetapi jangan terus melabur kesemuanya. Gunakan sebahagian dulu duit tabungan tadi untuk memulakan pelaburan secara kecil-kecilan. Mulakan sekarang juga.

7. Buka Pintu Rezeki

Dengan mula membayar hutang dan membuat amal kebajikan.

Buat bajet siap-siap untuk:

  • Bayar hutang pelajaran seperti PTPTN
  • Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
  • Pergi haji pada usia muda

Biasakan diri untuk memberi dan bukannya meminta-minta.

Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.

8. Buat Tabung Memandaikan Diri Sendiri

Sediakan bajet yuran kepandaian pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar.

Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti. Ini kerana, sama seperti ilmu keibubapan, ilmu menguruskan duit tidak di ajar di sekolah dan universiti.

9. Buat-Buat Miskin

Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal.

Fokus kepada matlamat yang mahu dicapai.

Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?

Masuk sahaja fasa ke-2, iaitu 7 tahun kedua, tuan pasti tersenyum lebar…

About the author: Suzardi Maulan, IFP merupakan seorang Licensed Financial Planner. Hubungi beliau di www.suzardimaulan.com