Apa Itu Pasaran FCPO dan Saham ? Alternatif Untuk Forex Trading

cp

“Pakdi, apa beza FCPO dengan saham, dua-dua boleh buat duit kan?”

Saham dengan crude palm oil futures (FCPO) adalah dua bidang, dua produk kewangan yang berbeza.

Walaupun keduanya, saham dan FCPO dapat kita jual beli melalui Bursa Malaysia, tetapi ia ibarat langit dan bumi.

Ini penerangan yang ringkas.

1. Apa itu …

Saham ?

Pemilikan dalam sesebuah syarikat.

FCPO ?

Pasaran hadapan (futures) minyak kelapa sawit mentah (crude palm oil). Produk derivatif komoditi di Bursa Malaysia.

2. Jenis Pasaran

Kenapa dinamakan pasaran hadapan ?

Er.. derivatif ?

Saham

Saham adalah cash market.

Pasaran hadapan saham di Bursa Malaysia dikenali sebagai Single Stock Futures (SSF). Jadi SSF ini derivatif bagi saham.

FCPO

Mesti ada pasaran sawit mentah yang fizikal.

Sebab FCPO adalah derivatif bagi CPO.

Pasaran hadapan adalah pasaran hutang. Sebab kita tidak beli minyak sawit mentah itu secara tunai. Kalau beli tunai, sama macam kita beli minyak masak dekat pasar raya. Setiap kali beli FCPO mana ada lori datang hantar minyak di rumah melainkan …

3. Jenis Akaun di Bursa Malaysia

Kedua-duanya perlu buka akaun, tetapi 2 akaun yang berbeza iaitu:

Saham

Kita perlu ada akaun CDS & akaun trading dengan mana-mana syarikat sekuriti / broker saham untuk mula terlibat dalam pelaburan saham.

FCPO

Kita kena buka margin account yang berbeza dengan akaun jual beli saham, melalui syarikat futures broker yang sah.

4. Modal

Melabur perlu ada modal.

Saham

Saham berharga RM 0.71, kita perlu beli paling kurang 100 unit.

RM 0.71 x 100 = RM 71 sebelum campur kos brokerage, stamp duty, clearing fees & GST.

FCPO

Modal bermula adalah bergantung kepada margin yang ditetapkan.

Misalnya, daily margin RM 5,000, maka sekurang-kurangnya RM 5,500 (buffer RM 500) diperlukan untuk beli 1 kontrak. Jadi, jika mahu beli 2 kontrak, perlu  ada RM 11,000. Kos brokerage dan lainnya juga ada.

5. Margin

Sekuriti deposit.

Saham

Tiada keperluan.

FCPO

Perlu kekalkan duit dalam akaun paling sedikit, mengikut jumlah (maintenance margin) yang ditetapkan. Jika kita rugi dan modal jatuh di bawah keperluan margin, maka akan kena margin call.

6. Leverage

Ini yang orang kata FCPO boleh untung cepat dari saham.

Untung sahajakah yang cepat tu, rugi lambat ? Cuba tanya balik.

Saham

Tiada leverage. 1 lot saham bermaksud kita memiliki 100 unit saham. Pada T+4 kita dah buat full settlement.

FCPO

1 kontrak bersamaan 25 tan metrik saham. Sebab itu turun naik 1 tick, untung ruginya adalah RM 25.

Andaikan satu 1 tan metrik berharga RM 2,500. Untuk membeli 25 tan metrik, maka perlu bayar RM 62,500. Tapi dengan pasaran hadapan cuma perlu memenuhi margin sebanyak RM 5,000 sahaja. Yang mana full settlement RM 62,500 itu perlu dibuat pada T+90 misalnya.

Sebab itu pasaran hadapan adalah sejenis pasaran hutang / pasaran bertangguh.

7. Untung

Money talks.

Saham

Boleh dapat speculative gain dan juga dividen gain. Serta dari aktiviti korporat tertentu.

FCPO

Speculative gain sahaja.

FCPO ada 2 ways market, boleh buat untung masa pasaran naik dan menurun. Long. Short.

8. Spread

Teknik arbitrage.

Saham

Tiada.

FCPO

Boleh dilakukan. Keperluan margin pun adalah lebih rendah.

9. Status Patuh Shariah

Mencari yang halal itu adalah kewajipan.

Saham

Sila rujuk: Bagaimana Suruhanjaya Sekuriti Menentukan Sesuatu Saham Itu Patuh Shariah ?

FCPO:

Sila rujuk: Hukum Melabur dalam Pasaran Hadapan CPO & FKLI
.

Sekiranya tuan mahukan alternatif pelaburan forex di internet yang Shariah compliant, maka FCPO barangkali sesuai untuk tuan. Kemahiran trade dalam forex, dapat digunakan untuk trade FCPO.

Nota Lanjut: Apa Itu Pasaran Hadapan CPO ?

About the author: Suzardi Maulan; Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info pelaburan saham

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.