Setiap penyakit ada simptom tertentu. Penyakit berkaitan wang pun ada simptom sendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan.
1. Menambah bilangan kad kredit
Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank.
2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja
Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah akibat adanya elemen riba hutang dalam kad kredit riba dan kaedah untung dari jual beli dalam kad kredit perbankan Islan.
3. Usik akaun simpanan
Tabung memang ada. Mula-mula memang rajin simpan. Masa bujang dulu, komitmen masih kecil. Tetapi bila sudah beli kereta, beli kamera dengan kad kredit, beli laptop dengan kad kredit, belanja kahwin secara berhutang, maka simpan bila ada lebih sahaja. Bila perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan, maka mula lah usik akaun simpanan untuk bayar itu dan ini.
4. Bergilir bayar bil bulanan
Bil api, air, ASTRO, telefon, internet. Eh, tapi bila lambat bayar sebulan dua bukan kena potong terus pun. Jadi, boleh la bayar bil bergilir-gilir.
5. Tidak boleh tidur malam
Hutang jika tidak diuruskan dengan betul, boleh menyebabkan hidup kita tidak tenang. Barangkali kerja pun mula tidak fokus dan tidur pun jadi tidak lena kerana banyak memikirkan hutang dan masalah kewangan lainnya.
6. Bergaduh dengan pasangan
Kes-kes penceraian ada banyak berkaitan dengan isu harta. Nauzubillah. Jadi, bila ada masalah kewangan, hutang, maka kita perlu bawa berbincang dengan suami / isteri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Rancang wang dengan pasangan. Bukan simpan masalah wang sampailah satu masa, kita bergaduh.
7. Mencari “easy” loan
Kad kredit sudah jadi koleksi dalam dompet. Pembiayaan peribadi juga sudah buat overlapping. Tetapi masalah wang masih tidak selesai. Kita pun mencari-cari peluang skim pinjaman dan pembiayaan mudah yang tidak perlu tengok CCRIS, CTOS, blacklist dan sebagainya. Silap haribulan, meminjam dengan along.
Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:
Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:


{ 12 comments… read them below or add one }
Nak tambah Pakdi..
8..Makin menjauhi diri dari rakan taulan/saudara mara,
…malah berahsia lokasi dengan sanak saudara..deringan telefon dianggap gangguan, bukan peluang.
Alhamdulillah..takde semua tu hehe.
Thanks
Pakdi… satu persoalan sahaja. Kenapa diletakkan quote ini:
“Maka, cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank.”
Agakkan saya, ianya ialah CIMB? Kenapa CIMB? Yg ni saya keliru sedikit. Minta bantuan lampu suruh untuk terangkan malam yang gelap…..
9. Paling ketara apabila kena “ikat perut” setiap kali nak makan malam atau makan tengahhari sewaktu dipejabat… hehehe… (Namun pada acik, kalau dah alang² tue terus jelah berpuasa sunat… dapat gak pahala, insyaAllah)…
Kadang2, ada yang tak ikat perut, tapi makan makanan yang kurang berkhasiat seperti instant mee utk control budget bulanan/harian. Alangkah bagusnya kalau disalurkan kepada membeli makanan yg sihat seperti oat.
alhamdulillah..belum ada lagi list2 atas tuh kat aku..
huhu, alhamdulillah.. sama la.. belum ada dalam list yang disebutkan kat atas tu.. nampaknya ramai pembaca blog Pakdi ni adalah bijak menggunakan wang
Terima kasih kepada yang kongsi petanda lain tu.
@zam4ever, tidak ada apa yang gelap. Cumanya untuk memudahkan penulisan sahaja.
tapi kalau nak apply sume tu pun x lepas..mmg btol2 pokai..huhu
dan lebih takut lagi banyak hutang boleh membawa kepada kekufuran i.e. beli saham kat kaunter non-shariah di bursa mahupun di luar bursa (toto la tu)..
Apa nasihat pakdi? Kata mana nak mulakan dulu untuk sembuh dari penyakit di atas?
Jawapan berbeza bagi setiap individu.
Secara umumnya:
1. Terus baca blog ni.
2. Baca buku Rancang Wang Dari Sekarang.
3. Hadir bengkel Rancang Wang Dari Sekarang.