7 Tanda Anda Sebenarnya Berjudi dalam Pelaburan

Ramai dari kita fikir yang kita sudah melabur hanya dengan membeli saham ABC Berhad. Barangkali kerana beli dua tiga buah rumah.  Mungkin juga telah beli 10 gram emas. Malah, sebab baru beli 10000 unit saham amanah. Tetapi adakah sebenarnya kita melabur atau “berjudi” ? Berikut adalah 7 tanda yang menunjukkan kita tidak melabur tetapi “berjudi”.

(Oh, ini berkaitan ‘judi’ dalam pelaburan dan ‘judi’ dari sudut Islam boleh baca artikel saya di sini)

1. Buat keputusan 100% dengan “fakta” dari ejen (jurujual)

Ejen menjual dengan sales pitch. Sales pitch adalah kombinasi auta dan fakta. Noktah.

2. Beli dengan harapan harga akan naik dan naik

Kita tak seharusnya beli sesuatu dengan hanya mengharapkan harga akan naik. Seperti membeli apartment berharga RM 100,000 dan mengharapkan harga akan naik menjadi RM 130,000 setahun lagi.

3. Sekiranya bukan berharap harga akan naik, anda tidak akan beli

Bukan sahaja tidak mahu beli, pegang dan simpan untuk 10 minit pun tidak ingin. Buat apa beli barang yang tidak dikehendaki, tetapi emosi yang telah menguasai diri itulah yang mahukan keuntungan menyebabkan anda beli juga.

4. Dapat tips dari kawan

Barangkali ada kawan yang bercerita tentang untung yang dapat seminggu lepas. Anda tidak mahu ketinggalan bas.

5. Tips dari media

Berhati-hati membaca laporan berita televisyen, radio, majalah, suratkhabar fizikal mahu pun elektronik. Catatan-catatan blog juga tidak terkecuali. Anda tidak ada gambaran keseluruhan.

Lihat sahaja siapa pengiklan.

6. Ikut cakap “bomoh” moden

Bisnes dan pelaburan adalah common sense. Prinsip asas dalam bisnes adalah beli barang harga rendah dan jual barang harga tinggi, justeru boleh buat banyak untung. Kita pula perlu melabur dalam syarikat yang buat bisnes yang ikut prinsip tersebut.

Kenapa mahu tahu “rahsia” tertentu seperti sekiraya lahir bulan ini, hebat di mana. Sekiranya pakai baju warna ini, akan jadi superhero. Simpan ibu duit lah. Teknik tapak tangan pun ada. Bukan kah ini semua menilik nasib ?

Kalau dah tak pandai menjual dan tidak beri apa yang orang mahu, sampai bila pun tidak jadi kaya.

7. Anda tidak boleh cerita dalam bahasa yang mudah

A untuk ayam. B untuk bola. C untuk commodity murabahah.

Anda sepatutnya terlibat dalam perkara yang anda faham sahaja. Dan sekiranya anda tidak boleh beritahu mengenai pelaburan anda dalam bahasa yang mudah, anda sebenarnya hidup dalam alam misteri.

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 16 comments… read them below or add one }

Amin007.Ledang July 5, 2010 at 2:18 am

kalau melabur macam tu sudah dianggap judi payah tu
jadi untuk apa kita melabur???

Reply

Kujie July 5, 2010 at 10:58 am

ada fakta di sini yg saya nak guna utk sokongan dlm perbincangan dgn suami…terimakasih.

kami sedang berbincang dan akan membuat satu keputusan mengenai soal jual beli.

Reply

x-po July 5, 2010 at 11:03 am

blm ada lg pengalaman dlm pelaburan :)

Reply

Wida July 5, 2010 at 1:15 pm

Amin.. maknanya kita kena amik tau la tentang pelaburan kita..supaya tak jatuh dalam kategori berjudi..

Wida
EmasdanTanah.com

Reply

Megat July 5, 2010 at 1:59 pm

Satu lagi kategori berjudi (pada pandangan saya) ialah melaburkan kesemua duit, harta benda yang ada untuk sesuatu pelaburan. Kenalah ada back-up sikit brader! Itu yang bawa basikal pegi isi minyak kat petrol station ….

Reply

treec00l July 5, 2010 at 2:03 pm

sape yang takot dengan topik ni, tapi masih taktahu apa-apa, huh, yang tu memang kompom berjudi, judi nasib :D

Reply

Cho July 6, 2010 at 1:19 am

Salam, maaf mengganggu, saya orang yang tidak banyak ilmu dan berminat untuk belajar, jadi, saya ada sedikit pertanyaan. Berkaitan perkara nombor 2 itu, kalau saya tahu bahawa harga aset itu akan meningkat, adakah masih dikira judi?

Contoh situasi: Sebuah bandar semakin membesar, kawasan-kawasan satelit berdekatan juga akan semakin lama, semakin terkena tempias pembangunan. Daripada logik ini, kalau kita beli aset di kawasan satelit ini, harganya tentu makin lama makin naik berkadar terus dengan tumbesaran bandar itu sendiri. Adakah ini juga dikira sebagai ‘berharap’?

Reply

2bz4money July 6, 2010 at 8:43 pm

Belajar dari kesilapan lampau dan teknik mereka yg telah berjaya..ke arah 100% pelaburan syariah..kaunter syariah, UT syariah, Koop berlandaskan syariah, ASB yg ‘harus’..jgn lupa zakat/fitrah, buat CSR(sedekah) ikut kemampuan..

Reply

pakdi July 7, 2010 at 11:32 pm

@amin, seperti kata Wida kena faham pelaburan yang kita buat. Bukan ikut orang lain.

@cho, bagaiman boleh beri kepastian yang harga pasti meningkat ?

Reply

adzim July 9, 2010 at 7:59 pm

dengan ilmu barulah tidak dikira berjudi … tawakal selepas kita betul2 yakin yang kita telah buat yang terbaik, kalau tak buat yang terbaik bagaimana mahu tawakal alallah? Sangat menghina sekiranya mewakilkan Allah bagi perkara yang kita tidak buat betul2..

Reply

aman January 24, 2011 at 1:58 am

ya btol.. kita kena tahu apa yg kita buat.. bukan main ikut ja.. even dalam solat pn kita kena tahu kenapa buat itu buat ini.. bukan sebab kita tgk semua owg buat itu ini, kita pn buat jugak.. kena ada ilmu skit..

sesetengah org suka amek mudah.. tgk tanda halal sudah la.. asal ada tanda halal kita pn menghalalkan.. padahal kita tak sure pn lagi.. apa salah kalau kita usaha skit utk belek2 persekitaran tu dulu utk kepastian.. memang la org yg berniaga tu akan letak tanda halal even dia tak layak dapat.. tu kan strategi meniaga.. mcm org jual kereta wira la, dia mati2 akan cakap kereta wira yg dia jual lebih power dari lain2 kereta kat pasaran.. sebab apa? sbb tu periuk nasi dia.. huhu..

“berfikir sejenak sebelum bertindak”

Reply

Syarafuddin December 4, 2011 at 2:43 am

Assalamualaikum.

Pakdi, rasanya perlu dibezakan dengan jelas maksud Pakdi perihal judi. Antara judi yang disebut dalam fikah dan ‘judi’ dalam kehidupan. Bimbang timbul salah faham sehingga yang halal dilihat haram.

Saya bimbang pembaca mendasarkan perbincangan judi (al-maisir) kepada logik akal semata-mata, sedangkan hukum mempunyai pertimbangan wahyu.

Saya petik kata Ibnu Utsaimin seperti dalam Maktabah Syamilah, “Oleh sebab engkau dihadapkan pada pilihan antara untung ataupun tidak rugi, maka tidak ada taruhan (qimar) dalamnya.”

Al-Majma’ al-Fikih al-Islami juga mengatakan, “Setiap peserta dihadapkan dengan dua pilihan: Untung dengan mendapatkan hadiah ataupun rugi kerana kehilangan wang yang diserahkan. Inilah tolak ukur taruhan yang haram.”

Wallahu a’lam. Moga saya tidak tersalah tingkah.

Reply

Pakdi December 4, 2011 at 8:34 am

Terima kasih Din. Sudah buat update dan beri link yang berkaitan.

Terima kasih sekali lagi.

Reply

Syarafuddin December 5, 2011 at 1:06 am

Terima kasih kembali kerana mengambil kira sudut pandang saya.

Reply

lombong emas December 7, 2011 at 12:45 am

Bagi saya setiap pelaburan di wajibkan mempunyai matlamat yang jelas di masa depan.Bukan pelaburan yg hanya ikut-ikut kawan.jika kita ada matlamat yang jelas,barulah setiap pelaburan kita tidak tergolong dlm ‘judi’.Semua sedia maklum setiap pelaburan ada untung dan ruginya..disitulah pentingnya matlamat kita td..Bia apa pn terjadi yg penting matlamat kita tercapai,tp biarlah pelaburan yg betul..bkn skim cpt kaya..saya telah membuat pelaburan dgn emas selama hmpir setahun..matlamat sya 10 thn akan dtg,insyaallah,jika diizin Allah akan tercapai matlamat saya tersebut,,,amin.

Reply

Iyas January 11, 2012 at 9:49 am

Ramai yang keliru point no. 2 pakdi… jangan italic saja.. kena besarkan perkataan HANYA tu.. hehe…

semuanya bermula dengan harapan… jadi impian sebelum jadi kenyataan. tetapi dengan harapan sahaja tidak dapat menggerakkan apa-apa.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: