7 Senarai Semak Road Map Kewangan Anda

advi

Berikut ialah senarai semak.

Sebagai panduan kepada kalian semua dalam membuat pengurusan kewangan peribadi.

Roadmap ini adalah sebagai asas bagi individu yang serius untuk menguruskan kewangan mereka, sama ada seseorang individu itu ialah seorang pemilik perniagaan, profesional atau makan gaji.

Roadmap tersebut ialah:

1. Menyediakan Emergency Fund Secepat Mungkin

Pelayaran kita panjang.

Bahtera kehidupan kita perlu sentiasa ada kapal penyelamat.

Takut-takut ada kebocoran kecil yang kita tak sedar. Ketika kebocoran tersebut sudah semakin besar takut-takut tak sempat nak tampal. Ini adalah pelan kewangan yang paling asas sebelum masuk ke pelan-pelan yang lain.

Berapakah Jumlah Emergency Fund Yang Perlu Disediakan ?

2. Langsaikan Hutang Piutang

Baca ini untuk bermula:

Bayar Hutang Awal Untuk Buat Tabung Persaraan

Manakala ini pula sekiranya ada duit tunai yang banyak di tangan:

— Kalau Ada Duit Lebih; Bayar Hutang Atau Labur Duit Dulu ?

3. Membuat Perlindungan Pendapatan & Harta

Perkiraan seterusnya ialah tentang takaful.

Apa yang bakal terjadi sekiranya …

  • Sudah tidak mampu bekerja ?
  • Ditimpa penyakit kritikal ?
  • Dimasukkan ke dalam wad ?
  • Meninggal dunia ?

Seorang breadwinner perlu membuat anggaran perkiraan sebaiknya untuk menghadapi situasi seperti di atas.

Apakah Takaful Terbaik ?

4. Membuat Pelaburan

Perancangan berkaitan pelaburan ini boleh jadi untuk tujuan-tujuan berikut:

Apa-apa matlamat hidup yang mengambil masa yang lebih dari 5 tahun, maka kita boleh menggunakan instrumen pelaburan tertentu sebagai jalan untuk mencapainya.

Pelaburan yang dibuat mestilah mensasarkan paling kurang dapat lawan inflasi sehingga mampu mendapat lebih untung dari benchmark pelaburan. Jangan tersalah pilih buat pelaburan seperti menggunaan instrumen simpanan untuk melabur dan juga mendapatkan takaful / insurans bagi tujuan pelaburan.

Sekiranya tuan telah pun membuat pelaburan sebelum ini sudah sampai masanya untuk menyemak adakah pelaburan yang dibuat selama ini menguntungkan dan berbaloi:

— Benarkah Pelaburan Tuan Selama Ini Untung & Berbaloi ?

5. Menguruskan Cukai & Membayar Zakat

Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai kewajipan untuk membayar cukai.

Ada rebates & reliefs of tax yang boleh kita nikmati. Malah, kita juga boleh membuat tax planning dalam situasi-situasi yang tertentu. Pada 2016, ada isu melibatkan artis dan cukai iaitu Rozita Che Wan yang tidak dapat pergi ke luar negara kerana mempunyai tunggakan cukai dan juga Nora Danish yang bertanyakan tentang percukaian kos operasi sebagai seorang artis iaitu perbelanjaan barangan kecantikan.

Pada masa yang sama sebagai Muslim, kita ada kewajipan untuk membuat taksiran & pembayaran zakat harta.

— 4 Panduan Mudah Urus Zakat Harta

6. Membuat Pembahagian Harta

Harta sekiranya dibahagikan semasa hidup, maka terpulanglah kepada kita nak bahagi macam mana pun.

Tetapi apabila berlaku kematian harta tersebut mestilah dibahagikan mengikut undang-undang. Tidak boleh lagi dibahagikan sesuka hati.

Apakah undang-undang tersebut ? Selaku orang Islam, harta pusaka tertakluk kepada undang-undang berkaitan dengan hukum faraid.

Contohnya, apabila suami mati dan meninggalkan seorang isteri. Rumah yang dimiliki suami tadi tidak secara automatik menjadi milik isteri 100% walaupun rumah tadi atas geran nama bersama (joint name). Kalau mahu rumah tadi jadi isteri punya, maka kena lah diuruskan semasa hidup lagi.

Apa-apa harta yang kita ada baik dari perniagaan sampailah duit simpanan di bank dapat diwarisi dan kita adalah individu lebih tahu siapa yang lebih berhak mendapatnya. Maka pelajarilah hukum faraid supaya waris yang kita sayang ditinggalkan berada dalam keadaan yang terbaik.

— 6 Perkara Yang Dapat Berlaku Apabila Tidak Uruskan Pembahagian Harta Semasa Hidup

7. Perlaksanaan

Sekiranya ada …

  1. Ilmu perancangan kewangan
  2. Masa untuk melakukannya

Dapat buat roadmap pengurusan kewangan secara Do It Yourself (DIY).

Kemudian tuan dapat terus berhubung dengan mana-mana pihak yang boleh membantu tuan melaksanakan roadmap kewangan yang telah disiapkan seperti:

  • Unit trust consultant dapat menawarkan produk unit trust.
  • Ejen takaful dapat menawarkan produk takaful.
  • Remisier / dealer untuk pelaburan saham di Bursa Malaysia.
  • Tax advisor untuk tujuan tax planning
  • Real estate agent untuk pembelian hartanah
  • Fund manager untuk personalized investment portfolio
  • Banker untuk produk-produk berkaitan perbankan
  • Trustee untuk hal ehwal pemegang amanah harta
  • Peguam atau ejen-ejen perwarisan harta untuk tujuan estate planning.

Selalunya Ramai Orang Tidak Ada Masa

Disebabkan sibuk dengan kerjaya, maka tidak sempat nak melakukannya sendiri.

Maka saat itu tuan memerlukan khidmat seorang financial adviser / financial planner yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia / Suruhanjaya Sekuriti.

ifp

Financial Planner Bukan Ahli Silap Mata

Perancang kewangan adalah ibarat seorang arkitek.

Mereka mempunyai idea untuk membuat financial design kewangan berdasarkan pelan kewangan yang realistik. Seterusnya memastikan pihak penyedia khidmat kewangan yang lain membinanya berdasarkan pelan sedia ada.

Perancang kewangan bukan ahli silap mata, atau Aladdin yang mempunyai lampu ajaib yang mempunyai jin yang memakbulkan apa-apa permintaan sekelip mata, atau saudagar mimpi yang menjanjikan pulangan bulan dan bintang.

Perancang kewangan membantu seseorang individu itu mencapai sasaran kewangan berdasarkan cashflow, harta dan beban hutang sedia supanya kesemuanya diuruskan dengan lebih efektif seterusnya banyak masa, wang dan tenaga dapat dijimatkan.

Maka, seseorang individu dapat terus fokus kepada kerjaya sedia ada yang dapat terus menjana pendapatan aktif manakala perancang kewangan pula menguruskan kekayaan individu tadi dengan lebih berkesan.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner. Sekiranya tuan-puan mahukan konsultansi kewangan & pelaburan sila klik link ini: Konsultansi Kewangan

Comments on this entry are closed.