7 Sebab Harta Umat Islam Beku Sebanyak RM52 billion

harta pusaka

Tahun 2007; RM40 billion

Tahun 2012; RM52 billion

Peningkatan sebanyak RM12 billion atau 30% dalam masa 5 tahun!

Masalah pengurusan harta pusaka ini semakin membarah di dalam masyarakat umat Islam kita pada hari ini. Jumlah RM52 billion tersebut merupakan harta beku yang tidak dapat disalurkan kepada waris yang berhak menerimanya. Majoritinya merupakan harta tidak alih seperti tanah dan rumah. Manakala harta alih seperti wang simpanan lebih mudah diuruskan.

Beku.
Tidak digunakan.
Tidak dapat dimanfaatkan.

Berikut adalah 7 sebab kenapa harta umat Islam beku:

1. Waris tidak tahu proses tuntutan

Waris tidak tahu ke mana mereka perlu pergi untuk menuntut harta pusaka tersebut. Kita hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku.

2. Pengurusan harta pusaka melibatkan kos yang tinggi

Mengikut Akta Probate & Pentadibiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut. Kalau harta RM1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah RM50,000. Kos yang tinggi ini menyebabkan ramai waris berputus asa untuk meneruskan proses tuntutan harta pusaka ini. Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka tersebut seperti peguam dan syarikat trustee.

3. Tidak ada kesepakatan antara waris

Sekiranya waris bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Lebih parah sekiranya waris bergaduh sesama sendiri berebut harta yang ditinggalkan.

4. Waris tiada masa urus pusaka

Urusan tuntutan harta pusaka ini perlu dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi. Mereka yang bekerja di bahagian ini juga mempunyai waktu pejabat seperti orang lain. Maka, waris perlu uruskan semuanya ketika office hour. Agak susah sekiranya semua waris bekerja secara sepenuh masa dan susah untuk mendapat pelepasan atau cuti bagi menguruskan hal tersebut.

5. Waris tidak tahu hukum faraid

Ilmu faraid ini jarang disentuh dan dikupas secara mendalam samada di sekolah, universiti mahupun di pengajian di masjid-masjid. Ramai yang menganggap ilmu ini tidak penting. Apa yang ditakuti adalah apabila kita termakan hak orang lain secara batil. Haram dan berdosa.

6. Harta yang ditinggalkan kecil

Mungkin anak-anak si mati sudah mempunyai kerjaya sendiri dan berpangkat besar. Apalah yang nak disibukkan dengan sebidang tanah di kampung. Mungkin itu cetusan hati mereka menyebabkan waris membiarkan sahaja harta tersebut tidak dituntut. Walhal mereka perlu ingat, tanah sekangkang kera itulah yang membesarkan mereka adik beradik sehingga berjaya. Daripada terbiar begitu sahaja, baik tuntut terlebih dahulu. Jika tak mahu, jual sahaja dan hasil jualan tersebut wakafkan untuk membuat masjid dan sebagainya. Pahala wakaf tersebut akan terus mengalir kepada si mati sampai bila-bila.

7. Proses tuntuan harta pusaka memakan masa yang lama

Sebab utamanya adalah tidak ada kesepakatan antara waris atau waris yang berhak menerima sudah meninggal dunia terlebih dahulu. Maka, waris seterusnya adalah anak kepada penerima tersebut yang mungkin sudah ada kehidupan masing-masing di tempat lain. Hendak cari mereka semula itu yang susah dan memakan masa. Tidak ada kesepakatan juga menjadi isu utama. Bergaduh di mahkamah bertahun-bertahun berebutkan harta si mati.

Kesimpulannya, buat persiapan dari sekarang ketika masih hidup. Di dalam bidang pengurusan kewangan, bahagian ini dinamakan estate planning atau wealth distribution. Anda boleh gunakan hibah,wasiat atau faraid untuk uruskan harta anda apabila anda sudah tidak ada nanti.

Jangan biarkan waris kita tidak mendapat harta yang kita kumpul selama ini.

Kalau rasa ada isu sesama waris, boleh sahaja kita wakafkan siap-siap sebelum mati.

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

11 comments… add one
  • Mohd Apr 17, 2013

    Bagaimana dgn pakdi?
    Boleh share dgn pembaca pihak mana yg pakdi serahkan utk pengurusan harta?
    Tq

    • Suzardi Maulan Apr 18, 2013

      Boleh jumpa dengan Rin (seperti komen di bawah) jika mahu dapatkan khidmat berkaitan.

  • Saharizam Apr 17, 2013

    Saya pernah terlibat dgn bidang estate planning ni. Melalui pengalaman secara langsung bertemu prospek saya nak kongsikan apa beberapa point yang menarik:-

    1) Punca orang tidak mahu merancang harta ialah kerana mereka rasa belum nak mati lagi.

    2) Kos nak merancang harta adalah mahal. Ianya adalah kos hangus & membantutkan proses mengumpul harta.

    3) Ramai orang Islam secara ‘tidak sedar’ mahukan agar perancangan harta mengikut cara bukan Islam.

  • Rin Apr 17, 2013

    Kalau rujuk peguam biasanya kos tak mahal sangat. Pernah ada kes, ada orang takut nak jumpa peguam sebab dengar orang kata kos mahal dan takut kena tipu. Dia pakai orang tengah. Kami cas orang tengah harga rendah saja. Kos siapkan documentation dan travelling (jika ada). Tapi orang tengah cas tinggi kadang2 sampai berkali2 ganda. Nasihat saya, jumpa peguam terus jangan guna orang tengah. Tapi pejabat pusaka pun boleh bagi khidmat nasihat juga. Percuma saja. Cuma, kadang2 diorang tak mesra sebab orang ramai. Macam pergi hospital kerajaan lah. Kalau dengan peguam atau mana2 perunding pusaka insyaAllah boleh dapat info lebih sikit.

    Kos untuk urusan pusaka biasa tak mahal sangat. Tapi bila urusan tukar nama dan sebagainya kat situ kos akan bertambah bergantung pada nilai aset. Ditambah lagi dengan cukai tertunggak. Kat situ yang jadi mahal. Kalau si mati tinggalkan cash mungkin boleh cover perbelanjaan urusan. Tapi kalau tak ada waris-waris akan berkira sikit.

    • arman Nov 20, 2013

      saya tak faham kenapa urusan harta pusaka orang islam sangat susah..contohnya saya difahamkan bahawa semua harta hendaklah dikumpulkan dulu sebelum boleh dibuat tuntutan..ni yang jadi masalah sebab kadang2 urusan geran hilang dsb..mengapa tidak dibuat berdasarkan turutan salasilah ibu/bapa turun ke anak..buat surat faraid dan tukar nama di pejabat berkenaan..tak de perancangan ke undang2 di malaysia ni?..saya rasa Islam tidak pernah menyusahkan tapi memudahkan..apa pendapat pakdi?

      • ima Mar 30, 2014

        En. amran. bila seseorang mati, menurut prosedur proses tuntutan di Malaysia, harta jadi beku. prosedur tuntutan mengikut jumlah harta sama ada lebih dari 2 juta atau kurang 2 juta. pusaka bukan terus ikut faraid. hutang-hutang si mati kena bayar dulu. encik boleh rujuk surah An-nisa (11-12)

  • titan Apr 17, 2013

    setuju. ramai waris tak tahu camana nak tuntut. apa kata pakdi buat ebook. mesti ramai download.

    • Suzardi Maulan Apr 18, 2013

      Saya cadangkan cadangan itu disalurkan kepada Rin (komen di atas) sebab dia lagi power bab ni.

  • helmiluwman Apr 18, 2013

    Rujuk pakar urus pusaka http://www.wasiyyahshoppe.com.my... No payment yg dikenakan pada waris FREE OF CHARGE…. Payment akan dikenakan pada pemilik harta semsa hidup serendah RM45 hengget jerr.. Masalah masa pun x perlu risau coz Law Department wasiyyah dtg ke umah wpun SABTU AHAD….Hubungi wasiyyah shoppe utk dptkan taklimat di tempat kerja anda.

  • norhayati bt othman Jun 29, 2016

    masalh harta pusaka sukar dituntut kerana masyarakat tidak mengetahui instrumen pembahagian harta.

Leave a Comment