7 Perkara Tahyul Dalam Pelaburan

Kita semua adalah manusia biasa. Ada buat salah dan silap. Apa yang penting jangan sampai buat perkara yang menjadi dosa besar. Antara dosa besar adalah kita percaya perkara tahyul, iaitu perkara yang karut-marut ini.

Apabila kita mempunyai tanggapan yang tidak betul, maka kita akan silap dalam langkah seterusnya tidak akan buat untung dalam pelaburan. Maklumlah, ada sahaja idea dan kefahaman salah yang kita pegang.

1. Percaya ada produk pelaburan paling sempurna

Beli hari ni, tutup mata, tidur, esok lusa untung. Amboi amboi …

Cari bidang pelaburan yang anda faham. Misalnya, pasaran saham sifatnya cair. Er, mudah nak beli dan jual semula. Walaupun begitu, saham yang dibeli boleh jadi tidak bernilai walaupun harganya tinggi sewaktu kita beli.

Bukan saham, emas, hartanah, pasaran hadapan, MLM dan sebagainya yang jadikan kita kaya, tetapi apa yang kita tahu mengenai bidang-bidang tersebut yang menjadikan kita berduit.

2. Percaya ada teknik pelaburan paling sempurna

Sudahlah mahu cari produk yang paling sempurna, mahu pula tahu teknik pelaburan yang paling hebat. Sedangkan, tidak ada teknik pelaburan yang sempurna.

Walaupun rumah lelong dibeli dengan harga di bawah harga pasaran, tetapi jika kita tidak buat site inspection terlebih dahulu tidak mustahil kita beli rumah yang sudah rosak teruk. Apa yang kita perlu buat adalah cari teknik yang kita faham, bukannya holy grail system.

3. Percaya sifu sentiasa betul, jadi ikut sahaja

“Hari ni sifu beli CPO harga berapa?”

Warren Buffett, manusia paling kaya hanya dengan aktiviti pelaburan pun pernah buat silap dengan kerugian beratus US$ juga. Sifu juga manusia biasa. Cumanya, perbezaan utama anak murid dan sifu adalah …

4. Percaya  cara masuk (entry) lebih penting dari keluar (exit strategy)

Pelabur professional sentiasa ada jalan untuk keluar, baik ketika rugi mahupun ketika untung. Masuk cukup cuma satu pintu, tetapi untuk keluar mesti ada banyak pintu. Malangnya, ramai dari kita hanya berminat mahu tahu yang mana satu pintu masuk tetapi pintu keluar langsung tidak mahu ambil tahu.

Jangan beli beli dan beli sahaja tetapi tidak tahu bagaimana untuk jual.

Ya, exit strategy adalah lebih penting dari entry strategy. Semua orang boleh beli, tetapi bukan semua orang boleh beli dan jual semula dengan keuntungan.

5. Percaya high risk mesti high return

Saya pemalu orangnya bila masuk bab memasak (ayat cover untuk beritahu saya tidak pandai masak). Adakah patut Istana Negara melantik saya menjadi chef untuk majlis santapan diRaja? Orang kata high risk high return bukan ?

Risiko ditentukan sejauh mana kita faham dengan sesuatu pelaburan dan bagaimana kita menguruskan risiko.

6. Mesti sentiasa optimis. Fikir untung untung untung.

Betul, kita melabur untuk buat untung. Tidak ada orang melabur untuk rugi.

Sesungguhnya untuk menjadi pelabur yang berjaya, kita perlu fikir yang buruk-buruk dahulu kemudian baru fikir yang untung. Sekiranya kita terus fikir yang untung-untung sahaja, kita akan dikuasai emosi; emosi pula adalah satu alam misteri.

7. Orang lain akan fikirkan pelaburan saya

Jangan perasan. Tiada siapa fikirkan mengenai diri kita.

Cuba fikir semula, bila kita menatap gambar kita yang diambil beramai-ramai dengan rakan kita, wajah siapa yang kita cari dulu? Diri sendiri, Sudin, Hawa atau Tom ?

Kita pun tak tengok orang lain dulu dan peliknya, kita berharap pula orang lain tengok diri kita dulu. Begitu juga dalam pelaburan. Orang lain tidak ambil peduli mengenai kita melainkan kita ada sesuatu untuk mereka.

Be in control of your own investment.

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 9 comments… read them below or add one }

treec00l July 13, 2010 at 9:51 am

tq pakdi di atas peringatan,

tapi yang untuk beginner, yang no 4 tu yang paling susah :) huhuhuhu

Reply

kel July 14, 2010 at 12:58 am

haha yang nombor 3 tu kerap terjadi pd saya. pagi2 bila pening tak tahu market ke mana mulalah tanya sifu.

Reply

edysyahrul July 14, 2010 at 8:45 am

perkara no. 4 tu memang sangat betul! seperti buku Bill Wermaine iaitu Millionaire Exit Strategy

Reply

Wida July 14, 2010 at 7:49 pm

No 4 tu bukan setakat pelaburan, perniagaan pun sama.

Contoh.. Ali tanam serai.. sebab semua orang kata tanam serai boleh untung busat (besar). Tanam tanam tanam, siram, jaga, lalu sampai masa keluar hasil. Tapi satu masalah, Ali tak tau nak jual serai di mana.

Ada baiknya kalau kita aplikasikan strategi yang sama dalam perniagaan.

Reply

pakdi July 21, 2010 at 10:57 pm

Tuan puan semua, sebab itulah penting kita be in control dalam pelaburan yang kita buat. Sekiranya kita tidak boleh kawal banyak perkara, sebenarnya kita yang sedang dikawal. Itu sangat bahaya.

Reply

titan August 3, 2010 at 1:17 pm

betul. Kita kena control.

Reply

khairulnawawi August 9, 2010 at 10:07 am

as salam.. Pak Di, thanks diatas peringatan berguna. mohon kebenaran untuk post kat blog saya buat peringatan kepada diri saya dan dikongsi bersama visitor.

Reply

hasrol October 31, 2010 at 7:10 pm

salam pak di,tolong bagi idea kepada saya macam mana mula berniaga.

Reply

asri April 19, 2011 at 12:54 am

salam pak di. sy ada wang tp x tau nak pilih pelaburan yg leh beri pulangan yg lumayan dan selamat. tlg beri info kat sy. tq.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: