7 Idea Bisnes Untuk Mahasiswa

Berniagalah seawal mungkin.

Nabi Muhammad saw berniaga seawal usia 9 tahun.

Bilionair dunia ramai berniaga sejak mereka masih belasan tahun di universiti.

Tak salah buat bisnes, asalkan jangan mengabaikan pelajaran. Jadi apabila kita telah berniaga seawal mungkin, kita dah membina satu cabang pendapatan walaupun barangkali hanya part-time sahaja.

7 Idea Bisnes Simple Untuk Siswa

1. Jual topup

Boleh dikatakan bisnes “confirm” tak rugi. Semua orang pakai handphone. Majoritinya adalah prepaid. Walaupun ada kedai runcit dalam universiti tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau kita jual benda yang sama. Sebab apa? Sebabnya kita jadi “kedai bergerak”. Pukul 1 pagi pun orang boleh ketuk pintu bilik nak beli topup. Walaupun untung kecil, tapi permintaan (volume) ada.

2. Nasi Lemak atau Burger

Bisnes untuk orang lapar.

Sila jual dari bilik ke bilik. Dalam masa setengah jam sahaja, antara waktu Maghrib dan Isya’, boleh jual dalam 100 bungkus. Tapi kena ada pembekal untuk supply nasi lemak dan burger tersebut. Tak tahu nak cari supplier? Ajak lecturer yang tinggal dalam kampus ajak JV, he he he, pastikan dia business minded juga. Ataupun JV dengan makcik cafe pun boleh. Kadang-kadang student ni malas nak keluar cari makan, beli je apa yang ada. Ataupun memang tengah tak de duit, memang nasi lemak RM1 tu benda yang dia cari.

3. Jual T-shirt

Di dalam universiti, banyak persatuan pelajar. Setiap persatuan pelajar ini wajib  buat program masing-masing sebab pihak universiti sudah beri peruntukan khas untuk mereka. Selalunya mereka akan buat t-shirt berdasarkan program yang akan mereka anjurkan. Kita boleh jadi ejen printing t-shirt tersebut. Ambil tempahan, design, kutip payment, semua kita buat. Kira servis juga. Tempahan selalunya di dalam kuantiti yang banyak. Memang seronok sebab banyak komisyen yang dapat.

4. Printing

Tak semua orang ada printer sendiri. Ada sesetengah fakulti tak banyak sangat benda kena print. Dalam satu semester, mungkin dalam 20-50 helai sahaja yang kena print. Jadi, tak berbaloi nak beli printer sendiri. Kita boleh tawarkan servis printing ini dengan kadar caj sekitar RM0.10-RM0.30 sen sehelai. Pastikan kita beli printer yang berkualiti dan jimat kos.

5. Makanan ringan

Barangkali anda pernah lihat situasi ini di universiti anda. Di satu sudut, ada orang letak makanan ringan seperti keropok, air kotak, roti, biskut, gula-gula, air mineral dan kemudiannya meletak tabung kosong di sebelah makanan tersebut. Untuk mengelakkan orang tak bayar, penjual akan letak “Sila bayar, Allah maha melihat setiap perbuatan hambaNya”. He he he.

Sampai sekarang masih ada yang buat. Maksudnya memang orang ambil dan bayar walaupun tak ada orang yang jaga. Kalau tak bayar, confirm penjual tu dah tutup sebab rugi. Boleh diamalkan di dalam universiti sahaja, di luar tak sesuai.

6. Video Montaj & Design

Sudah menjadi kebiasaan para pelajar membuat video montaj di awal majlis untuk memeriahkan lagi suasana program yang sedang berlangsung. Tak ramai yang pandai buat video montaj yang gempak. Kalau kita ada kemahiran, boleh tawarkan servis ini kepada mereka. Pakejkan sekali servis design buat nametag. Kalau hasil kerja kita memang gempak, selepas tu persatuan lain pula akan cari kita.

7. Servis fotostat

Bukan buka kedai fotostat, tapi volunteer diri sendiri untuk jadi “kuli” dalam kelas kita. Selalu lecturer malas nak fotostat nota-nota yang tebal, dia akan minta seorang pelajar untuk bantu dia. Kalau jumlah pelajar ramai, memang pensyarah selalunya tak sponsor, suruh bayar sendiri. Kita tawar diri untuk tolong dia fotostat dan kutip duit dari pelajar lain. Kita mark-up sendiri dari harga sebenar. Kalau harga kos RM0.80 sen, kita letak RM1, jadi untung RM0.20 sen. Pensyarah pun tak kisah kita nak berniaga, janji kerja dia siap.

Jangan jual rokok sudah, tak pasal kena buang kolej nanti. Jual yang dibenarkan sahaja ok.

Selamat berniaga.

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

14 comments… add one

  • Terbaikk! =)

  • staibaqhang Mar 6, 2013

    teringat time muda2 dulu

  • staibaqhang Mar 6, 2013

    semalam ex boss saya kongsikan satu video pendek mengenai kemelut perniagaan/kejayaan bumiputera… jadi saya kongsikan di sini untuk pedoman kita bersama.
    http://staibaqhang.com/blog/motivasi-bumiputera/

  • izwan Mar 6, 2013

    Saya dulu masa matrikulasi (15 tahun lepas), share dengan 3-4 org kawan2 kumpul duit beli set PC dengan satu printer. Buat sewa untuk mereka yang nak buat assignment dan printing sekali. Plus buat sewa kalau yang nak main game e.g. FIFA. Alhamdulillah study x terjejas, plus x payah beli komputer sbb komputer dh ada. Bila matrikulasi habis, kami jual PC dan printer tu kepada student baru. Hasil duit jualan aset td + revenue sewa PC + revenue printing dibahagi ikut nisbah modal masing2. Seingat saya the profit rate yang masing2 dpt berlipat kali ganda dr profit rate yg ASB boleh tawarkan :)

  • abdjabbar Mar 7, 2013

    Idea terbaik Pakdi, terima kasih.

    Mohon terus berkongsi idea-idea perniagaan untuk orang muda.

  • Adam Mar 7, 2013

    Dahulu, saya pun ada buat servis fotostat & masih buat sehingga kini bila ada keperluan fotostat buku-buku rujukan untuk kegunaan peribadi di tempat kerja.

    Satu lagi yang pernah saya buat di universiti, bisnes buat tag nama untuk program-program universiti. Permintaan sentiasa ada seperti mana buat t-shirt program. Walaupun tak banyak untung, tapi kalau pandai urus, dapatlah cover sana sini keperluan sikit-sikit =)

  • zaim Mar 12, 2013

    yang jual makanan ringan tu pernah buat…mula2 untung pastu semua hilang sekali dengan duitnya.
    jual topup mmg terbaik.saya buat jugak…seratus sebulan tu comfirm

  • aslam Mar 12, 2013

    Zaman di UiTM dulu saya jual topup. heheh

  • LilyNrman Mar 29, 2013

    Saya pun ada jugak jual hotdog. Laku! Kejap aje licin. Hotdog saya pergi tempah sendiri kat bakeri. Ada bakeri tak buatkan hotdog macam tu. Jadi, saya kena bagitahu nak hotdog macam mana dan sesuai nak isi perut orang yang lapar dengan makanan yang murah dan mengenyangkan. Saya pastikan hotdog saya jual sedap dan lembut roti dia. Setakat ni, masih menjual lagi.

    Profit RM0.80 satu. Saya jual 30 hotdog. dan hari-hari… hehe

    • epul May 22, 2013

      Waa 1 geng la kita jual hotdog hehe
      cuma sy buat sendri & hantar ke kafe hehe alhmdllh..pengalaman byk mengajar

  • amin007.ledang Apr 1, 2013

    teringat zaman belajar dahulu …

  • blog amir Aug 3, 2013

    kena bersama bisnes minded selalu. hihi.

  • Top Niaga Feb 20, 2014

    teringat masa belajar dulu. jual topup kat kawan2. ;) macam2 pengalaman

  • MiMi Mar 31, 2014

    hahah, menarik semua. belum jd siswi lg, so xpenah try semua. tp tetiba semangat nak try semua tu… xde untung pun pengalaman saje nmpk best. XD

Leave a Comment