7 Cara Elak Riba Dalam Urusan Kewangan Seharian

ribabiz

1) Jadi pelanggan perbankan Islam sahaja

Untuk riba berkaitan hutang piutang.

Tutup semua akaun yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.

Dari urusan masuk duit gaji tiap-tiap bulan, perpindahan duit, dan pinjam meminjam. Di Malaysia, kita sudah ada banyak pilihan perbankan Islam.

Begitu juga apabila kita berurusan dengan koperasi yang ada menawarkan skim pinjam dan hutang tertentu.

2) Tidak membeli insurans

Dapatkan produk takaful.

Takaful adalah insurans yang Shariah compliant.

Pelbagai produk takaful sudah ada di pasaran sama ada untuk perlindungan motorsikal, kereta, keluarga, kad kesihatan dan seterusnya. Langgan produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful selagi dapat.

3) Tidak membeli pelaburan tidak patuh Shariah

Perkara ini tidak nampak mudah, tapi sukar bagi orang awam.

Maklumlah, kebanyakan orang bergantung dengan ejen.

Secara mudahnya, sekiranya prospektus pelaburan tersebut tidak menyebut siapa panel penasihat Shariahnya, maka itulah produk yang tidak Shariah compliant.

Untuk pelaburan saham, sudah ada senarai saham patuh Shariah.

Untuk pelaburan hartanah, guna pembiayaan perbankan Islam sahaja.

4) Berhati-hati dalam ‘pelaburan emas & perak’

Syaratnya ketat.

Iaitu transaksi perlu dibuat secara tunai.

Jika berlaku secara bertangguh atau hutang, maka sudah jadi riba dalam jual beli.

5) Tidak terlibat dalam pelaburan forex yang ditawarkan di internet.

Ia tidak merujuk kepada tukar duit di money changer.

Ini adalah tentang forex trading yang hari ini banyak ditawarkan secara online.

Persoalan ini sila rujuk – Isu forex haram

6) Berhati-hati dengan skim easy payment

Iaitu pembelian barang secara ansuran.

Yang selalu ditawarkan apabila membeli barang elektrik dan elektronik.

Jika bayar tunai harganya x, kalau tak mampu bayar sikit-sikit untuk sekian bulan. Berhati-hati.

7) Tidak terlibat dengan pinjaman ceti & ah long

Noktah.
.

Tidak terhad kepada 7 perkara ini sahaja.

Saya tidak dapat menyenaraikan semua. Saya hanya senaraikan perkara utama sahaja.

About the author: Suzardi Maulan merupakan seorang licensed financial planner. Beliau menawarkan total solution investment plan secara Islami kepada klien supaya mereka tidak perlu lagi bimbang, financially.

Comments on this entry are closed.