7 Bumiputera Terkaya di Malaysia

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel mengenai Senarai Orang Paling Kaya di Malaysia 2013.

Mari berkenalan dengan 7 orang bumiputera terkaya di Malaysia.

1.  Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

images

Melalui Al-Bukhary Foundation, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM10.6 billion. Pengiraan kekayaan tersebut hanya tertumpu kepada syarikat awam berhad sahaja dan tidak termasuk syarikat-syarikat swasta kepunyaan beliau.

Beliau mempunyai kepentingan di dalam beberapa syarikat besar di Malaysia, antaranya ialah Tradewinds Plantation Berhad, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Corp Berhad, DRB-Hicom Berhad,Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad dan banyak lagi. AlBukhary Foundation juga aktif terlibat di dalam kerja-kerja kebajikan seperti pembinaan masjid dan penajaan pendidikan.

2. Tan Sri Azman Hashim

image

Tan Sri Azman Hashim melalui syarikatnya Arab-Malaysian Corporation Berhad mempunyai jumlah kekayaan bernilai RM3.84 billion dan berada di ranking ke -11 dari senarai 40 orang terkaya di Malaysia. Beliau memegang 16.8% saham di dalam AMMB Holdings Berhad. Kini, Ambank Group merupakan institusi kewangan kelima terbesar di Malaysia.

3. Datuk Mokhzani Mahathir

Dato-Mokhzani-Mahathir

Beliau memegang 15.9% saham di dalam syarikat SapuraKencana Petroleum Berhad yang bernilai RM2.669 billion. Merupakan syarikat cari gali minyak, SapuraKencana kini merupakan antara top five world-largest intergrated oil & gas services and solution. Mempunyai 9,000 pekerja di 20 buah negara seluruh dunia.

4 & 5. Datuk Shahril Shamsudin & Datuk Shahriman Shamsudin

shahrilandshahriman

Adik-beradik ini mencatatkan jumlah kekayaan bernilai RM1.642 billion (Shahril) dan RM1.641 billion (Shahriman) melalui pegangan mereka di dalam Sapura Group. Merupakan bisnes keluarga dan mempunyai beberapa pegangan lagi di dalam syarikat seperti Sapura Kencana Petroleum, Sapura Resources Berhad, Sapura Industrial Berhad dan masing-masing memegang 48% pegangan saham di dalam syarikat Sapura Holdings.

6. Datuk Kamarudin Meranun

kamarudin-meranun

Kawan baik kepada Tony Fernandes ini melalui syarikat AirAsia Berhad, mengumpul nilai kekayaan berjumlah RM1.316 billion. Beliau memegang saham AirAsia sebanyak 25.74% dan 40.23% di dalam Tune Air Sdn Bhd.  Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam beberapa syarikat di bawah Tune Group seperti Tune Money, Tune Ins Holdings, Tune Ventures dan juga memegang 46.93% saham di dalam Aero Ventures Sdn Bhd.

7. Datuk Abdul Hamed Sepawi

abdul-hamed-sepawi

Mengumpul jumlah kekayaan bernilai RM570.4 juta melalui pegangannya di dalam syarikat Ta Ann Holdings Berhad. Terlibat di dalam industri pembalakan dan berpengalaman lebih 24 tahun di dalam bidang pengurusan hutan ini. Bermula pada tahun pertengahan tahun 1980 sebagai pemegang konsesi pembalakan, operasi perkapalan dan industri hiliran berasaskan kayu. Ta Ann juga terlibat secara aktif di dalam aktiviti penghutanan semula di Sarawak.

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

9 comments… add one

  • Asrul Sani Feb 27, 2013

    Kalau tak silap, Sapura ni syarikat terawal yang bertanggungjawab membawa produk-produk Apple ke Malaysia tidak lama dahulu. Ketika itu, produk Apple bukan produk orang kebanyakan… hanya dikenali dikalangan penggiat industri kreatif.

  • eddy Mar 4, 2013

    1.kroni
    2.kroni
    3.kroni/anak sapa?
    4.kroni
    5.kroni
    6.kroni
    7.tak sure

    • teja Apr 18, 2013

      eddy ni melayu ka non-melayu.. kalau melayu kesiannnn.. syukurlah ada jugak bangsa Melayu yang berjaya di Malaysia dan membantu umat Islam lain. Kroni! perkataan dari mulut pendengki dan pemusnah bangsa. Eddy kamu pengkhianat bangsa!

    • west end boys May 31, 2013

      bangga lah skit

  • Order of the Cleric Mar 5, 2013

    Assalamu’alaikum,
    Pada pendapat saya, apabila terdapat orang kaya,(orang yang kita boleh tuding jari tentang kekayaannya) bermakna terdapat masalah pada ekonomi yang dijalankan di sesebuah negara, atas fakta, melihat kepada kerajaan abasiah sewaktu zaman keemasannya, maka diusung keseluruh baghdad akan wang bagi zakat, maka tiadalah siapa berhak keatasnya, hinggakan tukang masak, bergaji hampir sama nisbahnya dengan gaji amirul mukminin… keadaan yang sebegini akan mengandaikan sistem ekonomi islam adalah yang terunggul dan Dirahmati ALLAH

    Wallahu’alam

  • PakCik Kayo..

  • IMZA Mar 21, 2013

    eddy, ko la pendengki dunia akhirat

  • Den Aug 9, 2013

    Saya amat mengenali keluarga Sapura dari Tan Sri Shamsuddin, Allahyarham Puan Sri Sapura, Tan Sri Shahril dan Dato’ Shahriman…..mereka berjaya kerana usaha gigih mereka, keikhlasan mereka dan Keberkatan dari Allah. Walaupun saya hanya pekerja biasa, saya telah merantau merata pelusuk dunia dalam tugasan bersama mereka. Banyak jasa mereka pada negara. Banyak sumbangan mereka kepada masyarakat dan ugama. Janganlah mereka yang tidak mengatahui perkara sebenar memfitnah.

  • Keluarga Tan Sri Samsuddin Allahyarham dan ahli keluarga pemurah, janji Allah pemurah tidak akan miskin papa. Bagi satu akan digandakan 7 kali 100. Maknanya setiap satu kebaikan Allah akan ganti 700 kebaikan

Leave a Comment