6 Tips Sebelum Beri Pinjam Duit Kepada Orang Lain

beri pinjam duit kat kawan

Suka atau tidak suka, kita pasti berjumpa keadaan sebegini.

“Abang, pinjam duit boleh. Adik ada masalah sikit.”

“Kak Long ada duit lebih tak? Gaji saya bulan ni dah habis. Ada lagi 10 hari ni nak dapat gaji.”

Tak bagi saudara sendiri. Namun bila dah bagi sukarnya mendapatkan semula hutang tersebut. Berikut ialah 6 tips sebelum beri pinjam duit dekat orang lain.

1. Pastikan kita cukup kenal orang tersebut

Hatta saudara sendiri atau kawan baik sekali pun.

Kenal di sini bermaksud kita tahu attitude dia terhadap hutang. Kalau meminjam dengan orang, adakah dia cepat bayar balik, atau sebaliknya. Tanya kawan-kawan lain yang pernah berurusan dengan dia. Sekiranya dia memang jenis pinjam dan bayar balik hutang orang, maka boleh kita hulurkan duit untuk membantu. Tetapi kalau kita tahu dia ni jenis liat bayar hutang, maka fikirkanlah idea yang sesuai untuk menolak permintaan tersebut.

2. Beri pinjam jumlah wang yang sanggup kita hilang

Maksudnya duit tersebut kita tak kisah pun kalau dia tak bayar balik.

Sebagai contoh ada kawan kita nak pinjam RM3,000. Kita rasa jumlah tersebut agak tinggi juga sebab kita pun bukanlah pegawai yang bergaji tinggi. Maka, kita boleh cakap begini :

“Aku kalau RM 3,000 tu tak ada la, tapi kalau RM500 boleh la nak kasi pinjam.”

3. Tahu tujuan meminjam

Kalau yang meminjam itu tujuannya memang untuk kecemasan seperti sakit dan sebagainya, maka kita boleh pertimbangkan untuk membantu.

Pastikan mereka tidak menipu. Sebab ada yang datang nak pinjam duit sebab katanya anak sakit masuk hospital atau kereta rosak, tetapi bila dapat duit rupanya duit tersebut digunakan untuk masuk skim cepat lingkup.

4. Syarat bayar semula yang jelas

Memang kita beri pinjam secara tak formal, tapi kita perlu praktiskan macam mana bank buat.

Beri cadangan kepada si peminjam bagaimana hendak bayar balik semula. Sediakan plan installment yang mampu mereka berikan komitmen. Kalau dia pinjam RM 3,000, takkan bulan depan kita dah suruh dia bayar balik semua, walaupun dia cakap boleh bayar, tetapi janji tu hanya sekadar pada mulut.

“Bulan depan aku bayar balik, janji.”

Kalau betul alhamdulillah, kalau tidak, bergaduh pula.

Baik kita berikan cadangan begini :

“Aku boleh bagi pinjam RM 3,000, setiap bulan  bayar balik RM250 selama setahun. Boleh?”

5. Pastikan bertulis

Ini yang Islam anjurkan.

Ayat mengenai hutang merupakan ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran. Allah menyuruh kita menulis jumlah hutang tersebut. Bertulis. Bukan sekadar ingat di kepala sahaja. Takut kita lupa jumlahnya di kemudian hari dan sebagai bukti transaksi hutang tersebut telah berlaku.

6. Sediakan backup plan awal-awal

Sekiranya orang yang meminjam tersebut gagal membuat pembayaran balik hutang mereka, sediakan backup plan.

Kalau setakat RM50, bolehlah kita halalkan, tapi kalau dah RM10,000? Kita suruh dia bayar balik, memang susah betul dia nak bayar. Daripada asyik bergaduh dan bermasam muka, baik kita cadangkan solusi yang lebih baik.

Contohnya kita boleh suruh dia buat kerja tertentu dengan bayaran gaji setiap bulan. Gaji tersebut kita tolak dari jumlah hutang yang dia pinjam sehinggalah selesai.

Contohnya kalau kita ada kedai makan :

“Aku nak kau kerja ngan aku setiap hari lepas office hour sampai pukul 10 malam. Sebulan aku bayar RM 500. Duit gaji tu aku tak bayar, potong duit hutang. Kontrak 20 bulan untuk cukupkan hutang RM 10,000 tu”.

Beri Hutang Lebih Baik dari Bersedekah

Kita bukanlah tak nak menolong.

Tapi kadang-kadang serik juga bila beri pinjam duit tapi tak bayar.

Bila minta, asyik cakap tak ada duit. Sudah bertahun, tapi hutang masih belum langsai. Jadi, kalian boleh gunakan tips di atas sebelum membuat keputusan untuk memberi pinjam duit kepada orang. InsyaAllah, ada pahala yang menanti dan dengan cara yang betul dapat semula duit kita.

Nabi Muhammad saw ada bersabda:

Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”.

Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?”

Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.”

(Direkodkan oleh Ibn Majah & Baihaqi)

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

21 comments… add one
  • staibaqhang Mar 12, 2013

    pinjam dah satu hal…
    kalau berniaga pula pelanggan liat nak bayar hutang… Sakit kepala juga memikirkannya…

  • TQ for the info Pakdi.. =)

  • Afiq Mar 12, 2013

    Tq pakdi for the sharing! Ini antara artikel terbaik pakdi. Thanks.

  • abdjabbar Mar 12, 2013

    Alhamdulillah. Peringatan buat diri ini. Ada beberapa tips yang dikongsi tetapi diri ini ambil pandang ringan. Perbaiki! Perbaiki! Perbaiki!
    Terima Kasih Pakdi.

  • Jibam Mar 12, 2013

    Kalau penyewa lambat bayar sewa , macam mana pulak? Nak kena halau ka?

  • Acik Fosilmitra Mar 12, 2013

    Jika penyewa lambat bayar sewa, satu kaedah yg acik penah pakai kat penyewa umah acik ialah dia mesti kasi extra RM30 dari duit sewa yg bakal dibyr kemudian.. Jika gagal maka eloklah segera cari penyewa lain.. Ini sah penyewa bermasalah..

  • zahid Mar 13, 2013

    Tip yg sgt berguna.ttpi saya nie seorg yg mudah cair dgn permintaan org lain utk berhutang.. BaB utk menuntut hutang pulak sgt lemah..

  • halif Mar 15, 2013

    Betul tu. saya pun ada pengalaman memberi hutang RM 500 tapi sampai sekarang pemiutang tak bayar2..saya halalkan jerla.

  • Leeya Mar 22, 2013

    Kwn sy ada berhutang dgn sy berjumlah RM7,500 dah 3 thn tak settle2 hutang lg.. Dia baru bayar RM300 pd bln Oct 2012.. smpai skg yg baki lain belum selesai.. alasan x de duit n sgala bagai… berkali2 sy minta suruh dia jelas.. dgn byran sedikit2 tiap2 bulan tp tidak berhasil.. apa patut sy buat arr.. dah buntu sgt nih…

    • Shahrul Dec 30, 2015

      Halalkan je

  • amin007.ledang Apr 1, 2013

    Saya pun pernah buat perjanjian “berdarah” untuk buat pinjaman. Siap suruh cari saksi sendiri. Tapi dia bayar on off. Kalau ada duit lebih bayar, kalau tiada tidak bayar.

    Kadang-kala sukar hendak menolak permintaan kawan-kawan sendiri.

    Tapi sekarang ingat hendak minta cengkeram. Lagi selamat…

  • nbh Apr 2, 2013

    Saya pula, peminjam yg sama meminjam setiap bulan. Mcmana tu. Awal bulan pinjam, dapat gaji bayar kemudian pinjam lagi dan berulang-ulang lagi. Tak pernah habis.

  • Mno Apr 2, 2013

    Boleh disemak dari siapa periwayat hadith tersebut sebelum kita pegang/amalkannya

  • Saya dapat pinjaman tapi cicilan,tak bisa di pergunakan,sudah awal saya jelaskan masaalah tersebut,!.

  • Ida Nov 14, 2014

    Terima kasih tip.. berdebar-debar nak apply pun.

  • Abdullah bin Ismail Sep 21, 2015

    Tip yang sangat bagus untuk diamalkan. Harap tip ini juga dibaca oleh golongan yang liat bayar hutang kawan…

  • Cd Jun 9, 2016

    Saya mintak cagaran. Emas atau surat tanah. Takda, babai

  • sasha Jun 9, 2016

    Betul apa yg pakdi katakn. Saya pun bnyk kali dengar rancangan agama mengatakn kita perlu tulis perjanjian pinjaman wang kpd sesiapa termasuk adik beradik. Ulasannya pj lebar. 15 tahun dulu pernah seorang hutang saya rm4000 kerana dia asyik menipu dan membuang masa nunggu dia maka saya buat report polis dgn mengunakn resit perjanjian yg bertulis dgn potostate ic dia dan tanda tanggan dia. Saya juga selalu talipon desak polis cepat panggil dia ke balai. Alhamdulellah berhasil juga dia pulangkn penuh wang saya dgn muka masam. Makna nk seribu daya xnk seribu dalih.

  • Jack Sporrow Jul 11, 2016

    Assalamualaikum..saya nak tanya..kalau si penghutang tu ada cagarkan sesuatu dan dia x mampu nak bayar hutang dia. Boleh ke sy jual je barang tu sebagai ganti rugi?

  • anonymous Sep 19, 2016

    kalau betol2 terdesak nak pinjam, tak kisah. ini tidak.. cakap nak beli susu anak, tup2 dgr bini dapat hp (hadiah birthday). cakap nak bayar repair keta sbb duit tak cukup, pastu pegi makan western. tak ke sakit hati dgn org macam ni. ambik kesempatan atas dasar aku laki bini keje.

Leave a Comment