6 Perbezaan Pelaburan Unit Trust & Saham Yang Anda Mesti Tahu

sma

Pelaburan unit trust vs pelaburan saham.

Nampak sama tetapi tidak serupa.

Banyak perbezaannya. Berikut adalah 6 perkara yang perlu diketahui.

1. Pengurusan Pelaburan

+ Unit Trust

Pelaburan dalam unit trust diuruskan oleh fund manager.

Pelabur unit trust hanya perlu pilih nak beli unit trust mana sahaja.

Tak perlu susah-susah fikir strategi apa nak pakai. Technical analysis ke, fundamental analysis ke, gambling ke. Itu semua kerja fund manager.

+ Saham

Manakala pelaburan dalam saham pula diuruskan oleh kita sendiri.

Saham apa nak beli, sektor apa nak fokus, berapa banyak allocation of capital untuk setiap pembelian saham.

2. Apa Yang Dilaburkan

+ Unit Trust

Fund manager tidak semestinya beli saham.

Bergantung kepada objektif sesuatu unit trust itu sendiri. Mungkin kita ada beli dana yang fokus kepada saham, mungkin kita ada beli dana seimbang, dan tak mustahil kita beli dana yang fokus kepada pendapatan.

+ Saham

Confirm lah beli saham.

Pemilikan dalam sesuatu perniagaan.

3. Macam Mana Nak Beli ?

+ Unit Trust

Sehingga hari ini, majoriti masih membuat pembelian melalui ejen yang dikenali sebagai unit trust consultant.

Sudah ada pihak yang menawarkan pembelian secara online, tetapi tidak ramai.

+ Saham

Kita kena berurusan dengan wakil syarikat broker yang digelar remisier / dealer.

Mereka ini kita dapat jumpa di investment bank atau mana-mana syarikat broker. Selepas selesai proses buka akaun, pembelian dapat diuruskan sepenuhnya secara online.

4. Modal & Kos 

+ Unit Trust

Modal, bergantung kepada dana, ada yang boleh bermula serendah RM 50 – RM 100.

Boleh gunakan modal dari akaun KWSP juga. Sila rujuk contoh kiraan menerusi link berikut:

Kos Pembelian Unit Trust

Saham

Modal, bergantung kepada harga saham seunit.

Dari harga seunit saham, mungkin boleh jadi serendah RM 50, dan mungkin boleh menjadi RM 500. Sila rujuk contoh kiraan menerusi link berikut:

— Kos Pembelian Saham

5. Penyelesaian Pembelian

Unit Trust

Pelabur perlu menyediakan duit terlebih dahulu.

Tiada kemudahan margin atau trading limit.

+ Saham

Bergantung kepada jenis akaun.

Kebiasaannya pelabur dapat membuat penyelesaian sehingga pada hari ke-4 (T+3). Malah ada syarikat broker ada kemudahan trading limit tertentu. Kemudahan ini mendedahkan pelabur kepada contra trading.

6. Cara Buat Untung

+ Unit Trust

Melalui capital gain dan income distribution.

Unit split juga dapat berlaku.

+ Saham

Melalui capital dan dividen.

Dan juga ada untung dari aktiviti-aktiviti korporat tertentu.

Persamaan Pelaburan Unit Trust dan Saham

1. Objektif Pelaburan

Kedua-duanya adalah bersifat medium to long term.

Bukan jenis pelaburan, beli hari ini, minggu depan sudah mahu untung.

2. Ada Risiko Rugi

Pelaburan mesti ada risiko rugi.

Siapa-siapa yang diberitahu beli saham tak rugi, beli unit trust tak rugi, memang kena tipu la tu.

3. Perlu Ada Monitoring Sendiri

Mesti ada ilmu juga.

Ilmu & kemahiran melabur yang tinggi menghasilkan return yang tinggi.

Jangan berharap kepada unit trust consultant atau remisier / dealer untuk buat keputusan pelaburan untuk kita. Modal kita, duit kita, tanggungjawab kita. Bukan boleh main serah sahaja.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

Comments on this entry are closed.