6 Peluang Pelaburan Di Bursa Malaysia

prodbur

Mahukah tuan tahu sebenarnya bukan saham sahaja yang didagangkan di Bursa Malaysia ?

Benar, yang paling ramai sebut-sebut ialah saham. Lagi pun namanya dulu adalah Bursa Saham Kuala Lumpur. Tetapi bukan saham sahaja yang ada.

Gambar di atas ialah dari BursaMarketPlace.com Tuan boleh daftar akaun secara percuma di situ. Macam-macam maklumat yang bermanfaat boleh diambil dari portal tersebut.

Dari pilihan The Market maka dapat kita lihat ada pilihan:

  1. Alpha factor
  2. Screener
  3. Stocks
  4. Futures & Options
  5. Warrants
  6. Exchange Traded Fund (ETF)
  7. Real Estate Investment Trust (REIT)
  8. Fixed income
  9. Research

Nota ini cuma untuk terangkan secara ringkas perkara (3) – (8) kerana itulah peluang pelaburan yang ada di Bursa Malaysia.

1. Stocks (saham)

Ramai orang hanya tahu saham itu diniagakan di Bursa Malaysia.

Namun, sesungguhnya bukan hanya saham yang ada diniagakan di Bursa Malaysia. Banyak catatan mengenai saham telah dibuat dalam blog ini. Jadi, sekiranya tuan mahu tahu lanjut tentang pasaran saham dapat baca nota ini.

Nota Asas Saham

2. Futures & Options (Pasaran hadapan & opsyen)

Ada pasaran hadapan komoditi atau pasaran hadapan ekuiti.

Pasaran hadapan komoditi melibatkan kelapa sawit, emas dan yang terbaru (2016) bijih timah. Manakala pasaran hadapan ekuiti melibatkan KLCI futures dan single stock futures (SSF).

Nota mengenai pasaran hadapan ini ada ditulis di sini:

Apa Itu Pasaran Hadapan ?

Opsyen, secara teori saya tahu tetapi saya tidak pasti aplikasinya di Bursa Malaysia walaupun ianya ada diniagakan. Justeru, saya tidak dapat menceritakan lanjut mengenai hal ini.

Pasaran ini juga dikenali sebagai pasaran derivatif. Untuk mula berurusniaga dalam pasaran hadapan, satu akaun yang berbeza perlu dibuka menerusi mana-mana syarikat broker pasaran hadapan yang sah & berlesen. Tidak boleh guna akaun yang sama dengan akaun pembelian saham.

3. Warrants

Warrant adalah hak untuk membeli saham syarikat pada harga yang spesifik pada waktu yang spesifik.

Contohnya syarikat BIMB Holdings ada mengeluarkan warrants bagi tujuan menambah modal perniagaan. Memandangkan BIMB Holdings adalah syarikat yang patuh Shariah, maka warrants yang dikeluarkan oleh BIMB Holdings juga adalah patuh Shariah. Warrants yang sebegini sahaja yang berstatus patuh Shariah.

Manakala warrants yang dikeluarkan oleh mana-mana bank pelaburan, juga dikenali sebagai structured warrants merupakan instrumen yang tidak patuh Shariah kerana hak tersebut tidak dapat ditukarkan menjadi saham syarikat.

4. Exchange Traded Fund (ETF)

Ia adalah seperti unit trust, tetapi diniagakan di Bursa Malaysia.

Ya, unit trust yang didagangkan macam saham syarikat-syarikat awam berhad. Kena ada akaun sama macam nak beli saham.

ETF merupakan satu alternatif yang baik untuk individu yang mahu mempunyai satu portfolio pelaburan yang defensif.

5. Real Estate Investment Trust (REIT)

Ingat tak video makcik alihkan pasu di pejabat ?

Jadi itulah cara paling mudah untuk menerangkan apa itu REIT.

Macam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) tapi tidak serupa. Tetapi ada banyak persamaan. Atau dalam bahasa lain, “unit trust” yang beli hartanah. Nak melabur dalam REIT sama seperti nak melabur dalam saham, ETF. Perlu ada akaun CDS. REIT juga adalah satu pilihan yang baik untuk pelabur defensif.

6. Fixed Income

Pelaburan yang dapat memberikan pendapatan tetap.

Ada 2 jenis yang didagangkan. Boleh dibeli melalui akaun CDS yang dibuka dengan mana-mana syarikat broker yang berlesen.

i. Irredeemable Convertible Unsecured Loan Shares (ICULS)

Ia adalah produk yang mempunyai ciri-ciri ekuiti dan bon.

Pemiliknya menerima dividen tetap sama seperti bon dan apabila matang pemilikannya berubah menjadi ekuiti i.e. saham.

Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC) pada 30 Julai 2015 dan 27 Ogos 2015 telah membincangkan produk yang dikenali sebagai Redeemable Convertible Unsecured Islamic Debt Securities (RCUIDS) yang menyamai sifat ICULS. Apa yang dapat difahami, ICULS (konvensional) ini dapat distrukturkan secara patuh Shariah melalui RCUIDS.

rcui

ii. Exchange Traded Bonds and Sukuk (ETBS)

Bon Islam juga dikenali sebagai sukuk.

Sukuk ini adalah lebih popular di kalangan pelabur institusi kerana dapat memberikan pendapatan tetap berbanding dividen saham yang lebih volatile sifatnya. Bermula 2013 pelabur runcit telah pun dapat membeli sukuk secara terus.

DanaInfra Retail Sukuk; Bon Patuh Shariah Pertama Untuk Pelabur Runcit di Malaysia

Tentang BursaMarketPlace.com

Sila ambil masa layari portal informasi pasaran modal melalui BursaMarketPlace.com

Di situ ada banyak maklumat pendidikan yang boleh diperoleh. Saya suka menggunakan membaca research yang banyak dikumpulkan disitu semasa membuat analisa saham. Screener yang disediakan juga memudahkan kita mencari syarikat yang bagus.

lattebm

Kalau tidak ada masa, pastikan muat turun aplikasi telefon bimbit dan subscribe mailing list. Kita akan dimaklumkan tentang pergerakan saham tertentu berdasarkan algoritma yang ada dalam BursaMarketPlace. Daily Espresso namanya. Contohnya seperti notifikasi yang saya terima melalui emel seperti gambar di atas.

Jadi sebenarnya banyak peluang yang ada di Malaysia ni. Ini baru peluang pelaburan di Bursa Malaysia tak masuk pelaburan di tempat lain lagi. Ok. Terima kasih sebab baca sampai habis. Jangan lupa mendaftar di BursaMarketPlace menerusi link di bawah. Ianya percuma.

Pendaftaran BursaMarketPlace.com 

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.