6 Lagi Tanda Masalah Wang Sedang Melanda

Biar papa asal bergaya.”

Atau, “Biar tak bergaya, asal kaya.”

Berikut 6 lagi petanda masalah wang sedang melanda kita:

1. Tiada langsung simpanan kecemasan.

Emergency fund.

Jumlahnya menyamai 7 bulan perbelanjaan.

Jika kalian masih belum membuat simpanan untuk tujuan kecemasan ini, maka cepatlah mulakannya. Kita tak rasa kita memerlukan tabung ini … sehinggalah kecemasan berlaku. Justeru, sediakan payung sebelum hujan.

2. Gagal menyimpan 10% dari pendapatan / gaji

Menabung adalah asas kepada kekayaan. Masukkan 10% daripada gaji kita setiap bulan ke dalam akaun simpanan. Lagi banyak lagi bagus. Sekiranya anda tidak dapat menyimpan dengan nilai minimum ini, ketahuilah anda sedang hidup beyond your means.

3. Bayar hutang rumah lebih 25% dari gaji

Rumah barangkali benda yang paling mahal pernah kita beli sepanjang kita hidup. Rumah adalah aset sekiranya kita jadikannya sebagai rumah sewa. Jika rumah tersebut kita diami, maka ianya adalah liabiliti. Pastikan bayaran monthly installment kepada bank tidak melebihi 25% daripada gaji kita. Sebenarnya ianya bukanlah satu peratusan yang wajib anda ikut, tetapi adalah good financial planning practise . Jika kita bergaji RM2,000 sebulan, maka rumah yang sesuai untuk kita diami adalah dalam lingkungan RM500 sebulan.

4. Baki hutang kad kredit anda sama dengan baki hutang tahun lepas.

Jika setiap bulan kita hanya bayar hutang kad kredit secara minimum dan berterusan menggunakannya, maka ketahuilah hutang anda tidak akan selesai. Sebagai contoh baki hutang kad kredit kita berjumlah RM1,000. Bulan ini kita bayar Rm50 sahaja sebagai bayaran minimum. Bulan depan swipe lagi RM100. Jumlah sekarang RM1050. Tiap bulan buat benda yang sama. Belum campur interest lagi. Memang tak akan habis. Cara yang mudah nak keluar dari hutang kad kredit ini ialah bayar lebih dari nilai minimum dan berhenti menggunakan kad kredit tersebut.

5. Beli barang yang mahal dengan kad kredit.

Sebenarnya kita sentiasa mempunyai pilihan sama ada untuk berhutang atau membayar cash apabila membeli sesuatu barang. Jika kita tak ada duit tunai untuk beli barang tersebut, maka jangan beli. Simpan duit dahulu atau cari duit tambahan dengan tujuan membeli barang tersebut. Tidak ada istilah terpaksa. “Saya terpaksa guna kad kredit nak beli TV flat skrin 29 inci ni”.

Pilihan sentiasa ada. Hendak atau tidak sahaja.

6. “Dari menyesal tak beli, lebih baik menyesal beli!”

Biasa berlaku. Setelah bekerja siang dan malam, kita akan rasa yang kita perlu reward diri kita dengan hadiah atau apa sahaja yang kita suka. Ya betul, tidak salah konsep tersebut. Malah digalakkan supaya kita sentiasa bermotivasi melakukan kerja kita. Tetapi berpadalah. Jangan sampai berhutang keliling pinggang. Jangan membeli sesuatu di luar kemampuan kita.

Sila dapatkan ebook Panduan Cashflow sekarang juga untuk mengatasai situasi kebocoran duit gaji setiap bulan. Klik link di bawah untuk info lanjut:

www.panduancashflow.com

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

15 comments… add one

  • Fact..hoho..

  • Jibam Feb 26, 2013

    Boleh beli TV dgn kad kredit tapi cari kedai macam seng heng yg tak dikenakan interest tapi potong bulanan dgn kad kredit.

    • aZhar Apr 8, 2013

      Betul 2..kalau nk beli peralatan elektrik juga perabut..guna kad kredit di kedai yg mengambil bahagian tanpa interest…untung berbaloi baloi…jgn hutang ngan court, kena cekik nanti.

  • Altisan Feb 26, 2013

    Sebenarya, bnyk cara guna CC nie… ibarat kita melunsur laut gunakan
    papan luncur air… memang syokk……risikonya… mcm ade…

    Beli tv swipe CC pn bole…mcm mana pun dibayar bulan2…. itu pun beban jugak…
    kalo termiss… kan kena plak interest….

    Kalo beli nak point CC dan bayar full settlement nxt mnth… memang cantik…
    ibarat kita beli cash le yer….. cuma swipe nk kn point atau pn lps kn CC fee yearly.

    Apa-apa pun memang risk tur ade…apabile guna CC…

    “Hutang Tetap Hutang”
    Sendiri mau ingat la.

    “Learning is our Life Long Process”

  • Altisan Feb 26, 2013

    As Salam Tuan Pakdi,
    sya nk share sedikit kehidupan routine saya untuk item No:2
    Item No: 2. Gagal menyimpan 10% dari pendapatan / gaji

    Sya hnya dpt simpan bentuk Cash bulanan sbnyk 6%… dan monthly
    bayar Insurance 16% for medical card + fund + education….
    Total arround saving 22% dari Gross pay saya monthly…

    Dan for your info sya pratikal kn mesti kena buat… jangan-jangan lupa bayar Zakat, sedekah bayar ikut kemampuan masing2… kalo bole banyak-banyakan sedekah…. harian, mingguan, bulanan & tahunan… tolong adik beradik sedara mara, yg miskin…

    Dan setiap tahun apabila dpt increment saya… cuba
    pikirkan…mcm mane nk belanjakn duit lebih start bln increment tur…
    kedang2 sya top-up kn insurance anak saya msok education fund
    or… msk Tabung Haji or main kutu ngan kawan2…

    Dpt Bonus pay tiap tahun.. pakai habis laa… enjoyyy laaaa. sekali-sekali
    kena jgk enjoy kn… prgi melancung, beli barang2 keperluan mcm2 emas untuk wife or anak… tukar sport rim kereta… accessories umah… kereta dan sbgainya..
    “Life is simple once your re-act as simple”
    There is many ways to live our life happy insyallah…

    “Learning is our Life Long Process”

  • Kay Feb 26, 2013

    Salam…

    gaji tu, gaji kasar ataupun gaji bersih selepas potongan kwsp, pCB, Socso etc?

    terima kasih

    • Altisan Feb 26, 2013

      W’salam,

      Sya buat kiraan ikut gaji kasar, “Gross Pay” kalo gaji bersih…
      berat tur… sya ada terbaca buku2, mereka semua syorkan
      10~20% dari gaji kasar… macam mane pon terikut masing2 la

      Apa kata Tuan Pakdi, pasai nk simpan nie
      ikut gaji kasarrr ker gaji bersihh??..

      “Learning is our Life Long Process”

    • Suzardi Maulan Mar 11, 2013

      Ikut saya, gaji bersih.

      • omar Mar 12, 2013

        Salam..

        saya ikut gaji pokok sebab:-
        1. walaupun ada elaun perumahan dan sara hidup..tapi kena tolak epf, socso, pcb..sama jugak jadinye.
        2. duit overtime tidak dikira dalam pendapatan bulanan sebab jumlahnya tidak tetap, secara automatiknya gaji bersih pun tak tetap. kadang2 takde langsung. anggap OT tu duit lebihan & jgn usik jika keadaan tidak mendesak.
        3. untuk potongan gaji/standing instruction, check and balance balik aliran tunai keluar masuk.
        4. setelah dikira, cashflow saya negatif..barulah beringat nak berjimat, menyimpan walaupun sedikit.

        betul ke prinsip saya ni Pak Di? mohon nasihat. tq

  • salfee Feb 26, 2013

    seumur hidup aku, x pnh tkr rim kete he3..

    • Altisan Feb 26, 2013

      Terpulang lahh bro salfee, … kadang-kadang kita nie insan biasa
      sometime terikut-ikut jugak hobi masing2…
      Apa2 pon
      Saving itut penting… mcm Tuan Pakdi sebut selalu
      E-book beliau… amat best….
      Rugi kalo tak baca… Panduan Ca$flow..

      “Learning is our Life Long Process”

  • kaki hutang Feb 26, 2013

    Hidup tanpa hutang kekadang membosankan…kalau berhutang segala tenaga harus di gunakan termasuklah otak befikir untuk mencari duit bayar hutang its a challenge for a human being..jadi minda senantiasa befikir untuk bayar hutang hehehe..manalah tau fikir fikir jadi jutawan pula…apa pun kalau nak berhutang tu jgn la sampai ke makamah dan declare bangkrap cari penyakit tu…

  • kuap kuap Feb 26, 2013

    kalau saya cukup cash pun, saya akan beli barang mahal tu pakai CC. sayang oooo banyak tu dapat kumpul points. cukup point leh claim free petrol, hadiah lain etc. balik umah, baya je la CC tu in full

  • TAHIR BERAHIMA Sep 13, 2013

    Salam,

    Insuran tu boleh dikira sebagai simpanankah?..

  • Rin Apr 11, 2014

    Kan. Memang kena ada simpanan kecemasan. Contohnya kecemasan. Sakit. Lepas tu insurans declined.

Leave a Comment