6 Checklist Penting Sebelum Anda Membuat Pelaburan Pertama

60head

Ramai individu mahu duit bekerja untuk mereka.

Iaitu membuat pelaburan.

Malah ramai yang berminat itu termasuk dalam 42% dari generasi-Y. Dari usia muda lagi telah pun memikirkan tabung persaraan. Berminat dalam melabur pada usia sebegitu adalah satu petanda yang baik.

Maka persediaan untuk melabur mestilah dibuat terlebih dahulu. Ini kerana pelaburan adalah satu bidang yang memerlukan satu disiplin yang tinggi. Ilmu yang diperlukan untuk menjadi pelabur bijak tidaklah sesukar untuk mempelajari cara-cara membuat roket. Emosi seorang pelabur sangat memainkan peranan penting.

Ini kerana pelaburan merupakan satu marathon. Bukan larian pecut 100 meter. Banyak persediaan yang perlu dibuat sebelum menyertai sesuatu larian jarak jauh. Berikut adalah 6 senarai semak untuk anak muda yang mahu memulakan pelaburan sendiri. Mudah-mudahan senarai semak ini dapat membantu kalian menguruskan emosi ketika melabur.

1. Cashflow Dah Positif

promocashflow

Sebelum melabur pastikan cashflow sudah tidak lagi lintang pukang.

Pendapatan sudah melebihi perbelanjaan.

Salah satu cara nak pastikan cashflow tidak lagi lintang pukang ialah kita semua kena uruskan hutang dengan baik. Urus hutang ini bukan bermaksud kena habiskan bayar hutang. Tidak. Bukan begitu. Maksudnya kena pastikan hutang-hutang ini terkawal. Tidak ada yang hutang-hutang yang terlalu membebankan setiap bulan seperti hutang kad kredit misalnya.

Tuan nak tanam pokok buah. Maka pokok lalang kena tebas dulu. Sila haribulan orang kata tuan berkebun lalang. Jadi mula-mula hapuskan lalang-lalang yang jahat itu i.e. hutang-hutang jahat.

2. Modal Dari Tabung Pelaburan

Masa terbaik untuk membuat pelaburan adalah ketika ada duit lebih.

Duit lebih ini sepatutnya datang dari tabung pelaburan.

Duit ini datang dari simpanan yang kita buat setiap bulan secara automatik. Lama-lama jumlahnya membesar dan semakin banyak. Apabila simpanan sudah cukup untuk untuk menampung perbelanjaan untuk sekurang-kurangnya 7 bulan, maka sudah masanya untuk melabur.

Jangan memulakan pelaburan dengan hutang. Bukan pinjam kawan. Bukan pinjam duit mak ayah.

3. Pelaburan Pertama Bukan Untuk Buat Untung

63profit

Melabur memang untuk gandakan duit.

Tambah harta. Siapa nak melabur untuk rugi ?

Tapi untuk orang yang baru sahaja bermula, awal-awal ini bukan nak buat duit dahulu. Tapi untuk belajar selok-belok pelaburan. Sepak terajang dunia pelaburan. Supaya tahu apa itu duit pelaburan sebenar.

Kalau untung, OK. Tak dapat untung pun OK.

Yang penting dah lalui, dan rasa sendiri dunia pelaburan itu bagaimana.

4. Ambil Tahu Kos Terlibat

64cost

Tidak ada benda percuma dalam dunia ini.

Maka kena belajar kira-kira, apakah kos-kos yang terlibat apabila mahu membeli sesuatu produk pelaburan.

Ada kos yang tinggi, ada yang murah. Kos sesuatu pelaburan ini berlaku setiap kali transaksi berlaku. Sekiranya ada seseorang yang beriya-iya meminta kita membeli sesuatu pelaburan dari dia, maka silalah bertanya, “Kalau saya beli ______ dari tuan, apa yang tuan dapat ?”

Silap haribulan, kalau tidak kira betul-betul kos ini, maka tuan nampak macam untung tapi hakikatnya tak untung pun.

5. Sediakan Jurnal Pelaburan

65jurnal

Catatan khas pelaburan.

  • Kenapa beli ?
  • Kenapa jual ?
  • Berapa lama nak ‘hold’ ?
  • Sekiranya jadi perkara luar jangkaan, contohnya RM jatuh, nak buat macam mana ?

Jurnal pelaburan ini sebagai satu ikatan yang dapat mengelakkan tuan dari menjadi emosional. Jurnal ini dapat membolehkan kita terus tetap dalam pelan pelaburan yang asal.

Biasalah. Orang baru melabur memang tak rasa lagi perit rugi duit, dan betapa susahnya nak ambik untung. Nampak memang macam senang. Nampak je lah. He he he.

6. Menjadi Penyabar Adalah Wajib

66sabar

Ada perkara itu ambil masa.

Tak boleh short cut.

Seorang pelabur juga kena bayangkan diri dia seorang petani, pekebun. Mana ada pagi ni tanam, petang dah terus berbuah. Kena tunggu. Berbeza ikut jenis tanaman.

Mungkin dapat mula dengan tanam pokok bunga hiasan dalam pasu kecil di rumah. Bersabar ke tidak agaknya nak tunggu pokok tu berbunga cantik. Malah, adakalanya penat-penat menanam, jangankan bunga, tunas pokok pun tak keluar dari tanah!

Maka ketika itu barangkali dapat tengok apakah sebenarnya kita ini seorang penyabar atau pun tidak.

Comments on this entry are closed.