6 Checklist Menguruskan Tabung Persaraan Anda

ret

Persediaan untuk bersara perlu dibuat dari sekarang.

Orang kata, exit strategy. Atau mungkin retirement plan.

Pelan persaraan ini perlu dibuat seawal mungkin supaya kita cukup duit dan cukup masa untuk melaksanakannya. Ini membolehkan tuan mempunyai pilihan apabila sampai masanya. Pilihan untuk terus bekerja kerana memang seronok melakukannya atau pilihan untuk berhenti kerja dan mula melakukan benda yang kita suka.

Yang pasti tabung persaraan mesti cukup untuk untuk mengekalkan gaya hidup yang diidamkan. Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk memulakan pelan persaraan.

1. Berapakah Kos Gaya Hidup Yang Mahu Dikekalkan ?

Berapa pendapatan yang tuan mahu ketika persaraan ?

Iaitu gaya hidup yang mahu dikekalkan i.e. perbelanjaan yang diperlukan setahun. Perkara ini mesti difikirkan secara serius.

Seandainya gaya hidup selepas persaraan yang diperlukan adalah RM 120 ribu setahun. Mahukah tuan tahu berapakah jumlah yang diperlukan untuk bersara?

Cuba kira dulu.
.
.
.
.
.
.
.

Tabung persaraan yang diperlukan paling sedikit RM 3 juta.

2. Keupayaan Pendapatan Semasa

Sekarang, apakah pendapatan semasa mampu mencapai sasaran tersebut ?

Pendapatan boleh datang dari sumber penggajian, perniagaan dan juga pelaburan. Tuan dapa baca nota lain yang telah disediakan:

Apakah Tuan Telah Mempunyai 3 Jenis Pendapatan ?

3. Investable Assets Semasa

Sudah tentu kena semak penyata kewangan peribadi dan mula buat pengiraan.

Mulakan dengan semak dan anggar simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Sekiranya tuan dapat mempunyai RM 1 juta dalam KWSP pada usia persaraan, maka tuan perlukan tambahan RM 2 untuk bersara dengan sasaran tersebut. Sememangnya kita tidak dapat mengharapkan pihak KWSP sahaja menguruskan tabung persaraan kerana ianya tidak mencukupi.

Berikut ialah kenyataan dalam laman Facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sendiri. Pada 20 Ogos 2014, 8:35 pagi.

kwsp

Seterusnya semak apa lagi aset yang ada dalam tabung persaraan seperti:

  • FD, TH, ASB
  • Unit trust
  • Saham
  • Hartanah
  • REIT, ETF

Dan seterusnya.

4. Apakah Pelaburan Tadi On The Track ?

Kiralah berapa pulangan terkompaun (compounded return) tabung persaraan tersebut.

Ini penting untuk untuk memastikan jalannya masih tetap lurus dan betul. Kena buat reviu tahunan selalu dan membuat portfolio adjustment sekiranya perlu.

— Benarkah Pelaburan Tuan Selama Ini Untung & Berbaloi ?

5. Macam Mana Nak Cukupkan Lagi RM 2 Juta ? 

Seandainya investable asset semasa ialah RM 200 ribu.

Dengan sasaran pulangan sebanyak 8% setahun maka perkembangannya adalah seperti berikut:

  • 10 tahun : RM 432 ribu
  • 15 tahun : RM 634 ribu
  • 20 tahun : RM 932 ribu
  • 25 tahun : RM 1.4 juta
  • 30 tahun : RM 2 juta

Manakala dengan sasaran pulangan 10% setahun pula:

  • 10 tahun : RM 519 ribu
  • 15 tahun : RM 835 ribu
  • 20 tahun : RM 1.3 juta
  • 25 tahun : RM 2.2 juta

Maka melalui pengiraan ini, bagi membolehkan sasaran RM 2 juta itu dicapai ialah:

  1. Kena ada lebih banyak investable asset, atau,
  2. Memperoleh pulangan pelaburan tahunan (annualized return) yang lebih tinggi.

Tapi Saya Ambil Pencen, Tiada KWSP Apakah Saya Juga Perlu Ambil Tahu ?

Ada 2 soalan yang perlu difikirkan.

Fikir dahulu, tak perlu jawab lagi pun tidak mengapa.

Soalan 1:

  • Apakah RM 50 hari ini sama dengan RM 50 pada waktu bersara nanti ?

Mungkin tuan dapat menjawab soalan ini dengan melihat nilai RM 50 pada tahun 1990.

Soalan 2:

Sekiranya tuan ditakdirkan hidup sehingga usia 80 tahun, apakah pencen tersebut mencukupi dengan faktor inflasi dan kos kesihatan yang semakin meningkat ?

Maka, selaku penjawat awam yang mengambil pencen, persoalan persaraan ini perlu difikirkan. Berapa agaknya jumlah pencen yang bakal diterima dan berapakah yang sebenarnya dikatakan cukup ?

6. Bersedia Untuk Berubah

Maka dari sini banyak perkara perlu disemak semula satu persatu.

Pelan persaraan adalah salah satu dari pelan kewangan yang perlu ada dalam hidup. Perubahan yang perlu sedia dibuat membabitkan perkara-perkara lain yang telah dibincangkan dalam nota di bawah:

7 Pelan Kewangan Yang Kita Semua Mesti Ada

Ini kerana pengiraan di atas tidak termasuk faktor-faktor lain yang boleh mengganggu pelan persaraan yang dibuat. Macam-macam boleh terjadi antaranya…

  • Dibuang kerja
  • Jatuh sakit
  • Pasangan berhenti kerja / dibuang kerja
  • Keperluan pendidikan anak-anak
  • Kos sara hidup

Mulakan Sekarang

Sekiranya tuan telah mempunyai pelan persaraan, laksanakan dengan sebaiknya.

Tapi jika belum ada maka kena duduk dengan pihak yang boleh membantu seperti seorang independent financial planner yang dapat menyediakan pelan kewangan secara holisitik. Selepas sudah ada pelan barulah pilih jalan yang mahu ditempuh.

About the author: Mahu idea penstrukturan kewangan ? Sila klik www.rancangwang.com

Comments on this entry are closed.