5 Waktu Yang Sesuai Untuk Copycat Bisnes Orang Lain

Di dalam dunia perniagaan, persaingan itu adalah normal.

Malah, menjadi copycat adalah biasa.

Namun, jangan tiru bulat-bulat bisnes model orang lain kerana takut-takut keuntungan yang kita buat tidak dapat mencapai status supernormal profit (untung yang betul-betul untung ).

Jadi perlu ada inovasi. Bezakan sedikit bisnes kita lain dari yang lain. Kita ada niche kita sendiri. Kita ada target prospect kita sendiri.

Mari kita lihat 5 waktu yang sesuai kalau nak jadi copycat dengan sedikit inovasi :

1. Bila tauke kedai tidak mesra pelanggan & sombong

Bila bayar duit, tak tengok langsung muka kita.

Senyum pun tidak. Apatah lagi untuk menawarkan bantuan. Kedengaran agak pelik. Takkan la tauke tu tak tahu yang pelanggan ni penting. Memang ada tauke sebegini. Sebabnya kedai dia dah maju dan pelanggan yang datang tak putus-putus. Kita yang datang pun terpaksa sebab dah tak ada kedai lain. Kalau ada tauke kedai macam ni, ada peluang untuk kita buka bisnes yang sama dengan dia dengan menawarkan servis yang lebih baik.

2. Kalau kedai tu dah terlalu sesak dengan pelanggan yang datang

Dah banyak tapi masih penuh.

Pernahkah anda lihat di sesuatu kawasan perumahan ada 8-10 buah kedai makan tetapi setiap malam kesemua enam kedai tersebut penuh dengan orang ? Ini bermaksud supply masih kurang dan demand masih lagi tinggi. Walaupun kawasan disitu sudah ada 10 kedai makan, tetapi masih tidak mampu menampung permintaan yang ada. Jadi, sekiranya anda terlihat situasi sebegini, maka ada peluang untuk anda buka bisnes yang lebih kurang sama.

3. Bila harga barang dijual above market price

“Mahalnyer harga dia jual. Benda ni kat tempat lain lagi murah. Orang lain jual RM5, dia jual sampai RM20.”

Pernah dengar dialog sebegini?

Jika pernah, disitu terdapat peluang untuk anda jual benda yang lebih kurang sama pada harga pasaran semasa. Tapi bukan buang harga ya…

4. Bila ada satu kedai sahaja yang ada di kawasan berdekatan

Apabila perkataan sebegini terkeluar dari mulut orang, maka di situ ada peluang menanti anda.

“Punyalah besar Shah Alam ni, ada satu kedai je yang jual produk ni.”

5. Produk tersebut tidak ada di kawasan kita

Sebagai contoh di kawasan anda memang senang mendapatkan Produk A ini. Produk ni memang dah dikenali ramai dan mempunyai permintaan yang tinggi. Suatu hari anda telah berpindah ke daerah lain dan anda dapati Produk A tadi amat susah untuk didapati. Tak ramai yang jual. Jadi, ada peluang untuk anda membuka kedai atau menjadi ejen menjual produk berkenaan di kawasan anda.

Contoh I

Nasi Kukus Ayam Dara atau jus air jambu. Dua jenis makanan ni agak terkenal di kawasan Selangor & Kuala Lumpur. Senang nak dapat. Tetapi dua makanan ini tak ramai yang jual di Alor Setar. Cuba jual dan tengok sambutan bagaimana.

Contoh II

Laksa Kedah. Di sekitar Alor Setar, ramai peniaga jual Laksa Kedah. Beza laksa ini dengan laksa biasa ialah Laksa Kedah agak pedas rasanya. Cuba lihat di KL & Selangor, tak ramai yang berniaga Laksa Kedah ini. Sama juga seperti Char Kuey Teow Penang. Pergi ke Jawi dan anda akan lihat kiri dan kanan jalan semua kedai menjual char kuey teow. Tetapi di tempat kita? Nak cari punya lah susah. Kalau ada sedap belum tentu. Pergi belajar buat char kuey teow sampai betul-betul sedap dan buka di kawasan yang belum ada lagi orang jual.

Tiruvasi

Tiru + Inovasi. He he he.

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

4 comments… add one

Leave a Comment